Tutorial Buat E-Card Raya Sendiri

Salam dan selamat sejahtera, sudah pastinya ada dikalangan kita sudah mula berkira-kira untuk menghantar kad ucapan hari raya kepada kawan, rakan, saudara, sahabat, pasangan, kekasih dan sebagainya. Mungkin di zaman kecanggihan ICT penggunaan kad biasa semakin jarang digunakan dan banyak yang hantar ucapan raya melalui e-card sahaja, ataupun nak mudah lagi tag je sesiapa yang diingini di dalam facebook.

mudah
mudah

Artikel kali ni nak kongsikan tutorial mudah bergambar bagaimana kita boleh buat e-card raya sendiri dalam tempoh tidak sampai 5 minit. Semuanya boleh siap. Macam artikel sebelum ini jugak, kali ini dengan menggunakan software Aleo Flash Intro Banner Maker. Hanya 7 langkah sahaja untuk menyiapkan e-card sendiri mengikut citarasa sendiri.

Langkah 1

Mula-mula sekali, selepas kita buka new project dalam aplikasi Aleo Flash Intro Banner Maker tadi, kita setkan terlebih dahulu berapa saiz banner atau e-card yang kita hendak buat. Untuk kes ini saya setkan kepada standard banner besar iaitu 336 x 280.

Kita juga boleh tentukan sama ada hendak menggunakan shape yang macam mana, juga perlu border atau tidak, kita juga boleh masukkan muzik sebagai latarbelakang banner tadi.

Langkah 2

Langkah kedua pula adalah untuk menentukan background banner tadi, kita boleh setkan kepada transparent, solid atau gradient color. Ataupun boleh masukkan imej sendiri yang kita perlukan, untuk contoh ini saya gunakan imej sendiri yang saya buat dengan menggunakan photoshop.

Langkah 3

Bila sudah selesai background, kita sudah boleh masukkan apa-apa jenis effect yang kita hendak ke dalam banner tadi, Software ini menyediakan 50 set effect default dan boleh support lebih dari satu effect.

Untuk contoh kali ini saya gunakan dua effect sahaja, sesuai dengan tema perayaan iaitu shinning stars dan juga fireworks, terpulang kepada minat masing-masing.

Langkah 4

Selesai sahaja effect, kita boleh masukkan text dan image tambahan sekiranya diperlukan ke dalam banner tadi, dan kita boleh susun mengikut priority yang mana nak appear dulu.

Untuk contoh ini, saya masukkan dua set text sahaja iaitu ‘selamat hari raya’ dan ‘aidil fitri’. Kedua-dua set text tadi mempunyai fungsi dan pergerakan yang berasingan di antara satu sama lain.

Langkah 5

Kedudukan dan gaya kemunculan text tadi juga boleh diubah ikut selera kita, di sini juga kita boleh selaraskan timing berapa lama text tadi perlu kekal di dalam banner sebelum muncul semula.

Langkah 6

Selesai bab text, kira sudah 98% sudah siap, kita seterusnya boleh pilih untuk menjadikan banner atau ecard tersebut sebagai link URL dengan memasukkan alamat URL yang kita kehendaki. Apabila sipenerima klik pada banner atau e-card tersebut mereka akan di bawa ke alamat URL yang telah kita masukkan tadi.

Langkah 7

Langkah terakhir, apa yang perlu dilakukan seterusnya adalah untuk publish banner atau ecard kita tadi ke dalam 3 format yang mudah, sebagai flash player (swf) atau imej bergerak (gif) ataupun imej klip video (avi). itu sahaja.

Untuk contoh ini saya publishkan ke dalam format flash player, mudah untuk di gunakan sebagai banner dalam blog ataupun dikirimkan melalui email.

Apabila sudah menamakan fail flash player tadi, kita perlu uploadkan ke mana-mana image atau flash hosting service yang ada di dalam internet. tujuannya untuk kita tahu sumber atau source kat mana kita simpan flash player tadi. Sebagai contoh untuk kes saya ni saya cuma uploadkan ke dalam simpanan server saya sendiri flash file yang dinamakan ‘raya.swf’.

Contoh ecard yang sudah siap:

Untuk masukkan banner atau ecard tadi ke dalam blog kita, hanya copy standard code yang telah diberikan oleh software tadi ke dalam template blog kita ataupun emailkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Tapi sebelum itu pastikan url sebenar tempat kita upload file swf tadi dimasukkan ke dalam code tu, kalau tak jenuh tak keluar.

Dengan menggunakan pelbagai jenis software yang ada sekarang ni memang mudah untuk membuat kad raya sendiri, bahkan kad ucapan, kad Selamat Hari Raya, kad undangan, kad kahwin malahan macam-macam kad online lagi boleh dibuat.

Dengan tutorial cara-cara membuat kad raya online ini, harapnya dapat membantu mereka yang sukakan keunikan dan style tersendiri. pasal software tu, kalau rajin cubalah jenguk di beberapa laman web seperti softymania.com, downturk.com kot-kot terserempak dengan mereka yang suka berkongsi.

Namun untuk kepuasan sebenar, elok melalui sumber sebenar iaitu pengeluar asal aplikasi tersebut.

Artikel berkaitan:
Tutorial Bergambar Remove Error 404 Not found

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *