Tutorial Bergambar Remove Error 404 Not found

Semasa menyediakan ulasan mengenai prestasi bulan september yang lepas, blog ni ada menyebut mengenai bagaiman usaha untuk mengurangkan error 404 not found page dari lebih 500 kepada tinggal 1 sahaja sekarang ni. Rupanya isu error 404 not found page ni mendapat sambutan di kalangan beberapa rakan blogger yang bertanyakan caranya untuk remove error 404 not found page ni. blog denaihati.com juga membuat entry khas Link blog Error 404 bahaya ke dan telah diulas dan dibincangkan dengan panjang lebar mengenai perkara tersebut.

error 404
error 404

Secara asasnya error 404 not found page berlaku apabila URL atau permalink ke sesuatu page blog yang telah diindeks sebelum ini oleh Google tiba-tiba telah hilang atau beralih link URL nya. Bila ada pelawat yang klik ke link tersebut ianya akan membawa kepada message error 404 not found page.

Di antara faktor yang membawa kepada error 404 not found page tu adalah bila pemilik blog delete sesuatu entry atau page, melakukan pindaan kepada struktur page blognya dan sebagainya.

Dalam kes blog ni, memang diakui telah delete banyak entry lama yang dimport dari blog lama di blogspot.com dahulu dan juga mengubah struktur blog page semasa menukar theme menyebabkan sampai satu tahap error 404 not found page telah mencecah sehingga lebih 500. Namun akhirnya berjaya jugak mengurangkan sehingga tinggal satu sahaja sekarang ni.

Mengapa perlunya buang atau remove error 404 not found page ni? penting sangat ke? ada apa-apa impak tak, boleh tambah duit ke? mungkin itulah persoalan yang mungkin timbul. Secara ringkasnya apa yang boleh dikongsikan di sini adalah sekiranya domain kita mempunyai terlalu banyak error 404 not found page yang diindeks oleh enjin carian, diantara perkara yang mungkin berlaku adalah:

1. Reputasi domain dan blog kita akan terjejas;
2. Ranking domain akan mendapat kesan;
3. Domain atau blog kita berkemungkinan kena penalti oleh enjin carian; dan
4. Domain atau blog kita terus di ‘banned’ dari di indek oleh enjin carian.

Sudah banyak tutorial dan tips yang dikongsikan oleh para blogger mengenai cara untuk remove error 404 not found page ni. Artikel kali ini pula ingin kongsikan tutorial bergambar cara untuk remove error 404 not found page yang telah dibuat selama beberapa hari untuk membuang semua error 404 not found page.

Langkah Satu

Pertama sekali kena daftar dengan Google webmaster central. Tak susah, guna sahaja akaun gmail sedia ada. Apabila sudah daftar pastikan kita mengikut semua arahan yang diberikan seperti meletakkan verification code google webmaster ke dalam domain kita tadi.

google webmaster

Salah satu function yang terdapat dalam google webmaster tool ni adalah crawl errors yang mengesan error 404 not found page di dalam blog atau website kita.

Langkah Dua

Setelah selesai daftar dan proses verification, bila kita ke dashboard webmaster tools kita akan dapati ada message crawl errors sekiranya ada. Dalam kes blog ni, message seperti dalam gambar ini:

crawl errors

Klik sahaja ke link not found tersebut dan kita akan di bawa ke lamannya.

Langkah Tiga

Laman detail ini akan menerangkan page atau permalink yang bermasalah, dalam contoh blog ini adalah seperti gambar di bawah ini.

errors

 

Dari laman detail ni kita sudah tahu link yang bermasalah. Untuk memudahkan urusan kita copy link tersebut sepenuhnya.

Langkah Empat

Selepas itu kita rujuk semula di panel sebelah kiri dashboard, dan klik ke Site Configuration dan terus ke Crawler Access:

crawler access

Seterusnya kita klik sahaja link remove url dan juga butang new removal request yang ada di laman tersebut.

langkah Lima

Masukkan url yang kita ingin remove tadi ke dalam ruang yang telah disediakan tadi seperti gambar di bawah ni:

remove url 1

Selepas kita tekan butang continue kita akan ditanya sebab dan kenapa kita nak remove url tersebut seperti contoh gambar di bawah ni:

remove url 2

Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan pilih sebab yang sesuai dan terus tekan butang submit request

Langkah Enam

Sebaik sahaja kita sudah menghantar permohonan untuk remove URL, message yang akan diterima adalah seperti berikut:

removal

Bila sudah dapat message tu maknanya permohonan tersebut sudah diterima, tapi Google bukan remove on the spot, ianya mengambil masa juga.

Setakat ini proses remove url ni kena buat satu persatu, kalau ada 100 error 404 maksudnya kena 100 kali request lah jadinya. Itu yang perlukan kesabaran dan buat sikit-sikit setiap malam atau bila ada masa free tu.

Begitulah proses dan tutorial bergambar error 404 not found page, harapnya dapat membantu kepada mereka yang memerlukan penerangan mengenai error 404 not found page ini.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *