Tunaikan Haji Kerana Allah

Assalamualaikum. Sihat gamaknya untuk para pembaca ye. Ni ada sekadar nak berkongsi tentang niat orang yang ingin menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Makkah. Sebelum ni kita sudah tahu terdapat 5 Golongan Orang Mengerjakan Haji. Apa yang saya ingin berkongsi bersama anda semua kali ni pun hampir-hampir sama dengan entri yang lepas cuma kali ni maksudnya lebih mendalam.

Masih lagi saya ingat ketika ke sebuah kedai untuk membeli sepasang jubah beberapa hari sebelum berangkat menunaikan haji baru-baru ni. Di sebelah kedai tu ada kedai yang banyak menjual barang-barang keperluan Islam seperti al-Quran, tasbih, cd-cd agama, pendek kata macam-macam ada kat kedai tu. Tengah saya mencari-cari jubah yang berkenan di hati, terdengarlah kuliah agama berkisarkan haji yang dipasang oleh kedai sebelah. Lupa nama ustaz tu tapi kuliah beliau memang asyik didengar.

Saya tertarik dengan satu soalan yang ditanya oleh ustaz tersebut, “Kita pergi haji kerana apa?” soalnya. Dipendekkan kuliahnya, tujuan kita menunaikan haji tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Allah s.w.t. sebagaimana niat mengerjakan haji itu sendiri:

Kenapa timbulnya soalan macam ni? Kalau difikirkan sekali imbas rasa macam pelik juga sebab niat haji ni adalah basic. Tak payah pening-pening fikir niat lain, niat ni satu je untuk mengerjakan haji.

Niat Mati
Tapi antara sedar atau tak ramai di kalangan kita yang tersilap niat untuk mengerjakan haji. Selalu yang kita dengar ada orang berniat nak meninggal kat Makkah ataupun Madinah tempat di mana Rasulullah s.a.w. wafat. Nampak tak niatnya menyimpang? Asalnya nak buat haji tapi jauh di sudut hatinya berniat untuk meninggal kat sana. Hukumnya boleh tanya ustaz ye. Bukan saya tak nak bagitau, cuma takut tersilap cakap. Kita yang bukan siapa-siapa ni tak boleh cakap sebarangan. Nanti orang cakap macam-macam walaupun apa yang kita cakap tu betul.

Oh ye, niat ni wajib ditunaikan. Tapi kalau niat untuk mati, macam mana pula nak tunaikan sendiri? Bunuh diri dah kira berdosa besar pula walaupun bunuh diri di Makkah sekalipun.

Nama Dah Naik di Tabung Haji
Ini pun satu hal. Nak pergi haji sebab nama dah naik kat Tabung Haji. Memang betul, selagi Tabung Haji tak senaraikan nama kita dalam jemaah haji tahun tertentu kita tak boleh nak buat haji di Makkah. Tapi janganlah kita beranggapan demikian. Semuanya kerana telah dipanggil menjadi tetamu Allah. Ada orang yang dah mendaftar bertahun-tahun tapi belum lagi sampai masa namanya dipanggil. Ada juga yang baru saja mendaftar tapi dah dijemput ke Tanah Suci. Tak perlu kita pertikaikan, semuanya atas kehendak Allah.

tabung haji
tabung haji

Duit Dah Cukup
Sama seperti point tadi, pergi haji sebab duit dalam simpanan Tabung Haji dah cukup. Bukan itu soalnya yang sebenar. Hakikatnya nama kita dah dijemput Allah berjumpa denganNya di Tanah Suci. Jangan difikirkan tentang duit simpanan. Kalau Allah berkehendakan, apa saja boleh Dia lakukan.

Ikut Orang
Biasa berlaku bagi jemaah haji muda. Pergi haji kerana ajakan mak ayah atau saudara terdekat. Alang-alang duit dah cukup, nama pun dah naik kat Tabung Haji, ikut jelah diorang ke Tanah Suci. Niat seperti itu hanya merugikan ibadah haji yang wajib dilakukan sekali seumur hidup. Wajib yang dimaksudkan adalah pada kali pertama haji dilaksanakan. Kalau ibadah haji kali pertama dibuat dengan main-main tanpa ikhlas, rugilah ia seumur hidup. Haji yang kedua adalah ibadah haji sunat, bukan dikira wajib lagi. Ini berdasarkan buku 50 Tip Motivasi Haji.

Ini antara beberapa niat yang dibincangkan dalam kursus-kursus haji yang saya dan isteri hadiri sebelum ni. Tiada niat lain selain daripada mengerjakan haji kerana Allah Ta’ala. Sama juga dengan niat sembahyang, juga kerana Allah Ta’ala, bukan kerana disuruh. Apabila telah sampai waktunya, kita akan dijemput menjadi tetamu Allah.

MASJIDILHARAM Tunaikan Haji Kerana Allah

Satu pengalaman yang suka saya nak kongsikan. 16 dan 17 September yang lepas saya dan isteri telah mengikuti Kursus Haji Perdana yang dihadiri seramai 1,700 orang bakal jemaah haji dari seluruh negeri Kelantan yang bertempat di Politeknik Kota Bharu. Kami bermalam di Poli tersebut, tidur dalam bilik kuliah beralaskan tikar atau kain sejadah di atas lantai sebagai simbolik kepada aktiviti bermalam di Mina.

Dalam sibuk-sibuk kemaskan ruang tidur, datang sorang pakcik ditemani anak dan menantunya di sebelah kawasan tidur saya. Secara luarannya pakcik ni nampak dah sangat tua. Jalan terbongkok-bongkok dan perlahan. Selalu juga lupa bilik mana tempat dia menginap. Lagi dahsyat, dia menghidap penyakit 3 serangkai; darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Bila ditanya umur katanya dah berusia 90 tahun!! Teringat atuk saya yang berusia 80 tahun yang uzur dirumahnya. Tapi pakcik ni masih lagi gagah berjalan jauh mengalahkan orang seusia dengannya.

Yang peliknya had umur maksimum jemaah haji tahun ni adalah 75 tahun, itu pun yang masih lagi sihat atau tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius. Tapi pakcik ni…?? Betullah, apabila seseorang itu telah dijemput menjadi tetamu Allah, tidak kira bagaimana keadaan dirinya dia akan dapat ke Tanah Suci Makkah juga. Kita yang sihat tubuh badan ni tak perlulah nak berspekulasi bagai. Itu semua Allah s.w.t. punya kerja kata kawan tabligh saya di UTHM dulu.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *