Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tukar Huggies Dry Pants Lebih Senang Dipakai

Pernahkah anda tercari-cari diapers yang lebih mudah untuk dipakai, dengan erti kata lain “Tukar untuk lebih mudah dipakai”. Dahulu saya memang tercari-cari adakah diapers yang memberi keselesaan dan yang lebih penting saya sendiri boleh menukar diapers tersebut tanpa pertolongan isteri. Diapers yang sedemikian ternyata akan menjimatkan masa dan menyenangkan tugas kita.

huggies dry pants

Teringat lagi beberapa bulan yang lepas, di mana ketika itu bayi kembar kami iaitu Nur dan Kasih memakai pamper yang murah. Pada masa itu kami hanya memikirkan bahawa diapers yang mahal ataupun murah sama sahaja ditambah pula kami ada bayi kembar , maka membeli diapers yang paling murah adalah pilihan kami yang bijak dari segi kewangan. Ternyata sangkaan kami meleset. ternyata diapers yang kami beli itu mudah bocor dan bayi kami selalu menangis diwaktu malam kerana diapersnya sudah penuh dan basah.

Diapers yang basah ini menyebabkan kami terpaksa menyalinnya beberapa kali dalam satu malam. Keadaan yang basah juga telah menyebabkan terjadinya ruam pada bayi kami dan membuatkan mereka tidak dapat tidur dengan lena. Disamping itu bahan pelekat pada diapers tersebut menimbulkan bunyi bising ketika membukanya. kadangkala bahan pelekat tersebut melekat pada bayi kami kerana tidak dilekatkan dengan betul pada bahagian kain. keadaan ini telah menganggu tidur mereka . Bila nak salin diapers mesti diaorang menangis. Nak tahu kenapa diaorang nangis? kerana terperanjat atau pelekat melekat pada badan diaorang.

Ini belum lagi bagaimana nak tukar diapers ketika dalam perjalanan. Memang susah nak pakaikan diapers pada bayi ketika kenderaan sedang bergerak. Perlu ruang yang agak besar untuk membaringkan dia.
Akhirnya berjumpa jugak dengan diapers yang dicari selama ini. Beberapa hari yang lepas saya telah menerima bungkusan yang di dalamnya terdapat satu pek percubaan dari Huggies Dry Pants. Siapa yang tak nak cuba kan, kalau ianya percuma. Anda pun boleh request sample daripada Huggies melalui link untuk percubaan.

Alhamdulillah setelah mencubanya beberapa hari, ternyata jadual tidur bayi kami semakin selesa kerana huggies dry pants betul-betul memberikan keselesaan. Menakjubkan…ianya tidak bocor dan sentiasa kering. Saya pun boleh memakaikan sendiri diapers pada bayi tanpa pertolongan isteri. kalau sebelum ini ternyata amat sukar kerana bayi kami agak agresif dan tidak duduk diam. Ruam-ruam pun berkurangan kerana ianya tidak basah . Baby kami pun dah tidak menangis lagi ketika sedang tidur di waktu malam.

Kalau time berjalan ataupun balik kampong ke Kuantan, nampaknya nur dan kasih begitu selesa. Senang hati ibu bapa bila melihat tingkah laku mereka. Nak tukar pun senang. hanya “koyak,salin dan lepas”. Tak sampai 30 saat pun. Macam salin seluar dalam jer.hehehehe….Kan jimat masa tu.

Dah tak risau sekarang ini nak berjalan jauh-jauh sebab bayi kami sudah tidak meragam. Memang berbaloilah saya menggunakan huggies dry pants ini. Lagipun Huggies Dry Pants sekarang sudah berwajah baru dengan special value pack.

Jadi , Huggies Dry Pants menjadi pilihan kami selepas ini kerana ianya menyenangkan dan memberi keselesaan kepada bayi kami. Ibu bapa mana yang tak gembira bila melihat anak-anak mereka membesar dengan riang dan gembira. Faktor keselesaan dan harga memainkan peranan penting kepada kami. Apa gunanya kita membeli diapers yang begitu murah sedangkan kita perlu tukar banyak kali dalam satu malam kerana basah ataupun dah penuh.

Untuk keterangan lanjut berkenaan diapers Huggies Dry Pants ini, bolehla melawat Huggies Malaysia Facebook.

Artikel berkaitan:
Lampin Bayi

Leave a Reply