Tips untuk Blogger yang Malas

Aku selalu ada nampak blogger yang tulis blog dengan permulaan artikel mereka dengan sudah  lama tidak kemaskini blog aku ini, sebab kebelakangan ini sibuk dengan hal-hal lain, atau tiada ilham nak tulis tentang apa pun, dan sebagainya.

Ada juga ramai blogger yang terus taruh wordless dan paparkan satu gambar saja untuk post mereka. Memang teruk bila aku nampak ramai yang ikut cara ni.

Ramai yang bersawang untuk blog mereka dan ada juga yang biarkan blog mereka zamzoro macam ini saja. Gila lama dan nampak sangat mereka tiada ciri-ciri blogger sejati. Baru sibuk sikit dengan hal lain, langsung tak hapdet pape. Inilah penangan daripada kemalasan yang melanda kepada keramaian blogger di rantau ini.

Dalam keadan yang semakin serius ni, aku ingat banyak daripada mereka yang sangat memerlukan tips untuk blogger yang malas seperti mereka pada ketika ini.

aku malas
aku malas

Tips untuk blogger ini sememangnya aku sediakan khusus untuk diri sendiri untuk mengingati diri melaksanakan sekiranya rasa malas. Setiap kali aku berada dalam mood yang malas, aku akan sedarkan diri aku untuk mengambil langkah-langkah yang perlu dilakukan agar aku menjadi lebih rajin selepas ini.

Entri ni adalah langkah pertama aku untuk berubah menjadi blogger yang lebih rajin. Amboi melalut-lalut dah aku ni… okay sekarang biar kita terus fokus kepada tips untuk blogger malas.

Motivasikan diri sendiri untuk berblogging

Kenapa aku malas blogging? Antara sebab aku menjadi malas adalah disebabkan hilangnya keghairahan atau keinginan untuk menulis blog. Tahap motivasi dalam diri aku ketika ini adalah sangat rendah. Ya itulah hakikatnya.

Jadi kuncinya adalah perlu aku meningkatkan motivasi diri terlebih dahulu. Tapi bagaimana cara untuk meningkatkan motivasi?

Salah satu cara adalah dengan membayangkan dengan berblogging mampu menghasilkan hasil pendapatan yang lumayan. Tetapi ianya bergantung kepada usaha yang dilakukan.

Cara lain pula adalah berblogging untuk kepuasan diri sendiri. Pertimbangkan blog sebagai medium aktiviti rangkaian sosial. Ini pastinya boleh menjadi satu elemen motivasi yang menyeronokkan.

Mencari idea-idea yang baik

Satu lagi faktor yang membuatkan diriku malas adalah disebabkan kekeringan idea. Menulis atau mengarang artikel mengenai subjek atau cerita-cerita yang sama kadangkala boleh membuatkan diriku diselubungi kebosanan.

Jadi untuk atasinya, perlulah tanamkan minat dalam diri, mencari idea-idea baru dan mencurahkan usaha ke blog ini supaya blog ini makin subur berkembang. Jangkitan virus bosan ini membuatkan tumbesaran blog ini terbantut.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kekeringan idea. Idea boleh dicetuskan dengan pembacaan dari pelbagai sumber. Antara sumbernya adalah dengan membaca akhbar, majalah dan juga dengan membaca pelbagai jenis blog.

Selain itu idea-idea blogging juga boleh tercetus dengan mengambil tahu info semasa melalui berita. Cuba libatkan diri dengan aktiviti luar atau aktiviti sosial bersama teman-teman atau keluarga. Secara tidak langsung banyak cerita yang boleh dikongsi dengan pembaca blog.

Buat Perbualan Dengan Kawan

Jika tiada ilham untuk keluarkan tajuk atau tiada mata utama untuk tuliskan satu blog post, bolehlah anda ajak kawan-kawan keluar makan dan sembang. Mungkin dalam perbualan yang dibuat dengan kawan-kawan, anda boleh dapatkan ilham dan mata-mata yang penting untuk ditulis dalam blog baru anda.

Bangun Awal

Jika tak dapat fikir apa boleh tulis untuk blog anda, maka lebih baik anda terus pergi tidur awal sikit pada malam. Jangan siar-siarkan masa lihat Facebook atau main game dengan telefon bimbit.

Lepas tu, bangun awal sikit. Suasana awal pagi yang senyap dapat menenangkan fikiran anda dan pada masa tu anda akan dapat banyak idea untuk tulis blog. Bila idea keluar, terus buka laptop dan taip saja, jangan berhenti dan mungkin dalam masa kurang 1 jam sudah boleh anda terbitkan satu artikel yang baru dan menarik.

Tengok Youtube

Bila aku cakap tengok youtube, bukan tengok apa yang bukan-bukan atau gosip selebriti. Anda boleh fikirkan dalam otak secara ringkas apa tajuk yang anda ingin tulis, lepas tu pergi cari Youtube untuk video yang berkenaan dengan tajuk yang ingin anda tulis tu.

Semasa tengok youtube, senaraikan mata-mata yang penting dalam satu kertas, atau bukan Microsoft Word dan taip dalam point-point yang penting.

Lepas kumpulan mata-mata penting yang mencukupi, maka bolehlah anda mula untuk tulis artikel.

Menanam Impian Semula

Apa faktor yang mendorong aku mula menulis blog ini? Merenung sejenak mencari jawapan untuk persoalan ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan semangat aku supaya terus menulis blog ini.

Setiap blog mula dibina dengan suatu impian. Makin besar impian, makin besarlah komitmen kita terhadapnya. Tabiat malas adalah pemusnah segala impian. Tanpa usaha… impian hanya sekadar mimpi.

Artikel berkaitan:
Who Move My Cheese Edisi Bahasa Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *