Tips Membeli Gajet

Memiliki peralatan elektronik canggih semestinya menjadi idaman masyarakat maju hari ini. Gajet adalah bahasa mudah yang merujuk kepada peralatan elektronik yang mudah dibawa ke hulu ke hilir. Ada yang sanggup menabung untuk membeli, ada yang sanggup bayar ansur², ada yang sanggup mencuri [tolong jangan buat], ada juga yang setia menunggu bonus tahunan semata² nak memiliki gajet idaman masing². Bagaiman pun caranya, terpulang bagi anda. Cuma pastikan jalannya betul dan baik tujuannya.

tablet
tablet

Si A: Hi, aku nak beli labtop. Brand apa yang bagus?
Si B: Hi, aku nak cari kamera. Kamera apa yang best ek?
Si C: tablet apa yang best ek?

Tu antara dialog tipikal yang disuarakan kepada aku bila mana mereka disekeliling ni nak mencari gajet pilihan hati. Tak kira la labtop ke, kamera ke, handphone ke, mp3 player ke, sampai pendrive pun mereka ini akan mencari aku sebagai pakar rujuk yang tak bertauliah. Aku layankan aje.

4-5 tahun sebelum ni aku boleh menjawab dengan yakin, tapi sekarang aku tetap boleh jawab dengan yakin cumanya aku perlukan en.google untuk bantu. Hari ini teknologi sangat² pantas. Hari ni keluar kamera canggih, 3-4 minggu lagi, keluar lagi kamera lagi canggih. kalau tak up-to-date, memang kematu nak menjawab kalau ada yang tanya. Sejak kebelakangan ni juga, aku dah slow nak ambil tau gajet terkini. Cuma kalau aku tergerak nak beli sesuatu, baru aku tengok market. Tak gitu?

Bila teknologi dah serba pantas ni, kepala jadi serabut nak pilih gajet apa yang sesuai dengan pilihan hati. Tapi bila dah namanya pilihan hati, nak yang mahal aje. Mari aku bagi tip sikit macam mana nak pilih gajet yang sesuai.

1. Semak Keperluan Gajet
Banyak sebab untuk orang membeli gajet. Zaman sekarang ni, boleh dikatakan gajet [terutama handphone] adalah keperluan dan bukan lagi complement [pelengkap]. Ada juga yang membeli sebab nak menunjuk, sebab ada duit lebih, sebab nak tambat hati pakwe/makwe, ada juga yang beli sebab ikut² member. Tak kurang juga yang membeli sebab nak follow teknologi. Apa pun sebabnya, point nombor 1 ini penting sebab jangan sia² duit korang, baik simpan untuk benda lain yang lebih berfaedah.

2. Bajet [bukan gajet]
Berapa peruntukan kewangan anda untuk memiliki gajet tu? Jenis gajet di pasaran sangat la besar sebab semua pengeluar akan cuba target semua kumpulan pengguna. Yang banyak duit, kualiti barang sangat² baik, yang tak berapa nak berduit pun ada produk untuk mereka, tapi dengan spesifikasi yang ikhlas tak ikhlas la. Contoh mudah kamera DSLR. Nak yang canggih, harga RM15,000 pun ada, nak yang ala² kadar harga RM1000 pun ada. Yang penting orang panggil DSLR juga.

3. Kenal Pasti Tahap Penggunaan
Lepas dah semak kewangan dalam poket yang ada, semak kegunaan pada gajet tu. Ada yang nak gajet canggih tapi tak banyak pun fungsi yang digunakan. Contoh, beli handphone 3G tapi tak pernah pun nak hantar MMS atau buat panggilan video. Baik guna je handphone 3310 kalau setakat nak call dengan SMS. Labtop pun macam tu juga. Beli labtop kalau setakat nak taip² kerja, grafik sikit², beli yang biasa² pun dah okay.

4. Semak Jenis Gajet di Pasaran.
Bila dah tau tahap penggunaan, langkah seterusnya buat perbandingan jenama untuk jenis gajet yang ada di pasaran. Langkah ini memerlukan anda menggunakan bantuan en.google. Berdasarkan bajet anda, buat perbandingan antara produk yang ada di pasaran. Semak daripada segi sesifikasi, harga dan fungsi yang disediakan. Sebaiknya, buat juga semakan dari segi performance dan masalah pada gajet yang telah disenarai pendek. Ini penting sebab anda akan lebih bersedia dengan masalah yang ada pada gajet melalui maklumat yang dikongsi orang lain di internet. Banyak forum yang diwujudkan, khusus untuk membincangkan tentang sesuatu gajet di pasaran. Cari saja di google. Kalau tanya kawan² agak sukar sikit, sebab mungkin dia tak explore banyak fungsi dalam gajet tu.

5. Servis Selepas Jualan [Service after sale]
Langkah yang terakhir ni tak kurang pentingnya. Pastikan anda menyemak di internet atau dengan jurujual apakah servis/jaminan atau sebagainya yang akan anda perolehi selepas anda membeli gajet tersebut. Semak juga lokasi pusat servis produk tu. Dan, jangan menyesal kalau anda membeli gajet di Johor Bahru dan perlu ke Kuala Lumpur semata² untuk servis gajet anda tu [bila ada masalah]. Tak ke menyusahkan tu?.

6. Dah Beli, Belek Betul²
Bila dah puas hati gajet mana yang menjadi pilihan hati, segeralah pecahkan tabung ayam untuk gajet anda itu. Pastikan anda semak produk yang anda beli tu sebaik mungkin sebelum membuat bayaran. Calar, warna pudar, fungsi tak cukup dan lain² yang sewaktu dengannya. Jangan dah beli baru perasan ini rosak la, itu pecah la. Membazir masa untuk anda ke kedai semula mendapatkan warranty. Lepas dah puas hati, sila la bayar di kaunter.

Jadi tu la serba sedikit tips mudah yang biasa aku praktikkan bila nak beli gajet baru untuk panduan anda semua. Walaupun korang tak ingin pun gajet tu, tapi bila orang dah bagi, tak kira la sesiapa pun yang hadiahkan, kena juga semak step yang ke-5 tu. Jangan tau guna je.

Tapi kan, tips kat atas ni tak berapa sesuai bagi anda yang berduit banyak dan tak tau nak beli apa. Untuk tu juga, aku nak tambah tips ke-7 untuk mereka ini.

7. Apa Nak Buat Bila Rosak?
Tak payah susah² fikir, pergi je kedai, trade-in beli yang baru. Tak pun yang rosak tu sedekah je kat jiran². Alhamdulillah kata jiran tetangga, untung ada jiran baik hati suka bagi gajet.

Artikel berkaitan:
6 Fakta Tentang Jam Tangan Apple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *