Tip Lulus Temuduga Kerajaan SPA Dan Urusan Dengan Agensi Pekerjaan

Tip Lulus Temuduga SPA Kerajaan

Pada tahun 2006, kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan gaji terhadap pekerja pekerja dalam sektor awam diikuti dengan satu lagi kenaikan pada tahun berikutnya.

Dalam masa yang sama, banyak pengenalan insentif dan faedah lain yang telah dilakukan bagi memastikan nasib pekerja di sektor kerajaan terus terbela dan meningkatkan minat orang awam untuk membina kerjaya bersama kerajaan. Antaranya adalah pengenalan elaun sara hidup (COLA), skim pembelian aset, cuti, kemudahan pinjaman, faedah pencen dan lain lain.

temuduga
temuduga

Implementasi positif yang diperkenalkan oleh kerajaan ternyata membawa kesan yang mendadak kearah minat dan pembinaan kerjaya di sektor awam. Jika dahulu, kerja kerajaan dianggap ‘murah’ kerana gaji dan insentif yang kurang kompetitif berbanding sektor swasta.

Kini persepsi tersebut adalah sejarah semata. Secara tiba tiba, jawatan kerajaan yang selalunya dianggap membayar gaji kurang kompetitif berbanding kerjaya di sektor swasta mula mendapat perhatian dan ini mencetuskan fenomena perebutan jawatan kerajaan di kalangan calon.

Satu rekod statistik telah tercatat pada tahun 2007 apabila sejumlah lebih 700,000 permohonan jawatan diterima untuk mengisi kira kira 38,000 jawatan kerajaan di pelbagai jabatan dan kementerian di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, hanya separuh sahaja yang layak dipanggil untuk temuduga, dan daripada separuh yang ditemuduga ini, hanya 5% sahaja daripada jumlah pemohon yang ditawarkan jawatan.

Satu kesimpulan ketara yang boleh dibuat dari statistik di atas adalah, kerjaya di dalam sektor kerajaan adalah amat kompetif dan jika anda tidak melengkapkan diri anda dengan kelebihan dan pengetahuan yang secukupnya, cita cita anda mungkin hanya sekadar mimpi sahaja.

Untuk orang yang berinisiatif

Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan adalah panduan yang ditulis untuk memberikan anda kelebihan ke atas calon calon lain yang mahu membina kerjaya bersama kerajaan.

Sehingga kini, panduan yang ditulis dalam bentuk ebook (PDF) ini dianggap sebagai panduan yang paling lengkap dan komprehensif dalam pasaran dan dipakejkan khas bagi calon yang mempunyai inisiatif untuk melebarkan peluang melangkah kaki ke sektor awam.

Apa yang membezakan panduan ini dengan sumber sumber lain adalah ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri serta lebih 100 calon yang telah berjaya dalam temuduga dan kini memegang pelbagai jawatan di sektor kerajaan.

Ia juga bukan ditulis secara hentam semberono tetapi digarap secara terperinci menerusi kajian mendalam yang memakan masa lebih enam bulan. Bukan itu sahaja, pakej ini juga didatangkan dengan panduan panduan tambahan termasuklah lebih 50 contoh soalan dan jawapan, koleksi kisah kisah sebenar temuduga kerajaan, teknik betul menjawab soalan temuduga dan juga sokongan menerusi emel.

Bagaimana panduan ini akan membantu anda?

Selepas membaca panduan ini, anda akan menyedari bahawa memulakan kerjaya bersama sektor kerajaan bukanlah berpaksikan kepada ‘kabel’ besar, kelulusan dari universiti di luar negeri, pengalaman yang lebih, jumlah bilangan anda ditemuduga dan sebagainya tetapi ia lebih kepada persediaan, perancangan strategi dan pengetahuan yang secukupnya tentang proses pengambilan pekerja di sektor awam.

Oleh kerana ilmu yang didedahkan dalam panduan ini tidak dikongsikan oleh mana mana sumber yang lain, cukup untuk menyatakan bahawa anda akan memberikan diri anda peluang setidak tidaknya 10 kali ganda berbanding mereka yang tidak menemukan panduan ini.

Ia akan memberikan anda satu unsur kelebihan, kerana apa yang bakal anda tahu memberikan satu ‘ketidakadilan’ kepada calon lain. Jika anda inginkan kelebihan dan ‘ketidakadilan’ ini, maka panduan ini adalah untuk anda.

Panduan ini disediakan dalam bentuk ebook (format PDF) yang akan dihantar ke alamat emel anda sebaik sahaja pengesahan pembayaran dilakukan. Anda boleh mencetak atau menyimpannya di dalam hard drive komputer anda untuk dijadikan panduan, terpulang kepada kemahuan dan keperluan anda.

Klik di sini untuk melihat lebih lanjut tentang panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan dan mengetahui cara cara pembelian.

Berurusan Dengan Agensi Pekerjaan

Selain daripada mencari peluang pekerjaan melalui sumber suratkhabar, internet dan medium pengiklanan lain, salah satu cara lain yang boleh memberi kesan positif adalah menerusi agensi pekerjaan. Bukan satu yang menghairankan jika satu hari nanti, kerjaya impian anda diperolehi menerusi bantuan agensi pekerjaan.

Secara umumnya, agensi pekerjaan berfungsi untuk mencari calon calon pekerja yang berwibawa bagi pihak majikan yang menggunakan khidmat mereka. Menerusi agensi pekerjaan juga, majikan yang ingin mengisi jawatan kosong dalam organisasi mereka boleh menjimatkan masa serta tenaga bagi mencapai objektif bisnes.

Beberapa tip berurusan dengan agensi pekerjaan:

Tanya kawan

Bersembanglah dengan rakan rakan anda dan tanya mereka jika mereka pernah menggunakan agensi pekerjaan sebelum ini. Jika ya, dapatkan pandangan dan maklumbalas mengenai mutu perkhidmatan, kepantasan serta tahap profesionalisme yang diberikan oleh jururunding dari agensi yang berkenaan kepada calon pekerja. Jika maklumbalas yang diterima adalah positif, mulakan langkah anda dengan menghubungi mereka.

Buat sedikit kajian

Selain daripada mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada rakan rakan atau saudara mara, buat sedikit kajian atau research tentang agensi pekerjaan yang ingin anda dekati.

Ini boleh dilakukan dengan melawat laman web syarikat tersebut, membuat carian di laman web pencari (seperti Google, Yahoo dsb) atau menghubungi sendiri agensi pekerjaan tersebut melalui telefon. Jika anda seorang eksekutif teknologi maklumat, adakah agensi tersebut menawarkan banyak peluang pekerjaan dalam bidang kepakaran anda?

Teliti proses dan prosedur

Juga, jangan lupa untuk meneliti proses dan prosedur sewaktu berurusan dengan mana mana agensi pekerjaan. Adakah sebarang pembayaran dikenakan? Jika ada, anda MESTI berhati hati dan jangan terlalu mudah untuk menyerahkan beberapa ratus ringgit kepada mereka kerana kebanyakan daripada agensi pekerjaan yang meminta wang selalunya akan hanya akhirnya memberi berita buruk kepada anda. Jika anda dipanggil untuk temuduga, buat janji temu pada waktu dan tarikh yang sesuai untuk anda.

Jangan bergantung 100%

Dalam berusaha mendapatkan kerja, jangan hanya mengharapkan usaha anda kepada agensi pekerjaan. Sebaliknya, anggap ini sekadar alternatif. Selain daripada agensi pekerjaan, banyak lagi medium lain yang boleh memberikan hasil yang berkesan.

Antaranya adalah menghubungi sendiri syarikat yang anda minati dan bertanyakan proses jika anda mahu menghantar resume anda. Selain daripada itu, luangkan masa anda untuk memperbaiki resume anda dengan mendapatkan maklumbalas daripada jururunding kerjaya serta melihat contoh-contoh resume yang baik untuk dijadikan panduan.

Jangan dekati agensi pekerjaan ‘scam’

Jangan sekali kali terpedaya dengan muslihat agensi pekerjaan tidak bertauliah yang kononnya menawarkan peluang kerjaya yang ‘mudah, cepat dan lumayan’.

Banyak kes kes yang melibatkan rakyat Malaysia yang diperangkap da akhirnya terjebak dengan aktiviti aktiviti tidak sihat termasuklah jenayah penyeludupan dadah. Ingat, tidak ada apa di dunia ini yang boleh diperolehi dengan terlalu mudah tanpa usaha yang gigih dan bersungguh sungguh.

klikjer kerja kerajaan

Untuk mengetahui dengan jawatan yang dibuka, boleh anda rujuk ke Senarai Penjadualan Temu Duga untuk mendapat temuduga SPA yang paling update di laman ini.

Baca juga: Senarai Panduan Dan Tips Temuduga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *