Terlanjur Beli DSLR Nikon D3100

Bunyi macam menyesal je haha. Memang aku sedikit menyesal beli Nikon D3100 petang semalam kat One Utama. Aku terlalu terburu-buru buat keputusan untuk membeli. Sepatutnya buat survey sedalam-dalamnya dulu tentang harga dengan free gift yang bakal kita dapat dengan gajet agak mahal ni. Sebelum ni aku dah rancang nak buat survey tapi entah kenapa boleh terbeli terus petang semalam. Itulah, teruja sangat ada duit. Kan dah rugi huhu.

Nikon D3100
Nikon D3100

Al-kisahnya aku ke Digital Gallery yang terletak di Tingkat 2 (kalau tak silap) One Utama untuk survey Nikon D3100. Selalunya harga D3100 ni bawah RM2198 lengkap termasuk lens Nikkor 18-55mm. Yang membuatkan aku sedikit menyesal adalah kamera tu dilengkapi dengan lens Tamron AF18-200mm yang kalau diikutkan tak perlu pun aku pakai lens tu untuk kerja yang aku nak buat dan semestinya kena tambah sikit bayaran berbanding lens asal. And yes, Tamron dikategorikan dalam lens yang murah dan lens Nikkor adalah yang terbaik tapi kalau nak beli range yang sama untuk brand Nikkor rasanya harga dalam RM3000 lebih. Tapi best juga lens ni, boleh zoom gambar jauh. Ada sesiapa yang berkenan tak? Aku rasa nak jual murah lens ni hehe.

Kat atas ni adalah free gift yang kedai tu bagi. Dapat tripod, 4GB memory card SDHC Nikon, cleaning kit, genuine bag Nikon DSLR dan satu lagi LCD screen protector. Pergi mana-mana kedai pun selalunya itulah free gift yang akan kita dapat kecuali cleaning kit. Aku nak mintak lebih-lebih tak berapa pandai. Mungkin kalau korang yang mintak boleh dapat uv filter kot hehe.

Sebelum ni selalu guna Nikon D60 adik aku punya. Pernah juga try guna D3000 kepunyaan adik ipar. Jadi yang ni aku cuma buat review ringkas ciri-ciri fizikalnya saja. Tak sempat lagi nak test shoot gambar. Review aku adalah berdasarkan perbandingan dengan dua model terdahulu iaitu D60 dan D3000.

Pro

  • Berat – Lebih ringan daripada D60 dan D3000.
  • Rakaman Video HD – Fungsi yang baru diperkenalkan yang tiada pada Nikon D60 dan D3000.
  • Saiz – Secara kasarnya lebih kecil. Sangat sesuai untuk tangan perempuan icon smile Terlanjur Beli DSLR Nikon D3100
  • Bateri – Tahan lebih lama dengan charger yang lebih cun.
  • Butang dan paparan menu yang dipermudahkan.

Kontra

  • Disebabkan ianya agak ringan, potensi untuk tangan kurang stabil ketika mengambil gambar lebih tinggi. Tapi dapat dielakkan dengan menggunakan lens asal yang dah ada fungsi Vibration Reduction (VR).
  • Saiz yang agak kecil ni tak berapa sesuai dengan tangan yang agak besar macam aku ni. D3000 rasanya lebih selesa. Kalau ada duit sikit boleh beli battery grib untuk kemasan menyokong kamera.
  • Bunyi auto focus ketika rakaman video terakam sekali. Rasanya inilah yang paling spoil untuk D3100 ni. Tak pasti pula model yang lain macam mana.
  • Tak ada kabel USB. Memory card adalah satu-satunya cara untuk transfer gambar ke komputer. Sedih.
    AV cable pun tak disediakan sekali. Available seperately.
  • Maklumat detail tentang perbandingan antara D3100 dengan D3000 dan D60 boleh rujuk kat sini.

Itu saja yang sempat aku review buat masa ni. Secara keseluruhan kamera Nikon D3100 ni bagus untuk yang baru nak belajar guna DSLR. Sesuailah dengan gelaran entry-level untuk kamera ni. Ada guide mode lagi yang dapat memudahkan pembelajaran kita. Kalau nak beli tu lebih baik ajak kawan yang tau pasal DSLR. Sekurang-kurangnya dapat elakkan kita daripada ditipu penjual.

Kalau korang bercadang nak beli DSLR, buatlah pilihan yang terbaik. Survey dulu sedalam-dalamnya dari segi perbezaan harga, free gift atau apa-apa saja yang difikirkan perlu untuk disurvey. Lebih penting, bajet korang. Tak kisah kalau harganya murah, yang penting adalah teknik mengambil gambar icon wink Terlanjur Beli DSLR Nikon D3100 Ada orang yang cuma guna kamera digital kompak tapi hasil gambarnya boleh mengalahkan orang yang menggunakan DSLR. Jangan sekali-kali perkecilkan kamera kompak, terutamanya Canon IXUS 105 haha.

Outing Photoshoot
Sabtu ni (30 Oktober 2010) ada outing photoshoot sambil belajar kat Dataran Batu Caves yang dianjurkan oleh saudara Ijam. Bayaran cuma RM25 seorang bermula dari 8 pagi hingga tengah hari. Dengan RM25 tu korang akan dapat sehelai t-shirt, nota, makan dan minum. Murah sangat dah aku rasa kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang akan beliau sampaikan. Kalau korang nak join boleh ke blog saudara Ijam untuk maklumat lebih lanjut. Kena bagitau awal-awal kalau nak join untuk dia sediakan baju mengikut saiz korang.

Oh ye, tidak terhad kepada pengguna DSLR sahaja. Pengguna kamera digital kompak pun boleh join. Dalam outing nanti saudara Ijam akan ajar teknik-teknik mengambil gambar dengan cantik. Aku pun akan join outing ni. Cuma sekarang ni aku tak berteman. Nanti sampai sana tak kenal siapa-siapa pun. Ada yang sudi nak temankan aku tak? Hehe.

Teknik Menghasilkan Bokeh Dengan DSLR

Baru-baru ni ada orang tanya macam mana nak hasilkan gambar bokeh dengan DSLR. Rasa segan pula nak jawab memandangkan saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk diajukan soalan macam ni. Tapi bagi tidak menghampakan beliau, saya kongsikan teknik untuk menghasilkan gambar bokeh dengan DSLR berdasarkan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang saya ada.

foto bokeh
foto bokeh

Sebelum tu, sedikit penerangan tentang bokeh. Bokeh adalah perkataan yang berasal dari Jepun yang membawa maksud kabur (blur). Dalam istilah fotografi, teknik bokeh menjurus kepada kesan blur pada background tetapi sharp pada subjek. Lebih spesifik lagi bokeh disebabkan oleh keadaan blur diluar kawasan titik fokus kamera. Nak mudah faham bolehlah tengok contoh-contoh gambar bokeh kat sini.

Kita terus dengan teknik menghasilkan bokeh dengan DSLR. Teknik ini saya tunjukkan cara paling mudah iaitu dengan menggunakan mode Aperture priority (A) dan hanya menggunakan sumber cahaya daripada matahari. Jadi tak perlu susah payah fikirkan tentang shutter speed bagai. Nak cabaran sikit bolehlah guna mode Manual (M) tapi kena banyakkan eksperimen untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Cara-caranya:

  1. Cari kawasan pokok yang lebat dengan daun-daun (contohnya kawasan kebun) dengan cahaya matahari dari arah belakangnya. Waktu yang sesuai adalah ketika matahari condong 30° hingga 45°, ataupun depends pada kawasan. Pastikan ada cahaya yang keluar dari celah-celah daun.
  2. Letakkan subjek jauh dengan background supaya efek bokeh tu lebih smooth.
  3. Setkan kamera kepada mode A (Aperture Priority) untuk Nikon, mode Av untuk Canon. Setkan juga lens kepada auto focus (Biasanya saya lebih suka buat efek bokeh ni dengan menggunakan manual focus).
  4. Cari sudut yang dikehendaki, tumpukan titik fokus kepada subjek dan kemudian shoot dengan senang hati.

Tips:

  • Gunakan bukaan aperture paling besar (nilai aperture paling kecil).
  • Zoomkan background sejauh yang lens boleh capai.
  • Dekatkan lens dengan subjek.
  • Gunakan tripod untuk hasil gambar yang lebih sharp (kecuali lens dah dilengkapi dengan fungsi VR atau IS).

Berikut adalah video tentang bokeh:

Asalkan background blur itu dinamakan bokeh. Teknik yang ditunjuk dalam entri ni adalah satu daripada teknik bokeh. Selamat mencuba. Harapnya sikit sebanyak dapat membantu.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *