Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Teknik Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

Sebelum masuk ke topik utama yang kita ingin bincangkan dalam post ini, kita perlu tahu apakah yang menyebabkan seseorang individu mempunyai daya ingatan. Seseorang mempunyai daya ingatan kerana adanya satu proses yang menghubungkan sel-sel di bahagian otak manusia yang mengurus memori, proses ini dipanggil sebagai synapse. Semakin kerap proses tersebut digunakan, maka semakin gagah perkasalah sel-sel tersebut. Sebaliknya jika ia tidak digunakan dengan kerap, ia akan semakin menjadi lemah. Dan kadangkala ia akan mati untuk sesetengah orang yang tidak pakainya buat masa yang panjang.

daya ingatan

daya ingatan

Antara perkara yang boleh mempengaruhi kekuatan daya ingatan bagi otak kita adalah termasuk emosi, keadaan persekitaran, umur dan kecelaruan. Jadi, untuk kukuh dan dapatkan daya ingatan yang baik, di sini terdapat senarai empat hal yang harus dijaga dengan baik.

1. Jagalah emosi daripada terlalu beremosi

Kita menghadapi banyak penukaran emosi setiap hari. Antara emosi yang paling menpengaruhi daya ingatan kita adalah emosi marah. Hal ini kerana, apabila seseorang berasa marah. Hormon stress dan cortisol akan dibebaskan. Hormon cortisol ini baik untuk jangka masa pendek. Tapi ia akan mengecutkan otak kita dalam jangka masa yang panjang. Sebab itulah, bagi seseorang yang marah berpanjangan, depression dan dendam sangat semua ni adalah tidak baik untuk kesihatan dan juga untuk memori otak. Selain itu, semua perintah Allah juga menjadikan emosi lebih baik, maka jangan terlupa pula, taatilah perintah Allah 🙂

2. Dapatkan keadaan persekitaran yang baik.

Masyarakat kita yang mengamalkan budaya berilmu dan tidak suka menjadi pelupa melahirkan orang-orang yang kuat dengan ingatan. Hal ini disebabkan oleh satu perkara yang dipanggil dominasi. Selain itu, persekitaran yang kurang tercemar pula membolehkan lebih banyak aliran oksigen untuk masuk ke dalam otak kita melalui proses pernafasan. Justeru meningkatkan kebolehan otak manusia untuk berfungsi dengan baik. So, untuk meningkatkan daya ingatan, ingatlah untuk anda selalu mendapatkan udara segar selalu. Maksudnya, ambil masa untuk beriadah dan cubalah pelbagai perkara baru.

3. Umur.

Secara semulajadi, umur yang semakin meningkat akan menjadikan badan semakin kurang menghasilkan kimia yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, pengambilan makanan yang sihat dan vitamin-vitamin untuk cover keperluan tu amat penting untuk mengelakkan lebih banyak sel otak yang mati. Antara contoh makanan yang boleh diambil, tengok 10 Cara Untuk Meningkatkan Daya Ingatan -Erie Yohoho. And, jangan lupa untuk stay mentally active.

4. Kecelaruan

Elakkan diri daripada mengalami kecelaruan informasi. Kecelaruan informasi membuatkan minda menolak untuk mengingati informasi tersebut. Jadi, pertama sekali adalah wujudkan persoalan. Kemudian, jawab. Dengan menjawab persoalan yang ada, minda akan mencari jawapan dan menyusunnya dengan sistematik. Maka, kecelaruan akan berkurangan dan semakin mudahlah untuk mengingati sesuatu. Teknik ini amat efisien dan sesuai dipraktikkan dalam pembelajaran seharian.

Artikel berkaitan:
10 cara untuk meningkatkan daya ingatan

Leave a Reply