Web
Analytics

Teknik Pastikan Blog Selalu Update dan Segar Sepanjang Zaman


Cara blogger profesional pastikan blog sentiasa update.

Sebelum saya bermula ingin saya nyatakan bahawa blogger profesinal yang dimaksudkan di atas bukanlah saya. Tetapi mereka merupakan blogger profesional di luar sana yang saya ikuti. Mereka merupakan blogger yang saya cedok ilmunya.

usaha blogging

Ada beberapa daripada mereka yang betul-betul handal–handal belaka. Boleh anda cari sendiri supaya anda boleh tahu apa yang saya katakan di sini bukan bohong. Ramai blogger profesional ada bincang atau sekurang-kurangnya sebut pasal teknik ini sama ada di dalam blog mereka atau dalam media sosial.

Menjadualkan post bukan sesuatu yang baru dan bukan sesuatu yang susah. Teknik ini memastikan blog sentiasa update dalam jangkamasa yang konsisten. Fungsi ini pula lazimnya ada pada setiap blog platform yang kita guna. Tak kiralah wordpress ke, blogger ke, joomla ke, percuma atau berbayar, fungsi ini ada. Kita cuma perlu rajinkan diri cari di setting tu. Tugas kita cuma sediakan bahan, dan setkan untuk post serta merta atau pada tarikh tertentu. Itu sahaja.

Tapi kenapa post berjadual ataupun scheduled post ini penting?

Semangat Blogging Yang Turun Naik

Ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan blogger beginner. Hari pertama register blog, semangat memang tinggi. Idea untuk menaip artikel yang nak dikongsi itu mencurah–curah. Kepada mereka yang boleh terus memastikan blog sentiasa update untuk sepanjang sepanjang tahun, kita boleh tabik dan ucapkan tahniah.

Tapi biasanya, semangat itu memang tidak dapat kekal lama. Padam sekejap, datang balik minggu seterusnya. Apa akan jadi bila bergitu? Bulan pertama hari–hari post, empat bulan senyap, seterusnya mencurah balik. Tak konsisten kan? Lebih baik setiap minggu ada post daripada sekejap kencang sekejap hilang.

Bukan masalah semangat sahaja yang menjadikan kita begitu. Kekangan masa pun boleh jadi juga. Ada masa lapang, setakat sehari nak publish tiga post tu, orang kata celah gigi je. Datang musim exam, atau kena kursus panjang, atau pergi haji, atau outstation ke, terbengkalai la blog tu sekejap. Post seterusnya kita boleh dengar ayat yang biasa, “mintak maaf la lama tak update …“

Memastikan Blog Sentiasa Update Dengan Konsisten

Tidak dinafikan idea tak sentiasa ada. Blogging, seperti juga kemahiran lain, memerlukan latihan. Semakin banyak kita menulis, semakin mudah idea datang. Semakin mudah kita menterjemahkan apa sahaja pengalaman atau ilmu kita dalam bentuk post di blog. Ada masanya semua hilang. Hal yang sama terjadi walaupun kepada seorang blogger atau penulis profesional sekalipun. Writer’s block. Pernah dengar?

Post pertama bolehlah kalau nak dipublishkan serta merta, atau kepada yang nak first post itu dijadualkan terbit sama dengan hari jadi atau anniversary tu boleh juga, tak menjadi kesalahan. Terpulanglah. Yang menjadi isunya ialah post kedua dan post-post seterusnya nanti. Idea untuk artikel kedua mungkin datang petang itu, mungkin datang esoknya, tapi patutkah kita publish serta merta? Jawapanya ada dua, patut dan tak patut. Pening?

Relaks brader. Kita tengok kepada kriteria post yang macam mana dicadangkan untuk post serta merta, dan yang mana lebih sesuai dijadualkan.

Post Yang Boleh Dipublish Dengan Serta Merta

Post yang bersifat masa sensitif. Biasa la, post sensitive ni kalau kita tak publish merajuk pulak dia. Maksudnya di sini ialah kalau kita tulis sesuatu yang berkaitan dengan isu semasa atau event yang terjadi pada masa itu (happening at that time). Contohnya kita tulis post ucapan selamat hari raya kepada pembaca kesayangan kita. Kita tulis pula malam raya, ketika mak sibuk bakar lemang dan abah pula sibuk gantung lampu lip-lap.

Kalau post yang sebegini, bukankah yang terbaik ialah untuk diterbitkan (publish) serta merta? Takkan kita nak jadualkan supaya publish pada hari raya ke-17 pulak kan? Ataupun malam sebelum ulang tahun kemerdekaan? Tapi cuba kita bayangkan post itu kita taip pada malam ketiga puasa, bolehkan kita schedule supaya keluar malam raya? Bolehlah tolong orang tua kemas rumah, daripada menaip post untuk blog.

Begitu juga kalau post yang melibatkan berita sensasi, kita ada pendapat dan ulasan yang ditaip. Taipkan segera dan publish serta merta, tiada masalah. Post yang sebegini kita sifatkan sebagai editorial. Yang laku pada masa itu dan tak sesuai ditangguhkan.

Amaran: Penulisan yang dimaksudkan tidak termasuk penyebaran fitnah, berita tidak sahih, cubaan menghasut atau post yang sesat lagi menyesatkan.

Post Yang Sesuai Dijadualkan

Post yang bersifat malar hijau. Senang, straight to the point. Malar hijau itu apa? Malar hijau tu maksudnya evergreen. Post yang tidak terikat pada masa dan sesuai dibaca sepanjang masa tak kira dimana sahaja anda berada. Suka?

Contohnya; Tips, Teknik, Nasihat, Kisah sang kancil dan buaya dan apa–apa lagi la yang dirasakan sesuai dibaca tanpa terikat dengan kekangan masa bila ia dibaca

Teknik Rahsia Besar Blogger Mampu Menerbitkan Post Baharu Setiap Minggu Tanpa Mengganggu Masa Tidur Mereka

Tajuk, mengalahkan nak jual e-book. Takde rahsia mana pun, tak de teknik apa pun. Aku akan permudahkan dalam bentuk point, supaya senang dibaca, mudah dicerna dan lazat dipraktikkan;

Bila ada idea, tulis post secepat mungkin, jangan tangguh semata – mata sebab kita baru publish post atau sebab lain yang seangkatan dengannya.

Kalau ianya merupakan post pertama bagi blog itu, atau yang bersifat time sensitive, terbitkan serta merta.

Bagi post seterusnya, setkan masa kepada selang dua minggu daripada tarihk post yang sebelumnya.

Ulang langkah 3 bagi idea atau post seterusnya (dengan mengambil kira langka ke 2).

Mudah kan? Satu tahun ada berapa minggu? Setahun ada lebih kurang 48 minggu, untuk senang congak kita anggaplah 50 minggu. Kalau kita ikut selang masa yang saya syorkan tadi, kita hanya perlukan 25 post untuk memastikan blog kita ‘hidup’ sepanjang tahun. Selang dua minggu, post baharu akan automatik terbit.

Lupakan sekejap SEO (search engine optimization) atau backlinking, post kali ni tak sentuh langsung pasal itu.

OK. Apa langkah seterusnya, setelah kita sediakan 25 buat post yang hebat – hebat belaka? Post yang ke-26 kita boleh ‘selit’ di antara jarak post – post tadi supaya jarak terbitnya post itu jadi semakin singkat, daripada dua minggu kepada seminggu sekali bila kita mencecah 50 post. Semua standby tunggu masa untuk publish. Automatik. Itu tak campur post yang bersifat editorial.

50 post setahun itu aku rasa dah cukup la buat tahap kita ni, takkan nak cecah 365 post setahun kot. Kalau kita peruntukkan 4 bulan (mungkin otai boleh buat dengan masa yang lebih singkat lagi) dengan target 50 post, kita dah ada blog yang boleh ‘berjalan’ setahun. 8 bulan selebihnya kita boleh releks, buat projek lain, atau spend masa untuk promosikan blog, bercuti, beribadah, melancong, terpulang kepada nafsu masing – masing.

Cuma janganla tinggal terus blog tu. Bukankah salah satu reason kita tulis blog itu untuk diri sendiri, kalau kita pun malas nak baca, kenapa nak harapkan orang lain datang baca? Betul. We are our #1 readers. Jengok, baca, dan touch up la apa yang patut.

Teknik Rahsia Untuk Anda Menambah Bilangan Post Anda

Kaedah ini memerlukan kalendar untuk memastikan blog sentiasa update. Sama ada kalendar hardcopy atau softcopy mana-mana pun boleh. Ambil kalendar. Kalendar online boleh, kalendar kuda boleh, diari/planner yang ada kalendar pun boleh. Planner (tak kira la hardcopy atau softcopy) adalah yang terbaik, sebab kita boleh catit bila upcoming post akan terbit dan kita boleh nampak jarak masa antara post diterbitkan. Kalau berminat boleh guna template yang saya buat ini.

Dah dapat kalendar? Semak semua cuti-cuti penting dalam kalendar yang belum lepas lagi (upcoming). Yang akan datang dalam sehari dua lagi sehinggalah ke penghujung tahun. Tuliskan post dalam bentuk ucapan kepada pembaca. Contohnya, pada hari perayaan, cuti sekolah, hari wilayah, hari kemerdekaan, dan lain lain yang sekufu dengannya.

Cuma jangan anggap post sebegini sebagai ‘isi’ blog anda, anggaplah sebagai filler, yang mengisi ruang lompong dalam blog itu. Asingkan dari perkiraan post untuk selang dua minggu dan selang seminggu tadi. Yang ini kira lain.

Tapi, jika anda boleh berikan content yang menarik apa salahnya jadikan isi. Tips memeriksa keselamatan kenderaan sebelum balik kampung ke, cara–cara berjimat menyambut raya ke, tips kewangan ke contohnya, apa salahnya. Jadikan sebagai isi blog anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content