Surat Isteri Seorang Blogger

Assalamualaikum Abang!..

Maaf Ayang sebab semalam curi-curi buka laptop Abang kerana ingin nak hantar email yang penting buat Abang. Ketika ni Abang sedang tidur dengan lena. Ayang faham kenapa Abang letih sangat sebab semalam Abang berjaga sampai pagi untukupdate blog kesayangan Abang tu.

love-17

Jika kira dari hari pertama Abang mula tulis blog, sebenarnya sudah 5 tahun yang lepas. Mungkin Abang tidak sedar dengan tu. Abang jumpa Ayang, masa tu kita masih belum ada laptop lagi, ingat tak pada masa tu kita berhasrat untuk beli satu laptop dan kita kumpul duit sama–sama dengan guna sistem sampul? hehehe….

Tetapi untuk wang simpanan yang kita sama-sama buat ni, selalunya Ayang yang bagi dengan lebih, sebab Abang selalu cakap sama Ayang bahawa Abang ada lain hal yang perlukan wang, dan Abang tidak dapat simpan cukup duit setiap bulan. Ayang faham yang Abang ada tanggungjawab yang memang besar untuk pembelanjaan keluarga kita. Ayang tak kisah sebab Ayang cinta Abang dan Ayang ingin nak tengok Abang celik dalam bidang IT.

Pernah Abang kata Abang kena ejek dari kerja sebab tidak tahu macam mana guna Microsoft Words dan Excel. Di tempat kerja Ayang, setiap hari hadap dengan computer, kekadang sampai muak nak tengok computer kat office tu.

Abang masih ingat tak? Masa tu kecoh pasal Facebook, Abang pada mulanya tidak tahu langsung tentang social media yang baru muncul ni dan Abang pernah tanya Ayang Facebook tu sebenarnya apa benda?

Ayang rasa lucu sikit tapi masih jawab Abang bahawa Facebook tu merupakan social media di mana ia merupakan satu tempat yang boleh kita cari kawan-kawan lama sekolah. Dengan penuh semangat ingin tahu macam mana pakai Facebook tu, Abang minta Ayang buatkan satu akaun Facebook bagi Abang. Dari situ bermula lah mimpi ngeri Ayang.

Ayang masih ingat, Abang melompat macam kena loteri 1 juta, gembira sangat masa tu, bila Ayang tanya kenapa?. Abang jawab Abang dah jumpa kawan-kawan sekolah Abang dan Abang dapat hubungi balik banyak kawan-kawan yang sudah putus hubungan buat banyak tahun.

Hampir setiap hari Abang hadap Facebook tu, pendek kata makan Facebook, tidur Facebook, berak pun Facebook. Ayang rasa macam Facebook lebih seperti kekasih Abang daripada Ayang.

Sejak Abang kenal Facebook, Abang dah jarang bercakap dengan Ayang. Selepas balik dari kerja Abang terus main Facebook sampai lewat malam, kekadang Abang tidur pun masih sebut Facebook.

Ayang tak ambil hati pun pasal tu, sebab Ayang nak Abang rasa gembira. Sejak nikah, Abang tak pernah keluar bersosial macam masa muda dulu, part tu yang buat Ayang bertambah sayang kat Abang 🙂

Kalau boleh Ayang nak Abang sentuh Ayang seperti dulu tau, bukan Facebook! Kesian Ayang setiap hari tidur seorang, Abang pulak asyik dok melayan kawan-kawan kat Facebook.

Keadaan makin parah bila Abang dah mula kenal blog. Ayang heran Abang yang buta IT dulu dah ada blog sendiri, cepat betul Abang belajar.

Setiap hari Ayang tengok Abang asyik dengan blog Abang tu, memang Ayang akui blog Abang memang best baca, tak hairan lah setiap kali Abang tulis cerita baru, Abang dapat beratus-ratus pembaca setia dari blog.

Abang kata tulis blog dapat duit, tetapi Ayang tak pernah nampak pun duit nya, Abang nak beli rokok pun kekadang pau duit Ayang, tapi Ayang tak kisah, sebab Ayang sayang Abang.

Pernah Ayang tanya Abang, tak penat ker hadap blog tiap-tiap hari: Abang jawab: “Abang tak penat sebab Abang nak kan ranking alexa blog bawah 100”, itu target Abang tahun ni.

Maaf, Ayang tak tahu apa tu alexa ranking dan Ayang rasa alexa ranking tu tak ada kena mengena dengan Ayang. Apa yang Ayang tahu alexa ranking Abang kat Ayang makin tinggi dah cecah 1,000,000, nak turunkan balik lama lagi tu, kena banyak kan keywords yang power dari Abang. Site linking kat hati Ayang pun Abang kena banyak kan, bukan kat blog Abang jer tau.

Lagi satu Abang kena banyak kan SEO Abang kat Ayang barulah ranking tu boleh turun macam dulu. Kalau dulu ranking Abang kat Ayang mengalahkan Google, no 1, tapi kini dah makin jauh! huk…huk…huk 🙁

Ayang harap lepas ni Abang kurang sikit yer kat blog Abang tu, Abang boleh layan readers sampai pagi, tak mustahil Abang boleh buat macam tu kat Ayang. Ayang rindu pelukan Abang yang hangat tu..dah lama Ayang sepi, tidur sorang-sorang sambil peluk bantal busuk kita.

Mulai hari ni Ayang nak Abang berubah selepas Abang baca email Ayang ni!

Yang Ikhlas

Ayang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *