Soalan Ujian Psikometrik Separa Perubatan

Dalam peperiksaan Separa Perubatan, pasti sebahagian calon mencari-cari tips menjawab soalan dari seksyen Pengetahuan Am Separa Perubatan dan Ujian Psikometrik Separa Perubatan. Dalam artikel ini, saya akan mengupas bagaimana tips jawab Ujian Psikometrik Separa Perubatan sahaja. Tips jawab peperiksaan Pengetahuan Am Separa Perubatan boleh dicari dalam artikel dalam blog saya.

Psikometrik
Psikometrik

Ujian Psikometrik Separa Perubatan memainkan peranan yang penting untuk anda masuk ke bidang Latihan Separa Perubatan. Lulus seksyen Pengetahuan Am Separa Perubatan tetapi gagal dalam Ujian Psikometrik Separa Perubatan tidak akan membawa anda ke mana-mana. Untuk Ujian Psikometrik, anda perlu mengenal pasti beberapa elemen penting yang menjadi asas penilaian ujian tersebut.

Tujuan Ujian Psikometrik Separa Perubatan

Soalan yang disusun dan ditanya dalam seksyen ini bertujuan untuk mencungkil siapakah diri anda yang sebenarnya. Selain itu, ia akan mengorek rahsia bagaimana anda berhadapan dengan pelbagai situasi harian dengan bertanyakan soalan berbentuk penyiasatan, menguji sikap, menilai pendirian, menyatakan penyelesaian dan membuat keputusan. Anda mestilah bersikap positif semasa menjawab.

Selain itu, pilihan jawapan anda juga mesti berpihak kepada positif. Di antara perkara-perkara positif yang perlu diterapkan ialah seperti berikut :

1. Bersiap sedia menerima pandangan dari orang lain.
2. Berani mengambil risiko untuk mencuba dan tidak gentar dengan kegagalan.
3. Sedar diri sendiri bukan sentiasa betul dan perlukan bimbingan orang lain.
4. Boleh menerima kehadiran orang lain dan diri sendiri boleh diterima orang ramai.
5. Mudah bercampur dengan orang dan mesra dalam pergaulan.
6. Memiliki dan mengamalkan sikap bertimbang rasa.
7. Berprasangka positif dan tidak mudah membuat tanggapan negatif.

Sikap negatif yang boleh menghalang anda memasuki Separa Perubatan pula boleh disenaraikan sebagai perkara yang bertentangan dengan perkara positif di atas iaitu :

1. Tidak suka menerima pandangan dari orang lain.
2. Tidak berani mengambil risiko dan takut pada kegagalan.
3. Tidak sedar diri dan sentiasa menganggap diri sendiri sentiasa betul serta tidak mahu dibimbing.
4. Tidak boleh menerima orang lain dan tidak boleh diterima orang ramai.
5. Sukar bercampur dengan orang ramai dan dingin dalam pergaulan.
6. Tidak mempunyai sikap bertimbang rasa.
7. Mudah bersangka buruk.

Tips rahsia untuk menjawab Ujian Psikometrik

Bayangkan bahawa kini anda adalah salah seorang daripada staf yang sudah berkhidmat dalam bidang Separa Perubatan. Bagaimana sikap anda semasa berkhidmat? Bagaimana layanan anda kepada orang ramai? Bagaimana respon anda terhadap pelbagai lapisan pesakit dari usia muda ke tua? Anda hanya perlu bayangkan sahaja, bukan menipu yang anda kini benar-benar menjadi staf Separa Perubatan.

Cara yang paling tepat untuk menjawab Ujian Psikometrik ialah secara konsisten. Kaedah menjawab soalan secara konsisten ini dapat meningkatkan peratusan kejayaan anda untuk memasuki Latihan Separa Perubatan. Terdapat beberapa soalan yang ditanya semasa Ujian Psikometrik mempunyai struktur ayat yang hampir sama dengan soalan yang lain. Anda perlu teliti soalan di bawah ini.

1. Saya tidak selesa jika pandangan saya tidak diterima oleh orang lain.
2. Saya tidak perlu mendengar pandangan dari rakan sepejabat.
3. Sekiranya ada membentangkan pandangan, saya akan memberi keutamaan pada pendapat saya.
4. Saya akan memastikan pendapat saya benar meski pun ianya disanggah oleh orang lain kerana saya mempunyai sebab untuk mempertahankannya.

4 contoh soalan di atas akan menguji anda untuk membuat penilaian positif menggunakan unsur negatif dalam Ujian Psikometrik. Anda haruslah memberi respon yang positif kepada situasi yang negatif. Jadi elakkan daripada menjawab soalan secara membuta tuli. Bayangkan ada banyak soalan yang ditanya dalam Ujian Psikometrik, mampukah anda menjawab secara konsisten?

Lihat kembali soalan-soalan ini secara teliti.

1. Saya tidak selesa jika pandangan saya tidak diterima oleh orang lain.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya

2. Saya tidak perlu mendengar pandangan dari rakan sepejabat.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya

3. Sekiranya ada membentangkan pandangan, saya akan memberi keutamaan pada pendapat saya.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya

4. Saya akan memastikan pendapat saya benar meski pun ianya disanggah oleh orang lain kerana saya mempunyai sebab untuk mempertahankannya.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya

4 kunci menjawab Ujian Psikometrik

Kunci-kunci ini boleh membantu anda untuk membuka pintu kejayaan dan lulus dalam peperiksaan online Separa Perubatan :

1. Elemen positif dan negatif
2. Konsisten
3. Jawab dengan pantas
4. Jangan hentam masa menjawab soalan

Peluang terakhir persediaan peperiksaan Separa Perubatan

Anda pasti sudah banyak mencari maklumat berkaitan dengan nota rujukan Separa Perubatan, contoh soalan Separa Perubatan dan contoh soalan Ujian Psikometrik Separa Perubatan di internet, di laman sesawang, di blog dan di laman sosial. Dicadangkan anda terus mendapatkan Ebook Rujukan Separa Perubatan yang sudah siap ditulis, dihimpun dan dianalisis untuk persediaan peperiksaan anda.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *