Sitelinks dari Google Adakah Satu Misteri?

Sebenarnya sudah lama aku perhatikan tentang isu sitelinks dan ramai blogger yang pernah menyebutnya di dalam blog masing-masing. Ada yang gembira apabila mendapat sitelink dari google ini dan aku pun sama turut merasainya.

Namun disebalik sitelinks yang telah diberikan oleh google, memang ia menjadi satu pertanyaan yang selalu diselebungi misteri kerana pihak Google sendiri secara rasmi tidak pernah mengeluarkan mana-mana guideline sepanjang pembacaan dan pengetahuan aku. Melalui pembacaan di blog luar negara mahupun di dalam malaysia ini pun tiada satu pun guideline ataupun garis panduan yang dibuat menunjukkan bagaimana cara untuk mendapatkan sitelinks dari google ini.

Seperti screen capture aku di bawah, sitelinks yang dipaparkan hanya 3 sahaja sedangkan aku mendapat sitelink kalau disemak dari google webmaster ialah 4. Itupun masih lagi menjadi tanda tanya dan aku masih mencari bagaimanakah google memberikannya.

google sitelink
google sitelink

Ini adalah sitelinks yang diberikan oleh google webmaster kepada blog aku dan yang pasti sekiranya kita tidak ingin sitelinks tersebut dipaparkan di dalam google search kita boleh klik pada butang Block dan link yang diberikan tidak akan dipaparkan oleh google search. Off course kalau dah dapat sitelinks tersebut takkan nak buang balik ye tak?

Jadi perkara ini aku cuba lihat dan kaji dan masih lagi tidak menjumpai jawapan sehingga saat entri ini ditulis, kalau dilihat pada sitelink yang diberikan, contohnya link pemilik blog itu sudah pasti kerana semua blog mempunyai link tersebut dan ianya hanya ada satu sahaja (unik) dan berbeza dengan blog lain.

Manakala entri live blogging yang aku buat berkenaan dengan ” Kereta Proton Saga Google ” aku tidak nampaknya dimana rasionalnya google berikan sitelinks. Entri tersebut adalah dari live blogging, adakah kerana ada perkataan google dibelakang. Aku rasa itu bukan alasan sama sekali untuk mendapat sitelinks.

2 entri yang diberikan adalah daripada live blogging dan 2 sitelinks yang lain ialah daripada page, bukannya post yang membuatkan aku pening untuk mengkajinya lebih lanjut.

Jadi aku kemukakan pada kamu semua untuk fikirkan kenapa 4 sitelinks tersebut boleh diberikan sitelinks oleh google dan mari kita bincangkannya.

Aku sertakan sekali analisa yang aku buat untuk kita sama-sama berfikir dan membuat andaian agar dapat merungkaikan misteri ini.

sitelink
sitelink

Mari kita lihat pula rumusan yang aku buat dari pembacaan aku mengenai google sitelinks ini seperti di bawah. Kebanyakkan ditulis dalam BI tetapi aku translate ke dalam bahasa melayu.

1. Ranking pertama keyword yang berkaitan dengan sitelink yang diberikan.

Untuk sitelink yang pertama iaitu keyword “kereta proton saga google” memang aku berada di tangga pertama dalam carian google serta untuk keyword kemalangan km223 pedas linggi dan juga keyword iklan dan review. Namun untuk keyword pemilik blog aku berada di tangga ke 9 di page yang pertama google search.

Kesimpulannya masih lagi tidak tepat kalau dikatakan faktor ranking pertama keyword yang di atas untuk mendapatkan sitelink. Ok kita terus kepada yang kedua dan disamping itu kepada kamu yang sudah mempunyai sitelinks silalah berbuat seperti yang aku lakukan.

Secara ringkas aku juga tidak mempunyai masa untuk check blog lain, tapi sempat juga aku check blog etomyam dan sitelink yang diberikan juga hanya 2 entri keyword sahaja berada di page pertama google search.

2. Struktur blog yang baik dan senang untuk spider masuk.

Aku tidak dapat mengaitkannya dengan sitelinks tetapi yang pasti, blog aku memang mempunyai sitemap yang memudahkan pengunjung untuk menyelusuri blog dan aku yakin rakan-rakan blogger juga mempunyainya. Kalau belum ada boleh cari tutorial yang sudah lama aku buat dalam blog ini.

3. Trafik yang berterusan secara semulajadi

Pelbagai rujukan telah aku lakukan iaitu di google analytics, statistik dari cpanel dan banyak lagi. Apa yang dapat aku simpulkan hanya entri yang menggunakan keyword kemalangan di pedas linggi sahaja mempunyai carian yang berterusan dan trafik semulajadi. 3 sitelinks yang lain tidak pun menduduki top 10 dalam carian di blog aku.

4. Mendapat Klik yang banyak setiap kali carian di google search.

Ini juga kaitan seperti no 3 di atas dan hanya keyword kemalangan pedas linggi sahaja mendapat klik paling banyak apabila berada dalam google search.

5. Outbound links yang berguna

Ini aku masih lagi tak berapa faham dan setelah aku check entri tersebut, outbound links yang diberikan semuanya menghala ke website yang mempunyai PR tinggi dan trafik yang tinggi. Ada siapa tak yang boleh jelaskan untuk aku?

6. Inbound Links dari site yang berkualiti tinggi

Seperti yang di nombor 5 di atas, aku juga masih lagi tercari apakah formula yang digunakan oleh google dalam menentukan sitelinks yang diberikan.

7. Domian/Site yang sudah lama

Ini yang paling aku tak faham kerana usia domain blog aku belum lagi sampai setahun dan pastinya priority yang diberikan masih lagi menjadi tanda tanya sedangkan banyak lagi blog lama dari aku.

Habis analisa yang aku buat dan sampai saat ini aku belum mendapat formula ataupun algorithms yang digunakan oleh google search gunakan untuk menentukan sitelinks yang mereka berikan. Aku juga percaya orang lain di luar sana juga pasti tidak tahu akan formula tersebut.

Kalau sesiapa yang dapat menjumpai formula cara untuk mendapatkan sitelinks dari google pasti boleh kaya dengan menyediakan service mendapatkan sitelinks ataupun buat satu ebook dan jual, haha.

Sebenarnya entri ini terlalu panjang dan aku bercadang untuk membuatnya dalam dua entri tetapi aku malas untuk potong apa yang telah aku tulis dan tidak mahu entri ini bersambung.

Akhir kata, hampir 3 jam aku gunakan untuk menulis entri ini, sudah 2 minggu aku membuat analisa berkenaan sitelinks ini dan inilah artikel yang paling bernilai aku rasakan. Yang pasti aku rasa hanya beberapa orang sahaja dari kamu yang baca entri ini sampai habis, haha.

Memandangkan aku terlalu suka dengan entri ini dan terlalu bernilai aku, sekiranya kamu ingin kongsikan apa yang aku tulis di atas sila tinggalkan link rujukan ke blog aku.

Untuk orang-orang yang berkenaan yang membaca entri hasil analisa yang aku buat ini, tolong jangan ambil ilmu di sini dan buat ebook ataupun sebagainya. Kerana ianya adalah PERCUMA dari aku.

Sila tanggung sendiri dosa pahala dan halal haram dalam mendapatkan ilmu dan hasil perbuatan kamu itu.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *