Siri Authority Backlinks untuk SEO: Episode 1

Atas permintaan yang memberangsangkan, saya dah update blog post ni untuk dapatkan results yang lagi power!

Semua orang nak dapat authority backlinks untuk dari trafik dari SEO. Tapi tak ramai yang tahu caranya. Saya tak nak intro panjang-panjang sangat, buang masa. Ini cara nak dapatkan backlinks dari Wikipedia:

Kenapa Wikipedia?

Kurang bijak soalan tu. Kalau nak cakap pasal authority, Wikipedia paling dipercayai kesahihannya oleh ramai pihak, termasuk Google. Jadi jika anda dapat undi (backlink) dari Wikipedia, Google akan letak anda Page 1 dalam search!

Contoh:

wikipedia dead link
wikipedia dead link

tengok yang bulat merah tu. Ada broken links. Maknanya link yang dah mati. Expired. So what? So anda boleh letakkan link ke website anda kat situ. Dapatlah backlink dari Wikipedia! Hooray!

Macam mana nak dapat macam tu?

Langkah 1:

Pergi ke wikigrabber. Website ini akan senaraikan semua “dead link” atau “citation needed” dalam Wikipedia. Kita nak focus kat “dead link” saja sebab nak ganti dengan link kita.

Tengok gambar:

wikigrabber

Langkah 2:

Masukkan niche kita dalam Wikigrabber tu. Saya ambik contoh sorang kawan kita kat Wangcyber ada tanya macam mana nak dapat authority links. Letak keyword/niche dalam tu dia akan populate senarai webpage yang ada masalah:

Macam saya cakap, kita nak yang “dead link” saja. Senang nak masukkan link kita dalam tu.

Langkah 3:

Dapat 2 link dari En Wiki dalam masa 2 minit! Boleh tahan jugak kan?

Langkah 4:

Check sama ada “dead link” tu masih mati. Ni penting. Kadang-kadang ada yang orang lain dah cekau. Anda perlu klik link tu ke laman tengok sama ada link betul-betul dah mati.

Jika link memang mati keras, jadi macam ni perfect. Anda boleh terus tukar je link ke link anda. Jika laman tu terdapat 404 not found. Jadi ia mati jugak. Apa tunggu lagi? Tukar ke link anda le!

Langkah 5:

Enjoy traffic yang makin bertambah!

So apa lagi? Kerja keras la cepat2! Banyak link nak ambik tu!

Tapi tunggu..

Macam mana kalau saya ada teknik yang lebih mengancam dari yang ni? Yes, lagi berbisa!

Sila la komen ye!

Terima kasih atas sokongan anda setakat ni. Bila tengok komen orang yang bersungguh-sungguh nak belajar, saya pun jadi semangat nak kongsi. Kita terus ke pengisian hari ni.

Langkah 6:

Cuba kawan-kawan fikirkan:

Kalau Wikipedia link ke site A contohnya, mesti site A ni sangat femes betul tak? Maksudnya banyak lagi website lain yang authority selain Wikipedia pun bagi backlinks kat dia.

So sekarang Website atau Webpage A ni dah takde, sebab tu kita boleh tukar link dia kat Wikipedia jadi kita punya.

Tapi dalam website Authority yang lain pun dia jadi broken link jugak. Visitor Authority 1, Authority 2, dan Authority 3 akan nampak benda sama macam Wikipedia nampak kat atas tadi, iaitu:

404 Not found

Ini dinamakan link vacuum, sebab bila url tu hilang, banyak website akan effected. Macam mana kalau kita contact Authority lain tu bagitau dia website dia tu ada broken link? Mesti dia akan ambik perhatian kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *