Simptom Blogger Burnout Dan Cara Atasinya

Pastinya ramai blogger yang sudah dengar istilah ‘Blogger Burnout’ ni. kalau yang masih belum jelas secara ringkasnya istilah blogger burnout ni adalah satu situasi di mana sama ada kita menulis satu blog entry setiap hari, atau satu blog entry sahaj semingga kalau tidak sebulan mahupun setahun, tiba-tiba rasa macam sudah kehabisan idea dan kreativiti untuk menulis sesuatu di dalam blog kita.

Padahal sebelum ini kita mempunyai 1001 idea dan pandangan yang pastinya menarik untuk di kongsi bersama rakan blogger yang lain.

blogger burnout
blogger burnout

Begitulah maksud ringkas blogger burnout ni. Dan saya pasti ramai jugak yang pernah mengalami situasi sebegini, termasuklah diri saya sendiri, bila rasa semangat nak taip entry, bila sudah buat suku jalan entry tu tiba-tiba rasa boring dan kehabisan idea. Sudahnya ‘save draft’ dan layan benda lain.

Lepas tu lupa terus pasal blog entry yang nak dibuat tu. hehe…(macam biasa tu)

Kalau nak lebih jelas lagi, di antara simpton atau gejala seseorang blogger sedang mengalami burnout ni adalah:

  • Kita sudah tidak menulis blog entry dalam tempoh yang agak lama dari kebiasaan kita, bukan kerana kesibukan komitmen lain, tapi kerana terasa kekurangan idea dan kalau adapun rasa macam tak menarik serta not worth sharing;
  • Merasakan penulisan blog kita sendiri sebagai sesuatu yang sudah menjadi rutin yang perlu di laksanakan dan bukan lagi atas kerelaaan diri sendiri. Menulis hanya kerana untuk memenuhi keperluan satu entry sehari semata-mata, menulis tanpa rela ini menyebabkan timbulnya rasa bosan dan meletihkan;
  • Kehabisan idea, memang selalu dilalui, bila nak buat entry sahaja, baru tulis tajuk lepas tu macam kekeringan dan tidak tahu apa yang ditulis dan kembangkan. Satu paragraph kalau tidak kena gayanya mengambil masa 5 jam untuk disiapkan; dan
  • Datang perasaan apa kesudahannya dengan aktiviti blog diri sendiri ni, apa penghujung dan matlamat sebenar untuk berblog kita jadi kabur dan tidak jelas.

Itulah di antara simpton-simpton gejala blogger burnout atau mungkin jugak dalam bahasa kita ‘habis idea’, ‘mati kutu’, ‘tandus’, ‘gersang’ dan sebagainya. Kalau tidak segera diatasi atau di cari jalan penyelesaian akan membawa kepada berkuburnya sesebuah blog dan hilanglah kreativiti dan hasil karya seseorang blogger.

Untuk mengatasinya terdapat beberapa forum dan blog yang mencadangkan beberapa kaedah yang praktikal dan boleh digunapakai kepada mereka yang ada simptom macam kat atas tadi:

  • Kena susun jadual, back to basic macam zaman sekolah balik, tengok juga matlamat sebenar aktiviti berblogging kita, kalau untuk hobi, mungkin boleh setkan di dalam minda sekurang-kurangnya buat satu entry satu hari untuk memenuhi hobi kita. Kalau untuk tujuan generate income, kenalah kuatkan semangat untuk buat dan ikut jadualyang selesa untuk berkarya;
  • Elakkan dari menulis entry yang susah dan membebankan fikiran kita sendiri, tulis lah secara mudah dan bersahaja serta topik yang benar-benar menarik minat kita. Penulisan juga mungkin tidak perlu panjang berjela-jela, cukup sekadar menyampaikan mesej dan point kita seadanya, tapi kalau dah tak boleh nak adjust, nak kena explain in detail juga….bedal ajelah, janji ada update icon biggrin Simptom Blogger Burnout Dan Cara Atasinya ;
  • Ciptakan matlamat dan tujuan, kalau boleh jangka pendek dan jangka panjang. Dengan adanya matlamat ini tahap motivasi akan sentiasa tinggi dan berusaha untuk mencapainya. Contoh mudah, kita letakkan dalam tempoh 3 bulan matlamat kita adalah untuk mendapat Alexa ranking di bawah 100K ataupun pagerank sekurang-kurangnya PR3. Manakala untuk matlamat jangka panjang pula kita setkan pada hujung tahun nanti blog kita boleh mencapai 100,000 unique visitors; dan
  • Kalau sudah habis cara jugak tapi still dok burnout lagi, buka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk jadi penulis jemputan di blog kita, sebagai contoh mungkin ajak kawan-kawan dari Facebook yang ada idea tapi malas nak buat blog, cadang atau minta FB notes yang kawan-kawan kita buat untuk dipublishkan dalam blog kita.

4 cadangan kat atas tu kira yang paling asas dalam panduan kita menulis blog, kita boleh kembangkan lagi cara untuk elakkan blogger burnout ni dengan cara perbanyakkan post kategori dalam blog kita, ataupu kalau perlu letakkan satu kategori khas untuk ‘merapu’, kat dalam kategori tu boleh belasah tulis apa sahaja pasal dah memag kategorinya merapu.

Atau paling malas pun masukkan klip youtube lagu atau movie ataupun lirik lagu yang kita suka. Pastinya ada di kalangan pelawat yang suka.

Atau mungkin ada idea atau pandangan special lagi unik dari kawan-kawan untuk atasi masalah blogger burnout ni.? …bila sebut burnout ni terus teringat kat band rock kapak Burnmark icon biggrin Simptom Blogger Burnout Dan Cara Atasinya

updated:

Baru teringat, mungkin juga penggunaan plugin yang publish entry secara auto seperti Autoblogged dan WP-Robot juga boleh membantu, pilih sahaja niche dan keyword mana yang nak di autopublish, semua settle.

Artikel asal dari ‘the Common Signs of Blogger’s Burnout’ di www.seohosting.com. Telah diubah suai ikut kefahaman dan pengertian sendiri.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *