Sikit Tutorial Mudah Untuk WordPress

Manual Update WordPress

Blog entry sebelum ni saya dok merungut pasal tidak boleh Auto update wordpress dari versi 3.0 kepada versi terbaru 3.0.1. Sudah 5 kali cuba baut auto blogged, semuanya sangkut di tengah jalan, memang geram jugak. Semuanya pasal penggunaan memori yang banyak dalam versi terbaru wordpress ni. Berdasarkan pemerhatian saya, kalau kita deactivate semua plugin yang ada pun still wordpress guna 67% memori. Kalau plugin aktif lagilah banyak cekik memori nya. Jadi terpaksalah saya buat update secara manual. Sebenarnya update ini merupakan pengalaman pertama kali update wordpress secara manual, sebelum ni main klik auto je.

Kedua-dua blog saya sudahpun di update secara manual dan berjaya semuanya, mengambil masa lebih kurang 5 minit bergantung kepada internet connection masing-masing. Jadinya nak kongsikan 5 cara mudah untuk manual update wordpress ni. Mana tahu lepas ni keluar pulak versi terbaru nak kena buat lagi.

Tutorial ini boleh digunakan untuk domain yang gunakan wordpress sebagai domain utama dan juga yang gunakan di add-on domain. Juga disertakan gambar yang sempat saya snap semasa proses tadi.

Langkah pertama
Deactivate semua plugin. Selepas tu apa-apa pun mesti backup database, manalah tahu malang tidak berbau. backup, backup dan backup.

Langkah kedua
Dapatkan versi terkini wordpress dari laman rasmi wordpress.org. Setelah selesai download, extract zip file tersebut ke lokasi yang mudah, contohnya di desktop masing-masing.

Langkah ketiga
Buka FTP client anda, login ke lokasi root wordpress. DELETE folder atau direcktori wp-includes dan wp-admin. Contoh seperti:

ftp client

Langkah keempat
Setelah selesai delete, buka folder wordpress yang baru diekstrak tadi dan pilih semua fail di dalamnya. Uploadkan semua fail tersebut dan ‘overwrite’ kan fail sedia ada. Contohnya:

wordpress

Hanya upload fail-fail di dalam folder wordpress, bukannya folder.

overwrite

Apabila mesej confirmation overwrite, pilih overwrite all atau yes to all.

Langkah Lima
Sepatutnya semuanya proses upload fail baru berjalan dengan lancar. Setelah selesai semua proses upload tadi. Masuk semula ke admin dashboard dan refresh browser. Sepatutnya mesej yang akan keluar adalah:

wordpress upgrade
wordpress upgrade

Apabila mesej ini muncul, klik sahaja button upgrade wordpress database tersebut dan semuanya sudah siap sepenuhnya.

Peringatan penting: Perlu berhati-hati semasa upload fail-fail ke dalam folder wp-content terutamanya jika anda menggunakan default theme dan telah edit  serta masukkan kod-kod tertentu ke dalamnya. Ini kerana default theme yang baru akan overwrite default theme yang sedia ada. Jadi untuk elakkan perkara tersebut, salah satu caranya boleh gunakan kaedah ‘rename’ dahulu theme sedia ada anda sebelum upload default theme di dalam wp-content yang baru.

Itu sahaja tutorial mudah untuk manual update wordpress. Selamat berhujung minggu.

Tutorial Menambah Ruang Baru Dalam Page Template

Dalam entry sebelum ini dua rakan blogger bertanyakan mengenai bagaimaca cara untuk menambah ruang baru dalam post template. Apa yang dimaksudkan oleh bro cascd adalah bagaimana kita boleh menyediakan ruang khas selepas blog entry untuk di masukkan ‘artikel berkaitan’ sebagaimana contoh yang terdapat di akhir setiap entry blog ini. Manakala bro Syafrizal juga bertanyakan apakah jenis plugin yang digunakan untuk menghasilkan ruang ‘about’ di blog ini.

Dalam kes blog ini saya menyediakan dua kotak khas di akhir setiap entry untuk saya masukkan kod bagi artikel berkaitan (yang menggunakan plugin WP-Related post) bagi kotak sebelah kiri manakala di sebelah kanan pula saya masukkan kod untuk kegunaan sharing. Kesemua kotak tersebut boleh dihasilkan melalui sedikit ubahsuai di fail single.php. Begitu juga dengan ruang ‘about’ tersebut yang juga dihasilkan dengan kaedah yang sama serta ubahsuai di fail style.css.

Kalau ada tutorial mungkin boleh membantu bagi mereka yang berminat untuk mempelajari teknik yang saya gunakan. Kebetulan pula saya sedang dalam proses mencuba aplikasi AVS Screen Capture, jadi saya cuba buat tutorial dalam bentuk klip video bagaimana menambah ruang baru dalam page template untuk platform wordpress.

Sebenarnya hanya lebih kurang 3 minit diperlukan untuk membuat ruang tersebut, cuba rujuk klip video di bawah ini:

Nota berkaitan:

  1. Klip video masih belum ada suara penerangan, pasal tak jumpa mic untuk record suara : hehehe ;
  2. Hanya dua fail yang terlibat iaitu single.php dan style.css. Langkah pertama masukkan dahulu class id ke dalam single.php;
  3. Langkah kedua pula dengan memasukkan style kotak-kotak tersebut ke dalam fail style.css. Semua itu boleh diubah di dalam fail tersebut;
bendera kelantan
bendera kelantan

Setelah kita sudah mempunyai kotak-kotak tersebut, kita bolehlah memasukkan apa-apa benda yang dirasakan perlu sama ada kod iklan, kod plugin dan sebagainya. Harap dapat membantu serba sedikit secara asas.

Ada soalan? etomyam mungkin tidak menjawab sebarang soalan dan kemuskilan dengan segera pada hari ini berikutan mungkin tidak berada di depan PC. Sebabnya etomyam akan berada di tengah-tengah lautan baju merah bermula dari petang nanti.

Mungkin selepas tengah malam baru tuan punya blog ni baru ada. icon biggrin Tutorial Menambah Ruang Baru Dalam Page Template Kepada kawan-kawan yang berminat untuk menukar platform blog dari blogspot kepada wordpress sebarang pertanyaan dialu-alukan.

Nota Lagi : Maaf kalau klip video kurang berkualiti, tu baru 1st time guna software tu. Bila dah mahir nanti baru boleh masukkan suara dan juga background music.haha

Bagaimana Menambah Saiz Fail Muat Naik WordPress

Pasti ada dikalangan pengguna wordpress yang menghadapi kesukaran untuk memuat naik fail-fail tertentu melalui wordpress mereka berikutan adanya sekatan had maksima saiz fail yang boleh dimuat naik dalam satu masa, sebagai contohnya dalam kes saya, had maksima yang telah ditetapkan di paltform wordpress saya untuk muat naik apa-apa fail seperti gambar, video dan sebagainya adalah sebanyak 8MB sahaja. Dalam situasi tertentu memang diakui pengguna akan merasa sukar dengan sekatan tersebut.

main server
main server

Malam tadi saya cuba muat naik atau upload klip video bersaiz 14MB melalui wordpress post-admin, sudah tentulah sangkut sebab had maksima yang dibenarkan adalah sebanyak 8Mb sahaja. Kegagalan untuk memuat naik fail tersebut membuatkan saya mencari bagaimana tips dan tutorial yang boleh dijadikan panduan untuk membolehkan klip video tersebut di muat naik.

Salah satu cara yang biasa digunakan oleh pengguna wordpress di seluruh dunia untuk mengubah kapasiti muat naik fail adalah melalui dua kaedah iaitu melalui sedikit ubahsuai melalui fail .htacess ataupun fail php.ini.

Berdasarkan pembacaan di beberapa forum worpress support group apa yang dapat difahamkan adalah bagi mengubah saiz muat naik fail melalui .htaccess, apa yang perlu di lakukan adalah dengan memasukkan dua line kod di bawah ini ke dalam fail .htaccess yang terletak di root domain masing-masing:

php_value upload_max_filesize 20M
php_value post_max_size 20M

Maksud kod di atas had maksima upload telah diubah kepada 20MB daripada yang asal. Kat mana nak cari .htaccess? ada dua kaedah, sama ada masuk ke dalam root domain melalui cpanel dan terus ke fail manager, ataupun satu lagi masuk melalui ftp terus ke public root. Yang paling penting kena setkan dahulu supaya semua fail yang ada dalam root domain kita boleh kelihatan (show hidden file).

Kaedah kedua pula adalah melalui sedikit ubahsuai di fail php.ini. Langkahnya adalah:

  1. Kenalpasti lokasi fail php.ini di dalam folder wp-admin;
  2. Setelah jumpa, buka fail tersebut dengan text editor, notepad atau wordpad sudah memadai;
  3. Di dalam fail php.ini tersebut cari line “upload_max_filesize = 8M” dan tukar kepada nilai yang lebih tinggi seperti “upload_max_filesize = 20M”;
  4. Save fail tersebut seperti asal iaitu di dalam wp-admin folder; dan
  5. Boleh cuba fungsi upload dalam post-admin untuk test.

Perlu diingat tidak semua webserver dan domain menyediakan fail php.ini kepada penggunanya. Sekiranya domain kita tidak mempunyai fail php.ini Ianya perlu dibuat terlebih dahulu. Ataupun kalau masih keliru bagaimana cara untuk membuatnya boleh juga cuba contoh php.ini yang sudah siap dibina oleh WPTheming dan upload terus ke folder wp-admin masing-masing.

Nota: Memandangkan polisi penggunaan webserver adalah berbeza-beza di kalangan penyedia perkhidmatan, pengguna wordpress digalakkan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada host server masing-masing untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. icon biggrin Bagaimana Menambah Saiz Fail Muat Naik WordPress.

Artikel berkaitan:
Habis Punah, Rosak, Hancur Dan Musnah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *