Seram : Aktiviti di Pulau

Dah lama tak bercerita mengenai kisah seramkan? Sejak kebelakangan ni kesihatan pun sering terganggu. Mungkin kerana cuaca.

Korang mesti pernah bersekolah, melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS, MAKTAB dan lain -lain bukan? Kadang – kadang ada peristiwa seram yang kita alami, mungkin pengalaman di asrama ataupun melakukan aktiviti di kawasan yang telah dipilih.

pulau aktiviti
pulau aktiviti

Begitu juga aku dan rakan – rakan ketika melakukan aktiviti di salah satu pulau tidak berpenghuni di Perak. Aktiviti kami lebih kepada arah kajian mengenai alam sekitar. Sebelum sampai ke destinasi kami telah diberi taklimat, sehinggalah kepada adab dan tingkahlaku ketika berada di Pulau tersebut. Di pulau tersebut telah disediakan penginapan dan sumber tenaga hanya diperolehi daripada generator set. Selepas pukul 11 malam hanya 1 lampu sahaja dibenarkan utk dipasang.

30 orang semuanya kami disana, tidak termasuk pensyarah, 30 orang ini telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Dan setiap kumpulan ada seorang ketua. Aktiviti kami di pulau tersebut berlangsung selama 3
Malam.

pulau 1

Ketua tadi perlu menyediakan kata kunci selepas pukul 11 malam, 5 ketua tadi akan bergilir untuk memberikan kata kunci dan diberi kepada ketua yang lain. Ini bermakna setiap jam kata kunci tersebut akan berbeza. Hanya digunakan untuk jam tersebut.

Gunanya kata kunci tersebut, sekiranya berselisih di tengah malam, ke tandas atau untuk membuat air. Kata kunci tersebut akan ditanya.

pulau 2

Sehinggalah, salah seorang rakan. Kami lihat beliau sentiasa keseorangan apabila ke tandas, makan. lalu salah seorang rakan menegur beliau. “kalau nak kemana – mana eloklah berteman takut terjadi apa – apa.

Kelihatan muka rakan tersebut agak cuak. Tanpa berkata apa – apa beliau duduk di katil. Tengah malam tu rakan tadi ingin le tandas, rupa – rupanya selama ini walau ketandas atau mengambil air sememangnya beliau ditemani oleh seseorang.

Sampai sahaja separuh jalan ke tandas, rakan tadi teringat sesuatu, untuk kepastian beliau memberanikan diri untuk bertanya kepada teman yang selalu menemaninya selama berada di pulau tersebut. ” apa password malam ni ye?” sambil merenung tepat kewajah teman itu. Sambil tersenyum temannya itu berkata ” tak tahuuuuuuuuu” huuuuu huuuu heiiiiiiiii sambil mengilai. Apa lagi hampir pengsan rakan aku tersebut.

pulau 3

Selepas tu takda lagi kejadian seram yang lain. Langkah-langkah pencegahan diambil. Sehinggalah hari kepulangan. Oleh kerana laut gelora bot kami tidak dapat datang petang, terpaksa ditunda hingga lepas maghrib. Selepas maghrib kami menunggu kedatangan bot. Setelah bot sampai kami perlu beratur dan mengira takut – takut ada yang tertinggal. Di pulau walaupun lepas maghrib keadaan dah agak gelap. Kami pun mula mengira. ” 1, 2, 3,,,,,,, 31.” mungkin tersilap kot, kami mula mengira dimulai lagi sekali oleh orang yang dihadapan, ” satu!” , kemudian “dua!”, ” tiga ” hinggalah yang terakhir , tetap 31 orang. Ini bermakna dah terlebih seorang. Sekali lagi kira. ” 1,2,3,,,,,, 31, disusuli dengan kata ” wei, aku betul wei! “  ah sudah, semua terdiam. Nampaknya ada masalah. Ketua, penghulu kami dengan machonya keluar daripada barisan.

Dengan beraninya penghulu mengira ,1,2,3,4,,,, 30, masuk aku 31, kata penghulu. Tetap tak berubah. Terlebih satu.  Pensyarah mula bertanya. Dah selesai atau belum?  ” belum jawap penghulu, lecturer pun hairan apa yang belum, hari dah semakin lewat. Lantas penghulu menerangkan apa yang terjadi. Dengan tenang pensyarah tadi datang ke kami, beliau pula mengira, 31 orang. Dari depan ke belakang, dari belakang ke depan tetap 31 orang.  Huuu. Agak rumit, kami datang 30 tapi takkan nak balik 31 orang.

Pensyarah menyuruh kami memegang tangan orang disebelah kanan dan kiri, menyuruh kami mengenal wajah rakan rakan disebelah.  Setiap orang memberikan jawapan mereka kenal wajah masing – masing, sekali lagi lecturer mengira pelajarnya.  tetap 31 orang.

Tekong bot bertanya, dah selesaike belum , lantas pensyarah menceritakan segala masalah. Kalau macam tu saya tak boleh tunggu. Encik buat bulatan kemudian kira semula. Bila kiraan dibuat tetap 31 orang. Kami pula semakin risau, kami tak tahu siapa yang terlebih, sebabnya apa yang kami tahu kami kenal wajah rakan – rakan.

pulau 4

Macamni biar kami balik dulu, saya panggil ustaz, saya tinggalkan 2 orang rakan saya sementara tu cuba selesaikan masalah ni. Sementara menunggu ketibaan tekong dan ustaz, kami semua duduk dalam bulatan. Pensyarah berkata sesuatu, ” kami nak balik, kalau ada antara kami yang telah melakukan kesilapan kami mohon maaf”. Harap – harap tak ada yang mengikut.  Kiraan dibuat tapi keputusan masih sama. 31 orang. Jam dah menunjukkan jam 9.30 malam. Keadaan amat gelap sekali.

Ustaz dan tekong telah pun sampai, giliran ustaz pula membuat kiraan, jawapnnya 31 orang. Setelah berkali ustaz mengira, beliau menyuruh kami membaca ayat kursi. Kemudian mengira kami seorang demi seorang, 1, naik atas bot, 2, naik atas bot, 3! Naik atas bot sehinggalah 30, naik atas bot, tanpa banyak bicara ustaz menyuruh bot berjalan, tanpa menoleh kebelakang kami semua balik.

Artikel berkaitan:
Santai lepas balik kampung untuk cuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *