Semoga Hari Guru Kepada Semua Cikgu

Walaupun aku bukan seorang guru, tapi aku tetap nak coretkan sesuatu di blog ini sebab aku tau hari ini 16hb Mei. Hari sebegini selalunya buatkan aku tersenyum seorang diri sambil ketawakan perangai aku yang macam entah apa-apa entah masa di sekolah dulu.

Tapi sebelum aku nak cerita pasal perangai aku tu dulu, rasanya elok aku tulis sedikit perkara di sini mengenai apa yang ada dalam fikiran seorang guru. Mungkin apa yang aku nak katakan ini agak giler, tapi aku rasa inilah yang sebenarnya terjadi kot.

Aku rasalah. dalam kehidupan seorang guru, hanya ada 3 jenis murid yang diaorang akan selalu ingat sampai bila-bila.

Yang pertama Anak murid yang baik dan cemerlang.

Anak murid jenis ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai NERD, sopan santun, tak pernah tak buat kerja sekolah, tak pernah melawan cakap cikgu, tak pernah masuk lewat, tak pernah hisap rokok, tak pernah kelentong dan tak pernah guna alasan buku sekolah saya tertinggal cikgu!

Anak murid jenis ni juga suka kepada competition. Asal hantar wakil sekolah je, mesti menang. Masuk perbahasan menang. Masuk pertandingan pantun menang. Masuk pertandingan menyanyi.. pun menang. Ehhh masuk tilawah pun, menang juga. Itu belum campur lagi dengan mereka yang suka bersukan sampai wakil daerah dan negeri pun ada. Memang dasaaatttttt!

Yang kedua Anak murid yang invisible dan melingkup.

Anak murid jenis ni lagi dasattttttt!

Mereka ni ada ilmu invisible ataupun ilmu menghilangkan diri. Nak kata ada ilmu batin, tak juga.. tapi selalu je hilang dalam kelas. Walaupun sekolah tu tidaklah sebesar mana.. tapi amat susah untuk cikgu-cikgu mencari mereka.

Anak murid jenis ini memang buatkan cikgu mereka darah tinggi, kencing manis, stroke dan juga paru-paru berair 24 jam. Kebiasaanya, anak murid jenis ini juga akan menjadikan cikgu mereka pembeli ubat sakit tekak yang TEGAR di farmasi-farmasi berdekatan. Siang petang pagi malam, vokal mereka akan berada pada tahap tidak stabil kerana terpaksa meninggikan suara di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, anak murid jenis ini juga terdiri dari mereka yang sungguh COOL orangnya. Mereka tidak takut dengan sesiapa hatta dengan guru besar sekalipun. Ini adalah kerana mereka mempunyai sejenis perasaan atau sifat hati kering. Mereka inginkan freedom yang entah apa-apa entah. sampai mereka sendiri pun tak tahu. Setakat kena lempang dengan cikgu thats easy man.

Dan aku tergolong dalam golongan anak murid yang kedua haha. Untuk anak murid yang intermediate (tidak terlalu baik dan tidak terlalu jahat) memang wajah mereka tidak akan diingati oleh cikgu. Iya hanya yang paling baik dan paling nakal je yang sentiasa malar segar dalam ingatan seorang cikgu. Percayalah cakap aku.

Di sini aku senaraikan antara moment-moment yang memang aku takleh lupakan sampai sekarang.

Sekolah Mohd Khir Johari
Sekolah Mohd Khir Johari

Sekolah rendah (Sek Mohd Khir Johari)

1. Aku memang pemalas nak bawak rekorder. Setiap kali kelas muzik je, aku akan pinjam rekorder budak perempuan kelas sebelah. Haha giler seksi beb, berkongsi bibir untuk rekorder yang sama jangan jeles (kalau dia baca ni, mesti dia tahu) haha!

2. Aku lebih suka lepak kat bilik sukan.. tolong cikgu kemas peralatan lepas PJ. Sebab masa ni orang dah masuk kelas, aku tak masuk lagi bijak!

3. Aku juga suka lepak kat Pusat Sumber. Di sebabkan cikgu pusat sumber tu antara cikgu yang paling garang waktu itu (Cikgu Mazlan), jadi kalau aku bagi alasan pada cikgu lain.. cikgu lain tak berani lawan dia. Maknanya kalau aku tolong Cikgu Mazlan, cikgu lain takkan persoalkan politik beb!

4. Masa aku darjah 3, aku akan datang awal pukul 11.00 pagi semata-mata nak panjat pokok. Aku ada 3 orang lagi member yang suka sangat dengan aktiviti memonyetkan diri ini. Tak tahulah kenapa lepak kat atas pokok, lompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain. Aku berhenti memanjat bila satu hari aku terjatuh terduduk kat atas akar kayu. Akar kayu tu betul-betul port kat celah bontot pedih!

5. Balik sekolah, aku akan lalu satu kawasan air mata air sebelum tiba di kawasan batang paip Singapore. Air mata air ni memang cantik, kat tepi rumah orang. Kat situlah aku main air ataupun basuh kaki bila balik sekolah lewat dek kerana main bola. Kalau bernasib baik, memang akan dapat nampak perempuan mandi iya, masa dia salin pun aku nampak.serious!

Sekolah Agama Dato Abdullah Esa.

1. Aku memegang jawatan pengawas bertahun-tahun lamanya hebat!

2. Aku tak pernah datang awal 15 minit sebelum kelas atau perhimpunan bermula. Paling awal pun, 5 minit sebab aku nak habiskan cerita Moero Attack ngan Kesatria Baja Hitam. Masuk kelas pukul 3.30 petang, citer tu habis kul 2.25 so bayangkan camne aku berlari ke sekolah agama giler!

3. Aku rasa memang aku ni kerjanya mengawas je sebab aku selalu tak siapkan kerja sekolah sendiri. Dalam seminggu memang ada job dari Ustaz Osman. Yup aku dengan Judah (member pengawas) akan join group gegar budak yang cabut sekolah, tangkap sampai dapat jangan main-main!

4. Kalau ada spot check, lagi best sebab tak payah belajar. Memang tak boleh blah. Sampai sekarang aku masih ingat lagi pada seorang budak perempuan Norfauzanakas namanya kalau tak silap. Dia bengang sebab masa aku buat spot check, aku rampas pad Kotex dia. yezzzaaaa!

5. Berpengalaman jadi bomoh. Masa tu dekat 20 orang budak perempuan kena sampuk so aku dengan team pengawas yang lain bawah bimbingan Ustaz Razif bacalah apa-apa yang patut. First time bulu roma meremang tapi dapat jugak rasa jadi hero. cehhhh!

Sekolah Menengah Aminuddin Baki.

1. Aku antara mereka yang bertuah sebab terpilih untuk memasuki kelas RK ataupun di panggil dengan nama Rancangan Khas. Kelas ini adalah untuk mereka yang mendapat keputusan cemerlang sewaktu UPSR. Haaaa jangan main-main, walaupun aku macam hape masa sekolah rendah, tapi UPSR aku meletup mantap!

2. Aku menyesal sebab dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3, aku main-main tak pernah serious dalam kelas. Yang aku tau, ada member-member yang sekepala. Hanif dengan arwah Sharin Shah. Aku dengan 2 orang mangkuk ni cukup meloyakan cikgu-cikgu yang mengajar boleh makan hati dibuatnya!

3. Orang lain buku latihan siap ada jilid. Contohnya Buku Matematik 1, Matematik 2, Matematik 3 aku bertahun-tahun belajar dalam kelas yang sama, satu buku pun tak habis.apa kes?

4. Aku dilempang oleh Cikgu Nordin pada hari pertama persekolahan Tingkatan 3 dalam Makmal Sains. Waktu Cikgu Nordin masuk tu, aku dengan Hanif dan Deen tengah lawan tangan (Over The Top) dengan meriahnya. Last-last, kena berdiri depan makmal.. depan murid lain, dan Cikgu Nordin lempang one shot! Nasib baik aku kat tepi sekali.. jadi lempang yang hinggap tu taklah kuat sangat. Yang paling sakit, si Hanif sebab tangan cikgu tu sampai kat dia dulu. maintain cover malu!

5. Tingkatan 4 dan 5, simptom dan juga ilmu menghilangkan diri aku semakin menjadi-jadi. Hutan BaitulMal Johor sebelah blok aku telah menjadi markas untuk memantapkan lagi ilmu invisible ini. Orang lain waktu rehat makan di kantin sekolah, tapi aku, Syed Naszarul Hisam, Hanif dengan budak lain waktu rehat makan di kantin luar sekolahpaham-paham sudah!

6. Ramai yang tidak tahu teknik aku menghilangkan diri sebab hanya aku dengan member aku Mizi je yang tahu. Percaya atau tidak, aku akan cakap dengan Cikgu Hal Ehwal Murid (Puan Hajah Kamariah) yang aku sakit perut cirit birit. Lepas tu dah sah-sah aku akan dapat surat dari sekolah untuk ke Hospital Sultanah Aminah. Aku akan balik ke kelas tengah hari, amik beg dan balik ke rumah. jangan ikut perangai aku nih!

7. Itu teknik bila ada tag-team. Bila aku tak boleh buat tag-team, aku akan buat secara individual. Aku cakap dengan Cikgu Kamariah, aku muntah-muntah so aku akan diberikan kunci bilik St John Ambulans. Aku akan baring daalam bilik yang sungguh selesa siap ada katil tu sampailah waktu sekolah habis. Paling tidak pun, sampai waktu subjek yang aku tak nak masuk teruknya aku!

8. Paling cikai pun, kalau aku dah boring dalam kelas aku akan buang semua kapur kat papan hitam. Lepas tu, aku akan cakap dengan ketua kelas (Ho Chin Kun) yang aku nak amik kapur kat pejabat. Pejabat jauh wooo atas bukit sana. Sampai je kelas balik, separuh waktu subjek yang aku tak minat tu habis hihi!

9. Aku tak tau apa yang aku nak masa umur aku 16 dan 17 tahun. Aku blurrr mungkin life dan environment waktu tu yang buatkan aku sebegitu. Tapi itu alasan, sebab orang lain semua okay je. Percaya atau tidak, member baik aku Kahfi je yang tahu betapa teruknya aku. Selama 2 tahun di tingkatan 4 dan 5, aku tak siapkan pun jadual sekolah sendiri. Pukul 6.15 setiap pagi, aku akan telefon Kahfi untuk mintak jadual harian dari dia biol!

10. Tapi sejahat-jahat seorang murid hati seorang cikgu memang sentiasa memaafkan. Itulah kehebatan seorang cikgu. Saat yang aku memang tak boleh lupa ialah bila adanya Hari Terbuka. Ini adalah hari yang paling aku cuak sekali sebab bapak aku akan datang. Tapi macam yang aku kata tadi hati seorang cikgu itu sangat mulia. Tak pernah pulak cikgu cakap apa-apa yang buruk pasal aku nak-nak Cikgu Chua yang telah banyak kali cover aku walhal dia cukup tahu perangai buruk aku yang suka ponteng kelas ponteng itu.. ponteng ini

************************************

Kalau ada pun seorang yang bijak pandai hari ini, kalau ada pun seorang perdana menteri hari ini, kalau ada pun seorang doktor hari ini, kalau ada pun seorang pemerintah hari ini itu semua berkat dari usaha seorang insan yang pernah mendidiknya suatu ketika dahulu dan insan itu adalah seorang cikgu.

Baca juga: Pinjaman pendidikan PTPTN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *