Seminar Bangkit Berniaga 2014 di Kota Bharu

Sekarang sudah pukul 11 lebih. saya rasa ramai yang sudah tidur dengan nyenyak kan. saya tak mahu tidur lagi sebab saya ada sesuatu perkara yang saya ingin berkongsi bersama para pembaca setia. (ade ke? hihi)

Saya akan rasa bersalah sangat kalau tak kongsikan perkara ini sebab saya nak anda tahu benda penting ini terutama bangsa Melayu bangsa saya sendiri.

bangkit berniaga
bangkit berniaga

Dan sebab anda sebangsa dengan sayalah saya rasa bertanggungjawab nak tulis tentang apa yang saya dapat dalam seminar bangkit berniaga yang saya pergi kelmarin di Kelantan Trade Centre, KB.

Seminar ni Dr. Azizan yang buat. 100% free siap dapat buku percuma lagi. Saya suka sangat pergi ke seminar seperti ini sebab mesti terdapat banyak ilmu baru yang akan saya dapat. Saya tahu ilmu itu adalah rezeki. Apa yang lagi baik adalah seminar ini free. Jadi kalau free pun tak mahu datang, yang berbayar apatah lagi kan. hihi.

Sebenarnya saya tak tahu nak start dari mana sebab DAO (baca dr azizan osman) ‘main’ cakap je dan semua yang beliau cakap tu bagi saya point yang sangat penting. Saya ada catat. jangan risau. kejap nak belek buku catatan. hehe

BERSYUKUR

Mula-mula DAO cakap, beliau tekankan pasal bersyukur. Doc cakap jirannya yang berbangsa cina bangun pukul 5 pagi setiap hari dan pepagi lagi dah ambil colok dan ‘sembahyang’ sambil melahirkan rasa bersyukur dengan kata-kata di depan ‘tuhannya’.

Lepas tu doc suruh kita tengok diri masing-masing. Kita bangun pagi pukul berapa? Subuh pukul berapa? Apa yang kelakarnya doc cakap kan kita selalu sebut subuh ‘gajah’ tapi sekarang ni bukan subuh gajah dah tapi subuh ‘khinzir’ sebab solat subuh pukul 12 tengahari. hihi.

Jadi marilah kita mula melahirkan rasa bersyukur untuk semua benda dan perkara dalam kehidupan kita mula dari hari ini. Saya bersyukur sangat saat ini kerana Allah bagi saya sedikit masa untuk saya berkongsi ilmu dalam blog ini. Saya juga bersyukur kerana Allah bagi oxygen untuk saya bernafas tiap-tiap hari. (tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan dengan penuh kenikmatan)

Bangkit itu short form untuk Bisnes Akan Naik Guna Kuasa Ilmu/Ilahi dan Tindakan

Doc juga berkongsi 10 sebab kenapa bangsa Melayu terus layu dan tak boleh nak bangkit

1. memilih untuk makan gaji
2. malas belajar cari ilmu
3. malas atau takut melabur untuk cari ilmu
4. sikap negatif dengan melihat kejayaan orang lain
5. tidak ada kesungguhan
6. tidak ada ilmu menguruskan duit
7. bodoh sombong
8. salah pilih kawan
9. rasa ‘selesa’ lah sangat
10. suka salahkan orang lain

Lepas tu doc juga kongsi asas nak buat bisnes

1. Buat bisnes biar orang suka kita. bila orang suka so duit automatically akan datang

2. Modal utama nak buat bisnes bukanlah modal duit tapi ILMU. bisnes 1 juta kalau tak ada ilmu bisnes boleh lingkup. tapi kalau bisnes tanpa modal tapi ada ilmu, bisnes boleh ‘jalan’. masa doc tanya

‘Siapa kata nak buat bisnes mesti ada modal besar?’

Hampir separuh dewan angkat tangan. ya. memang betul sebab mentaliti orang melayu kita memang fikir macam tu sebab kita tak ada ilmu dan tak nak belajar termasuk saya dulu pun fikir macam tu. Alhamdulilah. saya sekarang sudah tahu apa yang doc maksudkan itu.

perkataan Allah
perkataan Allah

3. Bila buat bisnes, kita lupa si ‘pemberi rezeki’ yang utama iaitu Allah s.w.t. kalau kita lupa dia, dia pun akan lupa kita. doc cadangkan, pastikan kita selalu ‘connected’ dengan DIA dan jangan pulak buat ‘no service’ hihi

4. Kuasa ilmu dan tindakan penting. kalau ada ilmu tapi masih takmo bertindak itu bangang namanya (doc yer yang cakap)

5. Kalau kita buat bisnes berasaskan produk, product tu mesti based on result. kalau doc jual product kuruskan badan, agak-agak nak beli tak? hihihi. mesti kita akan cakap tak sedar diri kan.

6. Begin with end of mind. maksudnya last sekali kita buat bisnes nak capai apa? nak jadi apa? tengok pada pengakhirannya jangan focus macam mana cara nak capai tapi tengok apa yang kita nak hasilnya nanti.

nota
nota

Apa lagi yer. (belek nota kejap) hehe

Doc juga pesan ciri ciri orang berjaya VS orang gagal

1. orang berjaya takkan layan benda yang sia-sia tapi orang gagal sebaliknya (kepoci)
2. orang berjaya memulakan dan melakukan sesuatu sampai habis
3. orang berjaya pantas dalam bertindak
4. orang berjaya berani
5. orang berjaya selalu cepat

Ok lah. saya rasa dah banyak sangat ni. pektis yang ni dulu. ilmu tanpa amal adalah sia-sia. iye dok? jumpa lagi dalam entry yang lain. dah pukul 12 malam. assalamualaikum dan good night.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *