Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Sempena menyambut hari raya aidil adha yang penuh keberkatan dan rahmat kali ini, blog ini ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat sekelian tidak kira di mana jua. Semoga di hari penuh kemuliaan ini segala ibadah dan amalan kita dilimpahkan kurnia oleh Allah S.W.T.

hari raya aidil adha
hari raya aidil adha

Semua orang sudah tahu ibadah atau amalan utama sempena sambutan hari raya aidil adha adalah ibadah qurban. Muslim yang berkemampuan di galakkan untuk melakukan ibadah tersebut yang amat besar fadhilatnya di sisi Al-Khaliq.

Terdapat keluhan beberapa sahabat yang mengatakan bila sampai masa untuk menyambut hari raya aidil adha aje bajet untuk laksanakan ibadah qurban tidak ada, lebih-lebih lagi dengan kos binatang ternakan yang semakin meningkat hari ini.

Mungkin bagi sesetengah individu hendak keluarkan duit seketul sekitar RM250 hingga RM500 untuk sebahagian daripada tujuh bahagian qurban tu agak membebankan.

Jadi mungkin lebih elok kalau kita dapat susun strategi di peringkat awal lagi. Katalah kita tidak berkesempatan untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ini, mungkin sebaik sahaja habis raya pertama tahun ni kita terus buka tabung khas persendirian untuk kumpulkan sekurang-kurangnya RM1 atau RM2 sehari.

Sedikit demi sedikit pastinya bila sampai ke tempoh hari raya aidil adha tahun depan kita sudah mempunyai tabungan yang boleh menampung keperluan kita untuk melaksanakan ibadah qurban ni.

Cumanya jangan lah bila nampak tabung nak penuh je tak tahan terus buka untuk tujuan lain.

Seminggu Sebelum Raya

Monolog seminggu sebelum menyambut hari raya yang telah dipersembahkan oleh Sabri Yunus cukup membawa mesej dan pengertian tersendiri. Dalam gelak dan hilai tawa penonton mungkin dek kerana kelucuan monolog seminggu sebelum raya tersebut banyak pengajaran dan realiti kehidupan yang sedang dilalui oleh masyarakat kita hari ini.

Walaupun monolog seminggu sebelum raya Sabri Yunus tersebut sudah lama berlalu namun pada saya ianya sangat bermakna kalau boleh dihayati mesej yang ingin di sampaikan olehnya.

Lebih elok kalau dapat menonton semula rakaman monolog seminggu sebelum raya di youtube :

Sudah tonton dan dapat menangkap mesej-mesej yang cuba di sampaikan? Blog ini secara asasnya bersetuju dan mengakui kebenaran apa yang diutarakan oleh pelawak dan pelakon terkenal ini.

Sejujurnya apa yang cuba di sampaikan oleh Sabri Yunus juga turut dirasai oleh saya. Suasana kampung satu ketika dulu cukup meriah dan seronok, sumber bahan mentah untuk makanan mudah diperolehi, ikan, ayam, sayur dan sebagainya kekadang tak perlu dibeli, semuanya boleh di cari di sekitar kawasan rumah mahupun kampung. Berbeza dengan suasana di kota atau bandar, banyak yang nak kena beli.

Juga selalu terfikir bila balik kampung dan jumpa kawan-kawan lama. Rumah yang luas dan berhalaman yang selesa, sedangkan di bandar ni jangan harap nak dapat semua benda tu kalau tidak sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak. Kekadang terfikir dengan pendapatan sekarang ni kalau lah dapat tinggal di kampung pastinya cukup selesa.

aidil adha
aidil adha

Tapi itulah apakan daya peluang untuk balik ke negeri walaupun ada amatlah tipis dan terpaksa menunggu queue yang panjang, gamaknya dekat-dekat nak pencen kot baru ada peluang hahaha.

Gitu jugak dengan semangat kejiranan di kota yang begitu unik sekali dengan suasana di kampung. Mungkin benar apa yang di katakan oleh Sabri Yunus tu. Kekadang terfikir ada individu yang kalau dipejabat bukan main lagi menggalakkan semangat kerjasama, teamwork, bersatu dan sebagainya namun bila balik ke rumah tidak pedulikan jiran sekeliling. Sungguh aneh. Nasib baik jiran-jiran kawasan estet ni tidak ada yang berperangai pelik begitu namun pada masa yang sama ada jugak dengar-dengar cerita yang tidak enak.

Namun tidak dinafikan juga suasana kampung sekarang ni sudah menerima cara hidup dan gaya orang bandar. Semakin lama semakin terhakis budaya dan cara hidup orang kampung. Apa yang berlaku di bandar juga sekarang ni berlaku di kampung, walaupun tidak semuanya begitu.

Kesimpulannya walaupun sudah menjadi sebahagian daripada warga kota namun jauh di sudut hati masih menyimpan hasrat untuk balik dan merasai keunikan hidup di kampung. Selamat balik kampung  (kepada mereka yang dapat balik aje lah)

Baca juga: Tips Untuk Jimat Cermat di Hari Raya

10 Raya Yang Tidak Selamat

Ucapan Selamat hari raya pastinya menjadi popular dan sentiasa disebut apabila menjelangnya ketibaan 1 syawal. Ucapan selamat hari raya bermaksud kita mengucapkan selamat dan kesejahteraan kepada individu lain supaya dapat melalui 1 syawal dengan penuh selamat dan keselesaan. Ucapan selamat hari raya bagaikan doa seseorang kepada orang lain supaya hari tersebut dilimpahi keberkatan dan mendapat rahmat terhadapnya.

hari raya
hari raya

Ucapan Selamat hari raya pastinya menjadi popular dan sentiasa disebut apabila menjelangnya ketibaan 1 syawal. Ucapan selamat hari raya bermaksud kita mengucapkan selamat dan kesejahteraan kepada individu lain supaya dapat melalui 1 syawal dengan penuh selamat dan keselesaan. Ucapan selamat hari raya bagaikan doa seseorang kepada orang lain supaya hari tersebut dilimpahi keberkatan dan mendapat rahmat terhadapnya.

  1. Malam raya main mercun – Sebaik sahaja selesai penyimpan mohor besar raja-raja isytiharkan tarikh raya, maka berdentum-dentamlah bunyi mercun sana sini, mengalahkan suasana perang gamaknya. Kekadang bukan budak-budak yang main, tapi bapak budak dan budak-budak besar yang dah berjanggut dok balun sama. Silap-silap haribulan berlaku juga kemalangan, dah jadi tak selamat;
  2. Malam raya sibuk rempit – Ni pun satu hal dari dulu sampai sekarang, kebetulan rumah dekat dengan jalan raya, nak tidur pun tak senang dengan bunyi motor budak-budak merempit, ntah apa yang di cari tengah-tengah malam buta tu tak tahulah, kalau silap langkah kemalangan, baru lah bertukar jadi raya yang tak selamat;
  3. Kenderaan Balik Raya – Memanglah tak salah ‘make-up’ kereta, sendiri punya bajet dan tak mintak duit dari orang lain, tapi kalau sudah bertukar rupa kereta dah jadi macam roket, ekzos besar boleh muat kepala orang, bising mengalahkan jentera padi. Silap haribulan kena tahan dek JPJ, mau hangus jugak RM300. Dah jadi tak selamat raya tahun tu;
  4. Balik raya Speeding – Semua orang sibuk nak sampai awal ke kampung masing-masing, mulalah speeding ikut suka hati, cilok sana cilok sini. Tak kira apa jenis kenderaan semuanya sama sahaja, dari sekecil kancil sehingga sebesar-besar bas semuanya nak laju. Kalau setakat kena saman kira ok lah lagi, pasal duit semuanya banyak berkepul-kepul dalam wallet dan bank, tapi kalau dan melibatkan kemalangan, memang betul-betul tak selamat raya tu;
  5. Berbelanja untuk raya – Raya setahun sekali, kebetulan dapat bonus kenalah berbelanja sakan, terasa rugi la pulak kalau tak belanja duit tu betul-betul. Pantang jumpa kawan semua nak belanja, tak leh jumpa papan tanda ‘sale’ terus nak singgah. Tup-tup bila dah nak balik semula ke rumah cucuk-cucuk kat mesin ATM dapat message ‘Amount Exceed Available Balance’… dah punah segala planning, kira tak selamat jugak tu;
  6. Makan Di Hari raya – Makanan memang amat menakjubkan dan sungguh menyelerakan sepanjang hari raya, semua jenis ada, dari masakan arab sampailah ke masakan cina dan siam, semuanya ada. Kalau makan tak hingat dunia, semua main masuk je tidak mustahil dapat CBT a.k.a Cirit Birit kalau tak food poisoning pun. Dah habis punah segala keseronokan beraya, dah tak selamat;
  7. Cuti raya – Cuti raya kalau boleh nak ambil seminggu sebelum dan semingu selepas raya, punyalah panjang nak bercuti, kalau pejabat tak luluskan pun dicuba dan ikhtiar cari MC yang boleh dibeli. Syok dok bercuti raya tiba-tiba baru perasan cuti tahunan dah tinggal berapa hari je lagi, tempoh nak sampai hujung tahun lambat lagi pulak tu…kira tak selamat jugak tu;
  8. Pakaian Raya – Sememangnya sunat memakai baju dan pakaian baru di hari raya, namun konsep yang disarankan adalah secara besederhana, kalau dah sampai 10 set baju khas sempena hari raya rasanya tu dah bukan kategori besederhana tu. Ada pulak yang suka melaram dengan baju seksi dan ‘menyengat’ di hari raya menyebabkan sesetengah orang tidak selesa dengan bahan tontonan percuma di hari penuh berkat dan rahmat tu. Masuk dalam kategori tidak selamat jugak neh;
  9. Layan TV Di Hari Raya – Asal hari raya je TV pun sibuk siarkan slot hiburan dan filem best-best start dari selesai solat sunat hari raya sampailah ke pagi. Dalam sesetengah kes ada yang cuma beraya depan TV je, tak hiraukan saudara mara yang datang ziarah. Dah lari dari konsep tu..; dan
  10. Dating Di Hari Raya – Di malam raya taktala orang sibuk bersama keluarga masing-masing ada jugak segolongan yang sibuk nak dating dan berdua-duaan di malam raya, konon mau feeling lebih sikit. Silap haribulan kena cekup dek pencegah maksiat atau pihak berkuasa. Dah tak selamat jadinya raya tahun tu…

Apa yang penting, besederhanalah dalam semua perkara, elakkan kemeriahan dan keseronokan untuk berhari raya tahun ni daripada bertukar menjadi raya yang tak selamat.

Selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua umat islam semua.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *