Sebut sahaja perkataan sejarah pasti semua orang tahu maksudnya secara asas, mungkin salhs atau jawapan spontan yang diberi oleh individu adalah sejarah adalah peristiwa yang telah berlalu, atau mungkin juga sebuah catatan peristiwa yang berlaku sebelum hari ini.
Kamus Dewan Edisi Empat, Dewan Bahasa Dan Pustaka merujuk perkataan sejarah sebagai salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah dan riwayat. Maksudnya apa-apa peristiwa yang berlaku di masa lampau boleh dikategorikan sebagai sejarah.
Semalam saya menghayati artikel daripada Abd Jalil Ali, salah seorang penulis yang saya kagumi bentuk dan gaya penulisannya. Petikan ayat-ayat akhir dalam artikelnya ‘Antara Onn Jaafar dan Jaafar Onn‘ cukup untuk meransang minda berfikir secara lojik:
Remaja sekarang tidak tahu Datuk Onn Jaafar, tetapi meminati artis yang memakai nama serupa. Jadi, kaedah pengajaran sejarah mesti menarik dan dipopularkan seperti laporan media terhadap Jaafar Onn atau Linda Onn. Inilah cabaran terhadap guru-guru sejarah kita.
Hari ini pula satu soal selidik oleh Unit Khas sebuah akhbar tempatan mendapati daripada 200 responden yang ditemuramah, kelompok individu yang berusia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun antara golongan yang dianggap sebagai buta sejarah. Di antara penemuan lain yang turut dirumuskan adalah remaja masa kini buta sejarah, remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu dan remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
Apa pula yang dimaksudkan dengan buta? ringkasnya kita jawab buta adalah tidak nampak manakala Kamus Dewan Edisi Empat, Dewan Bahasa Dan Pustaka menakrifkannya sebagai tidak dapat melihat, tidak terang melihat dan tidak tahu. Buta juga sinonim dengan rabun, bolor, pacah dan pilong. Manakala kata terbitan untuk buta adalah membuta.
Kombinasi terma ‘buta sejarah’ ini juga boleh dibincangkan dengan lebih luas, siapa yang buta kita sudah nampak secara asasnya terdiri dari golongan muda walaupun tidak dinafikan ada juga golongan ‘tidak muda’ yang turut mengalami sindrom buta sejarah, ataupun buat-buat buta.

Kalau seseorang itu buta sejarah bukan disebabkan diri sendiri, lebih elok juga kalau kita dapat mengenalpasti apakah elemen dan faktor luaran yang menyebabkan individu terlibat menjadi buta sejarah. Pastinya ada sesuatu yang membutakan.
Dan sesuatu itu juga mungkin menjadi pelbagai faktor dan musabab yang dipengaruhi oleh pelbagai elemen. Perkembangan pesat ICT? peranan media massa? Subjek sejarah itu sendiri? Mengenalpasti punca sebenar yang menyebabkan ‘kebutaan’ (ada ke istilah ni?) akan memudahkan kita mencari kaedah paling berkesan untuk ‘mencelikkan’ golongan buta sejarah.
Kemudian ada pula pendapat yang mengatakan sejarah ditulis oleh pihak yang menang dalam sesuatu peristiwa di masa lalu menyebabkan kesahihan sesetengah sejarah masih dipertikaikan sehingga hari ini, ianya berlaku di mana-mana sahaja di planet bumi ini menyebabkan sesuatu bahan sejarah mempunyai pelbagai versi. Macamana pulak tu?
Walau apa pun blog ini melihat sejarah sebagai satu subjek yang penting untuk dijadikan panduan bagi mencorakkan masa depan, namun penekanan yang diberi hendaklah berasaskan ilmiah dan rasional yang nyata. Manakala peribahasa berkaitan buta memang menarik untuk dihayati:
- Si buta membilang bintang di langit – Membuat pekerjaan yang sia-sia;
- Kerana mata buta, kerana hati mati – Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa; dan
- Seperti lalat buta – Terpusing-pusing tiada tentu arah
Buta ni juga bukan setakat melanda sejarah, ada juga istilah buta warna, kudis buta dan macam-macam lagilah. Dan yang paling seronok adalah bila boleh ‘membuta’ di waktu pagi yang mendung dan sejuk seperti pagi ni, indah sungguh rasanyakan, lepas tu dapat pula dengar lagu lama Spring ‘Butakah cinta’.
Adakah Sejarah Subjek Yang Penting?
Sejarah adalah sesuatu yang pernah berlaku sejak cara menulis dicipta dan bermula dengan tulisan. Sebelum ada sebarangan tulisan wujud di dunia ini, semua perkara yang berlaku tu adalah pra-sejarah.
Sejarah boleh jadi apa-apa saja. Hubungan yang tidak berfungsi dengan baik untuk rakan anda, atau belajar sedikit tentang saudara yang meninggal dunia 20 generasi yang lalu. Pada masa terdapat sesuatu yang telah berlaku, maka itu adalah sejarah. Itulah sebabnya sejarah adalah subjek paling mencabar yang wujud. Ia mengandungi setiap subjek lain untuk perkembangan ilmu pengetahuan kita manusia.
Kenapa Sejarah Sangat Penting?
Sekiranya anda memikirkan satu saat bahawa tidak kira apa yang telah berlaku pada masa lalu, semuanya tidak penting. Apa yang penting adalah masa depan saja, Jika anda mempunyai fikiran seperti ini, maka anda amat salah sekali.
Mereka mengatakan semua orang membuat kesilapan, hanya orang bodoh yang membuat kesilapan yang sama buat dua kali. Jadi, untuk mengetahui apa yang salah, kita hanya dapat ketahui melalui kajian sejarah. Kita dapat melihat apa yang kita perlukan untuk mengelakkan diri sebagai spesies yang mengawal planet ini.
Artikel berkaitan: