Sebab Ada Blog Berubah Topik

Salam, topik di blog merupakan pilihan pemilik blog. Daripada pemerhatian saya, blog peribadi mudah berubah topik. Blog saya tergolong juga blog yang mudah berubah topik. Di sini saya ingin berkongsi sebab blog peribadi saya berubah topik. Secara ringkasnya ada 5 sebab blog berubah topik iaitu :

  1. Niat buat blog.
  2. Masa untuk buat blog.
  3. engetahuan semasa.
  4. Pengalaman hidup.
  5. Teknologi yang digunakan untuk buat blog.
blog peribadi
blog peribadi

1. Niat buat blog

a. Seorang blogger perlu ada blog peribadi.
Pada mulanya, saya buat blog peribadi atas saranan sifu :). saya memiliki beberapa blog yang bukan blog peribadi. Kebanyakan blog lain mempunyai topik tertentu atau lebih dikenali sebagai niche blog. Akhirnya saya buat keputusan untuk daftar sebuah blog peribadi dengan niat seorang blogger perlu ada sebuah blog peribadi. Nak tulis apa? Hehe.

b. Blog tempat menulis aktiviti harian
Saya mulakan dengan menulis aktiviti harian. Sebenarnya inilah tujuan utama blog. Blog berasal daripada perkataan WEB + LOG = BLOG. Logbook semasa latihan industri tempat menulis kerja-kerja yang dibuat pada setiap hari. Jadi BLOG tempat menulis aktiviti setiap hari. Ada masa terluang saya menulis aktiviti harian di blog peribadi.

c. Blog tempat menyimpan data
saya suka mencuba koding terutama jika berkaitan blog di Blogger.com yang kebanyakannya menggunakan html, javascript dan css. saya masukkan koding yang saya suka di blog peribadi :). Blog peribadi ini menjadi tempat saya merujuk semula coding yang berkaitan.

d. Blog tempat dapat duit
Bila dah ada blog, teringin juga menjana pendapatan daripada blog. saya lebih sukakan program PPC (PayPerClick) seperti Nuffnang, Adsense atau Adsniaga bagi blog bahasa Melayu. saya pernah letakkan iklan di blog ini semasa artikel di blog saya ada bermacam topik.

Sekarang artikel di blog saya hanya ada topik mengenai ‘blog’. Trafik di blog peribadi saya semakin kurang bila artikel-artikel bukan berkaitan blog saya pindahkan ke blog lain. Program PPC ini kurang sesuai bagi blog yang mempunyai trafik rendah :). Jadi anda mungkin tiada melihat apa-apa iklan di blog peribadi saya.

e. Bina network
Bila sudah berada di dunia blog, sedikit sebanyak kita akan mengenali blogger lain. Tahun ini agak menarik bagi saya, kerana saya rasakan blogger di Malaysia semakin ramai, aktif dan supporting :). Niat buat blog sekarang berubah pula kepada membina network dan menambah kenalan. Melalui blogger-blogger ini, kita akan mengetahui sebenarnya ada banyak cara untuk menambah baik kehidupan. Nak tambah duit, nak tambah kemahiran, nak tambah cantik 🙂 banyak benda yang bertambah.

f. Menyebar ilmu
Bila dah berada beberapa tahun di dalam dunia blog, ada pengetahuan yang saya rasakan boleh dikongsi bersama. saya banyak mengumpul coding sebelum ini. saya perhatikan di blog peribadi, saya lebih suka simpan coding-coding berbanding buat post lain. Hehe… hal-hal mengenai blog nampaknya lebih konsisten saya update berbanding perkara lain, cuma dulu saya tiada buat ayat… saya copy paste coding :). Hanya saya yang faham apa yang dimaksudkan. Jadi sekarang, saya berazam nak buat blog peribadi saya tempat cerita-cerita mengenai blog. Tempat menyebar ilmu blog. Chewah… harapnya berkekalan.

2. Masa untuk buat blog

Masa juga merupakan faktor blog boleh berubah topik.

a. Masa Banyak (bekerja dan belum kahwin)
Masa saya bekerja dan belum berkahwin, saya ada banyak masa untuk buat blog. saya akan tidur awal dan selepas tengah malam saya akan bangun semula untuk buat blog. Masa ni memang banyak masa untuk blog. Macam-macam blog saya ada. Bagi yang masih belum berkahwin dan sudah aktif di blog peribadi, bagi saya inilah peluang untuk buat post-post berkualiti dan berkuantiti sebanyak-banyaknya :). Masa walaupun banyak, saya kurang beri tumpuan kepada blog peribadi. Blog peribadi pada masa ni masih lagi topik harian dengan tempat simpan koding.

b. Masa Tiada (bekerja dan sudah berkahwin)
Selepas saya berkahwin dan masih lagi bekerja, saya agak kurang dan mungkin tiada masa untuk tengok blog. Awal pagi ke tempat kerja, lepas maghrib baru sampai rumah. Rasa macam tak sempat nak buka laptop kat rumah. saya hanya jenguk internet masa di pejabat atau masa outstation. Masa itu, topik di blog saya ada bertukar sedikit. Disebabkan saya ada juga keluar jalan-jalan jadi blog peribadi saya masa tu dah jadi macam travelog.

c. Masa Terhad (tidak bekerja dan sudah berkahwin)
Sekarang saya tidak lagi bekerja. saya berhenti kerja semasa mengandung anak pertama. Masa ada juga untuk update blog. Semasa mengandung anak pertama dan kedua, saya banyak menulis mengenai pengalaman saya semasa mengandung. Blog saya masa tu dah jadi macam blog pakar sakit puan. Hehe. Masa ini juga, saya suka ubah-ubah template dan cuba koding-koding blog terutama bila berkaitan blogger dan facebook.

3. Pengetahuan semasa buat blog

Pengetahuan yang diperolehi kadang-kadang boleh juga mempengaruhi penampilan atau kandungan blog seseorang. Pengetahuan boleh diperolehi daripada pelbagai sumber.

a. Pengetahuan melalui pendidikan formal
saya merupakan pelajar aliran agama, pernah belajar Sains Komputer, pengkhususan Kejuruteraan Perisian ambil minor Sains Politik dan pernah belajar kemahiran Jahitan :). Anda tidak akan menemui topik berkaitan bidang yang pernah saya belajar di sini. Mungkin ada tempias sedikit, bila blog ini berkaitan ‘dunia blogging’ :). Pengetahuan kadang-kadang membuatkan kita agak kurang bebas berbuat apa sahaja. Lebih baik orang yang tidak tahu daripada tahu :). Seperti budak kecil, nak panjat juga almari yang tinggi. Dia tidak tahu, kalau jatuh sakit.

b. Pengetahuan tanpa sempadan
saya sukakan pengetahuan tanpa sempadan :). Ilmu blog salah satu pengetahuan yang paling mudah di dapati di internet. Macam-macam ada. saya sukakan ilmu ini. Topik di blog saya sekarang banyak mengenai blog.

4. Pengalaman hidup semasa buat blog

a. Pengalaman menjalani aktiviti harian
Pada mulanya, inilah topik di dalam blog saya. saya tulis apa yang saya buat walaupun tidak setiap hari.

b. Pengalaman jalan-jalan di tempat orang
Post mengenai perjalanan ini saya mula tulis selepas berkahwin. Selepas berkahwin saya banyak bergerak. Bergerak dalam Malaysia sahaja :). Kebanyakan post saya dah delete dan ada sebahagian sudah berpindah ke blog lain.

c. Pengalaman semasa mengandung
Post mengenai pengalaman saya mengandung merupakan post yang paling banyak trafik di blog saya. Post-post berkenaan telah berpindah ke blog lain.

d. Pengalaman buat blog
Post mengenai blog paling konsisten saya buat dari dulu hingga sekarang di blog peribadi saya. Saya rasa mungkin inilah halatuju blog peribadi saya selepas ini. Semuanya mengenai blog.

5. Teknologi yang digunakan semasa buat blog

a. Desktop
Pada mula saya buat blog, saya hanya menggunakan desktop. Desktop yang sentiasa ada di bilik tidur :). Bila menggunakan desktop banyak post yang ‘berat’ boleh dibuat. Tetapi pada masa itu, topik di blog peribadi saya hanya post yang ‘ringan’.
‘berat’ = banyak video/gambar yang diedit masuk post
‘ringan’ = hanya teks dan gambar yang masuk post

b. Laptop
Bila dah ada laptop, tempat untuk menulis blog semakin terbuka. Bila pergi ke mana-mana saya bawa laptop dan update blog. Ada wifi, bolehlah saya update blog :). Topik mengenai perjalanan saya banyak dalam blog pada masa itu.

c. Handphone
Teknologi semakin berkembang. Saya mula menggunakan handphone untuk update blog. Tahun ini merupakan tahun paling aktif saya update blog menggunakan handphone. Kadang-kadang saya tulis di handphone, buat draft. Upload ke skydrive. Buka desktop, edit semula dan publish di blog. Satu post boleh berhari-hari saya buat. Hehe. Masa memang agak terhad sekarang. Walaupun begitu, bila saya di luar rumah, saya masih lagi boleh publish post ke blog sebab ada perkhidmatan broadband di handphone. saya akan cari masa yang sesuai :). Topik saya sekarang banyak mengenai blog. Terutama topik blog yang dengan mudah saya boleh publish terus melalui handphone tanpa perlu buka desktop.

Inilah sebab-sebab topik di blog saya bertukar-tukar :). Setakat ini dahulu, selamat minum petang. Wassalam :).

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *