Saya Sudah ‘Bebas’ daripada Sistem Bertulis

Saya ada peperiksaan terakhir untuk dua minggu yang lalu. Jadi saya kena tumpukan perhatian untuk baca buku dan tidak banyak tulis blog.

Walaupun saya ada sedikit limitasi dari segi masa untuk belajar 7 subjects itu, alhamdulillah Allah telah permudahkan segalanya.

exam
exam

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kerana saya kira saya boleh jawab soalan final dan saya percaya ini semua disebabkan berkat doa anda semua dan pertolongan dari Allah selepas saya konsisten amalkan ‘tips rahsia’ setiap hari.

Saya rasa, orang bisnes tahu apakah ‘tips rahsia’ yang saya maksudkan.

Ianya bukan disebabkan oleh usaha saya. saya bukan genius mahupun gifted kerana masing-masing punyai akal.

Dapat pointer 3.0 kee, 3.5 kee, 2.0 kee, saya tak kisah sangat sebab saya fikir saya dah cuba sehabis baik dah.

Lagipun saya dah set awal-awal niat saya belajar di University, iaitu saya bukan nak kejar sangat dean list tu, yang penting bagi saya adalah ‘ilmu kehidupan’ yang saya dapat di sebaliknya.

Bagi saya deanlist boleh dijadikan matlamat belajar di Universiti, asalkan niat asal untuk dapat deanlist bukan tujuan untuk dapatkan ‘penghargaan dari manusia’

Maksudnya, bukan untuk dipuji, bukan untuk dianggap pandai, bukan untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran diri sendiri bila dah graduate nanti.

Yang culas pula, jangan pula buat justifikasi yang mana pointer di Universiti itu tak penting langsung. Ada juga pentingnya tapi dari aspek lain.

Tapi itulah, saya cuma nak pesan 1 sahaja bagi mereka yang sedang belajar di Universiti.

Tolong lah ambil inisiatif untuk bantu kawan yang perlu di bantu jika kawan tak memahami subject untuk peperiksaan.

Dan diri sendiri yang tak memahami subject tu pun kena ambil inisiatif untuk ‘bantu’ diri sendiri dalam memahami sesuatu.

Macam 1 atau 2 subject ni, saya kira antara subject ‘killer’ exam semester kali ini.

Lebih 200 orang ambil subject ini. Katakanlah saya hanya ‘mampu’ bantu 10 orang kawan sahaja, macam mana pula dengan angka 190 selebihnya? Nak ‘biarkan’ saya bantu juga ke mereka ini, dalam masa 1 hari sebelum nak masuk dalam dewan exam?

Saya boleh tolong insyaallah tapi kan lebih bagus kalau lebih ramai yang tolong mereka ini.

Nak berjaya dalam exam biarlah berjemaah, tapi pertolongan itu pun haruslah diberi secara berjemaah kepada jemaah yang perlu di tolong.

Sebab itu saya menyeru kawan saya untuk ambil inisiatif untuk belajar betul betul supaya kita boleh tolong orang lain.

Dan jadikan ‘belajar betul-betul sesuatu ilmu’ itu bukan untuk diri sendiri, tapi ilmu itu untuk diajar kepada orang lain dan bayangkan seolah-olah anda sedang mengalas 1 tanggungjawab iaitu untuk mengajar ilmu itu kepada orang lain, insyallah anda takkan berasa culas untuk belajar.

Kalau dalam dunia bisnes kami selalu sebut,

Kita niat buat bisnes sebab nak kaya bukan kaya untuk diri sendiri, tapi sebab kita nak bantu lebih ramai orang miskin yang tak kaya di luar sana

Jadi bila masuk dunia pendidikan IPT, saya rasa benda ini boleh di implemented juga tapi dalam konteks yang berbeza iaitu:

Kita niat belajar sungguh-sungguh bukan sebab nak dapat deanlist, tapi sebab nak bantu supaya lebih ramai kawan dapat deanlist . Jika kita niat macam ni, insyallah kita ‘terpaksa’ dapat deanlist. kalau diizinkan Allah, 4.0 terus

Orang kata saya tak study gila-gila pun tapi pointer power, tapi mereka tak tahu pun ‘perit jerih’ saya tolong ajarkan kawan saya. saya ‘korban’ kan masa lunch saya, masa tidur saya, masa bisnes saya. tenaga saya. Mereka tak nampak pun itu semua. Yang mereka nampak adalah angka pointer saya!

Dan inilah ‘resepi’ saya dapat 4.0 semester lepas.

Dan percayalah, ‘memberi’ itu bukan bermaksud ‘berkurang’ tapi ia bermaksud Allah akan ‘beri’ lebih banyak lagi kepada kita dari pelbagai aspek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *