Saya Seorang Blogger Wanita Melayu

Saya bukan seorang journalist, jutawan, ahli politik, penulis bertauliah atau sesiapapun.

Saya hanya orang biasa dan seorang blogger wanita melayu yang cuba untuk menulis blog dengan mengikut citarasa sendiri dan bercita-cita menaikkan blog ke tahap yang lebih tinggi.

saya blogger wanita

Setiap hari saya membaca berbagai niche blog dan tonton youtube orang lain untuk dapatkan ilham. Ada blog tentang blogging, informasi, travel, gadget, personal dan sebagainya. Ikut mood masa saya blogwalking. Asalkan entri mereka seronok dibaca dan video menarik untuk ditonton.

Dari situ secara tidak langsung berbagai blog yang dapat saya belajar dari cara penulisan, penyampaian dan cara mereka mengurus blog. Melalui penulisan juga kita boleh kenal cara admin sesebuah blog itu.

Sama ada seorang penulis yang bijak, menarik, berpengetahuan atau sebaliknya.

Wanita Dan Kisah Peribadi

Dalam blog yang saya berkongsi urusan ini saya kurang bercerita tentang hal peribadi.

Pada saya, hal peribadi ada yang boleh dikongsi dan ada yang tidak. Kalau semuanya saya cerita dan kongsikan dalam blog. Apa yang tinggal untuk saya, macam hilanglah keseluruhan privasi diri saya betul tak?

Kadang-kadang menulis sesuatu terlalu mengikut emosi dan peribadi boleh memakan diri sendiri. Ada pembaca yang suka, ada yang tidak suka. Sebagai penulis, kita kena bersiap sedia menerima kritikan atau pujian.

Artikel yang saya tulis juga pernah mendapat komen yang pedas. Jelas kelihatan ada pembaca yang tidak faham atau tidak suka apa yang saya tuliskan. Jangan cepat melatah apabila menerima kritikan, terima dengan hati terbuka dan menjawab dengan bijak.

Tidak salah menulis tentang peribadi cuma jangan berlebihan dan seboleh-bolehnya minimumkan. Hendaklah selesa dan sesuai untuk dibaca oleh semua golongan pembaca.

Bagaimanapun… blog adalah hak sendirian berhad. Apa yang anda tulis juga itu hak anda.

Blog Wanita Popular Atau Terbaik

Wanita ni terserlah dengan sifat lembut dan sensitif, maka terbawa-bawa dalam cara penulisan, agak manja dan penuh dengan kasih sayang hehe.

Sifat lemah lembut adalah sifat terpuji, tetapi adakala kita perlu menjadi seorang wanita yang tegas, berani dan muktamad dalam apa yang kita tulis dan sampaikan.

Blogger wanita popular memang ramai, tetapi blogger wanita terbaik masih kurang. Bukan tidak ada langsung blogger wanita kegemaran saya, tetapi boleh dihitung dengan jari. Kebanyakkan mereka adalah rakan blogger wanita yang saya kenali dan rapat. Ada beberapa blog wanita yang menjadi pilihan saya.

Saya suka cara penulisan mereka yang mudah difahami, susun atur blog yang kemas, bijak memilih topik dan berpengetahuan.

Maksud terbaik adalah dari segi kemahiran menulis, pengetahuan tentang blog dan sentiasa efisen dan konsisten. Bukan semata-mata tengok orang ada blog, kita pun nak ada blog juga tetapi apa itu blog pun kita tidak tahu.

Beza Blogger Wanita Luar Dan Dalam

Memang berlambak blog wanita yang terbaik. Cari sahaja niche apa pasti ada yang power dalam penulisan dan pengetahuan tentang blog.

Kita boleh belajar dari cara mereka menulis, kadang-kadang kita tidak tahu admin adalah seorang wanita. Kalau boleh nak lihat ramai blogger wanita terbaik dan hebat sama dengan blogger lelaki.

Bukan hendak bersaing, saya faham dibelakang setiap wanita, berdirinya lelaki yang memberi sokongan dan tunjuk ajar. Cuma biarlah kita keluar dari kepompong kelembutan yang keterlaluan. Berdiri atas kaki sendiri dan tegas dalam membuat keputusan.

Dikalangan blogger wanita sekarang, ramai yang mempunyai latar belakang pendidikan dan karier yang baik seperti doktor, pensyarah, guru, usahawan, pelajar dan sebagainya.

Tidak mustahil golongan wanita bijak pandai ini boleh menyampaikan sesuatu yang berguna melalui blog.

Tidak dinafikan blog popular lebih mudah dikenali tetapi biarlah popular dengan blog yang mempunyai personaliti dan berkualiti.

Semoga satu hari nanti, akan adalah blogger wanita terbaik di kalangan kita semua.

Wanita ini ibarat bunga, Tanpa wanita tiada serinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *