Samdol Dan Was-Wasnya

Bila masuk bulan ramadan je pasti Samdol teringat kisah lama semasa mula-mula masuk khoje dulu. Dan Samdol rasa akan ingat sampai bila-bila kisah unik di bulan puasa tersebut.

Mungkin sebab itu pengalaman kali pertama Samdol menyebabkan peristiwa tu begitu terpahat dalam RAM kepala otak Samdol, walaupun cuba di ‘delete’ dengan pelbagai aplikasi terkini pun masih juga melekat, walhal banyak lagi kisah lain yang Samdol boleh lupa, tapi yang satu tu memang susah betul. Dah jadi macam virus la pulak.

Alkisahnya cukup seronok bila baru pertama kali berkhoje, Samdol sebagai orang baru telah diberi tugas yang agak penting di opisnya di dalam satu bulan ramadan dulu-dulu.

Opis Samdol hendak buat majlis berbuka puasa bukan sahaja melibatkan pekerja opis malahan anak-anak yatim di rumah kebajikan berdekatan. Teruja samdol diberi kepercayaan untuk menguruskan perjalanan majlis tersebut. Dan encik bos di opis samdol akan buat ucapan alu-aluan sambil merasmikan majlis tersebut.

he surprise

Di hari peristiwa tu, samdol lega kerana semua persiapan di buat dengan lancar dan tidak banyak masalah yang timbul. Bila masuk waktu zohor semuanya sudah beres. Samdol boleh rilek-rilek sikit sambil membayangkan kemeriahan majlis tersebut.

Di bulan puasa Samdol biasanya berehat di atas bangku yang disediakan di bawah pokok di hadapan opisnya, sejuk dan redup suasananya sambil merenung kenderaan yang lalu-lalang di jalan kat depan tu. Semasa samdol berehat tiba-tiba dia tertarik dengan aksi seseorang yang dikenalinya di hadapan jalan sana.

Memang samdol kenal benar dengan orang tu, orang opis samdol jugak, abang macho gelaran glamernya, walaupun tugasnya hanya sebagai office boy merangkap despatch, namun kecekapannya memang terkenal di seluruh opis samdol. tambah hebat lagi abang macho senang-senang aje ada ‘dua cawangan’ yang lawa-lawa, sedangkan samdol nak cari sorang awek pun susah.

Samdol semacam asyik pulak memerhatikan telatah abang macho di seberang jalan sana, gayanya macam nak melintas jalan sambil mengepit erat sampul surat besar di celah lengannya. Bila laluan dah ok abang macho pun melintas jalan dengan yakinnya.

Namun entah kenapa tiba-tiba abang macho macam tersepak sesuatu di tengah jalan tersebut menyebabkan sampul surat besar yang dipegangnya jatuh, dan bila jatuh je terkeluarlah isi sampul surat besar tu di tengah-tengah jalan.

Hairan dan terkejut jugak samdol bila melihat isi kandungan surat abang macho tadi, beberapa bungkusan terkeluar dari sampul tersebut, bila samdol perhati betul-betul macam bungkusan nasi. Terkial-kial si abang macho memasukkan semula bungkusan-bungkusan tadi ke dalam sampul surat tadi cepat-cepat di tengah-tengah jalan tu.

Dalam hati samdol timbul prasangka, si abang macho ni mesti tak puasa, kalau tak apa ke hal bawa bungkusan nasi tengah hari buta ni. Abang macho yang sudah selesai melintas jalan tadi agak terkejut apabila ternampak samdol sedang memerhatikannya, namun di buat-buat macho macam tak ada apa-apa.

Selepas asar samdol telah dipanggil oleh encik bos opis ke pejabatnya kat tingkat atas kerana hendak mendapatkan talking points bagi majlis berbuka puasa nanti. Sesampainya samdol kat bilik encik bos sekali lagi samdol terserempak dengan abang macho yang baru keluar dari bilik encik bos, biasalah tu, dah khojenya macam tu, memang dia akan berada di mana-mana.

Sekali lagi samdol agak terpegun bila melihat sampul surat yang sama masih di bawa oleh abang macho masa keluar dari bilik encik bos, cuma kali ni sampul tu dah nampak kempis tanpa sebarang isi. Tapi samdol buat-buat tak tahu sahaja, abang macho hanya tersengih dan cepat-cepat berlalu.

Bila masuk je ke dalam bilik encik bos samdol rasa pelik sikit suasananya, bau nasi dan rokok sememangnya agak pelik lebih-lebih lagi di siang hari bulan puasa ni. Tapi samdol buat-buat macam tak ada apa-apa je. Timbul juga perasaan was-was dan prasangka dalam hati samdol, namun samdol tidak cepat membuat apa-apa konklusi dari kejadian yang agak meragukan tersebut.

…Semuanya berjalan seperti yang dirancang dan apabila tiba masanya seperti yang dijanjikan encik bos membuat ucapan aluan dengan memulakan ucapan “Alhamdulillah dengan rahmat dan kurnia Nya dapat kita menunaikan ibadah puasa kita pada hari ini dengan sempurna sekali, adapun majlis pada hari ini …..”.

Semasa hadirin khusyuk mendengar ucapan encik bos, samdol yang berada di meja hadapan ternampak pula abang macho yang begitu kusyuk juga mendengar ucapan tersebut, apabila abang macho menyedari dirinya diperhatikan, dia melihat kepada samdol sambil mengeyitkan matanya dan tersenyum, kemudian meneruskan kembali mendengar ucapan encik bos dengan lebih tekun lagi.

lagi sekali samdol musykil dan hairan dengan gelagat abang macho. samdol terus was-was dan perasaan serta kenangan was-was tersebut sentiasa menyerang samdol setiap kali munculnya bulan puasa.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *