Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Rumah Idaman tak Perlu Modal Berjuta-juta

Cantik, sempoi, kemas, bersih, praktikal dan menyejukkan hati lagi mata. Sebenarnya memang sudah lama bagi saya mencari ciri-ciri dan reka bentuk rumah yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Namun sudah lama mencari masih belum saya bertemu satu ruma yang selengkap seperti pakej impian saya itu.

Rumah Impian Jadi Kenyataan

Minggu lepas,, kebetulan semasa melawat ke kampung Kanchong Darat yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, saya melalui sebuah rumah yang hampir mempunyai ciri-ciri tersebut. Sekali tengok rumah itu hati saya sudah rasa amat melonjak kesukaan, rasa memang terus ‘syok’ habis dekat rumah ni.

rumah idaman

rumah idaman

Rumah yang terletak di tepi jalan ini kelihatan bukan besar sangat di mana-mana pun. Keseluruhan perumahan itu nampak kecil tapi banyak comel. Reka bentuk bangunan itu sangat mendedikasikan dan unik.

Style tingkap yang sedemikian memang menarik perhatian dan minat saya. Dengan halaman berumput yang dijaga bersih dan rapi tanpa sebarang sampah memang menakjubkan. Susah nak cari rumah macam ni kalau kat negeri asal saya sendiri, yang ada banyaknya rumah dalam ‘semak’.

Rumah yang ada dan dibina sekarang tengah duduk pun kiri kanan batu saja. Di mana-mana pun boleh anda lihat rumah teres berbatu, tak ada perasaan hijau langsung kecuali setompok rumput yang keluasannya cukup untuk letak tong sampah Alam flora saja. Itulah standard rumah bagi kebanyakan tempat di bandar atau kota. Itu cakap orang tak berduit atau orang yang miskin, orang yang banyak harta pula adalah lain cerita.

Apa-apa pun design dan susunatur rumah ni memang menjadi idaman saya, harapnya kalau pencen nanti dapatlah buat sebijik macam ni, tak payah besar-besar pun, anak-anak nanti bila dah besar sibuk beli rumah sendiri dan duduk berasingan.

Leave a Reply