Riadah Taman Tasik Perdana

Hari ini adalah hari terakhir cuti panjang sempena Hari Raya yang akan sampai di mana ramai orang sudah ambil cuti untuk meraya. Bila dah cuti panjang rasa malas nak bekerja semula pada esok hari. Memang begitu pun kalau dah bercuti. Bila dah lalui hari esok (hari bekerja) dah jadi biasa semula dan tak sabar tunggu cuti hujung minggu.

taman rusa dan kancil
taman rusa dan kancil

Rasanya cuti bertindih dah tak ada lagi dalam masa 3/4 bulan ni. Bulan 3 cuti sekolah bermula tetapi bapak pulak bekerja seperti biasa. Kalau tak balik kampung (Pahang) masa dihabiskan dengan beriadah bersama keluarga.

Pada hari Ahad dan Isnin yang lalu baru siap mengecat rumah. Bukan sebab nak sambut Thaipusam tetapi ambil peluang cuti 4 hari yang panjang ni. Kalau nak tunggu hari lain alamat tak siap lah jawabnya.

Berkunjung ke Tasik Perdana

Untuk menghabiskan hari terakhir cuti, saya berkunjung ke Tasik Perdana (sekarang Taman Botani). Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang menarik di sana. Bagi saya Taman Botani tempat yang paling best untuk berehat dan beriadah bersama keluarga. Selain daripada itu ada juga tempat untuk anak-anak bermain sambil kita boleh memantau pergerakan mereka.

Taman Rusa dan Kancil

Taman Botani sebenarnya lebih kepada flora tidak seperti Taman Tasik Titiwangsa. Selain kawasan yang sejuk, di sini ada juga terdapat Taman Rusa dan juga Kancil. Kalau bawa anak amat sesuai kerana rusa yang jinak yang sentiasa ramah apabila kita cuba mendekatinya. Bagi kanak-kanak mereka tentu seronok melihat rusa yang jinak.

kancil-kancil
Jinaknya rusa dan kancil. Susah hendak menghampiri haiwan liar ini mungkin kerap dikujungi oleh awam ia menjadi jinak.

Selain daripada rusa, kancil juga terdapat di sini. Jika tidak pernah melihat Kancil di sini adalah tempat terbaik untuk membawa anak-anak melihat haiwan mamalia yang jarang kali kita lihat. Sudah pasti anak-anak seronok melihat telatah Sang Kancil yang begitu jinak serta malu-malu apabila disapa.

Kaki Sang Kancil yang halus serta mata yang bulat menambat hati kanak-kanak. Hampir setengah jam kami melihat telatah Sang Kancil yang sedang menari-nari apabila daun hutan yang lebar diketuk dengan ranting kayu.Mereka menari-nari sambil melompat riang apabila semakin lama ketukan dimainkan.

kancil tasik perdana

Selain dari melihat Rusa dan juga Kancil Taman Botani juga sesuai untuk jurugambar mengambil gambar yang menarik untuk dijadikan koleksi peribadi. Di sini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi.

Selain dari itu disini adalah tempat paling popular bagi pasangan pengantin baru, mereka turut serta merakamkan gambar perkahwinan mereka untuk dijadikan kenangan termanis dalam hidup mereka.

Taman Bali Tasik Perdana

Kata orang kalau cerita pun tidak berguna lebih baik pergi bersama-sama keluarga untuk menikmati keindahan Taman Botani yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Bukit Aman serta jalan masuk bersebelahan dengan Masjid Negara.

Jika dari Jalan Mahameru ambil simpang ke kiri menyusur masuk ke Jalan Parlimen. Selepas itu belok kanan selepas lampu isyarat Tugu Negara.

Terdapat juga gerai makanan menjual laksa serta minuman untuk melepaskan dahaga. Bagi saya lebih seronok bawa bekalan sendiri dan boleh makan bersama anak-anak. Biarlah berlaukan ikan masin sekalipun keseronokan makan bersama-sama tidak dapat di zahirkan dengan kata-kata.

Apa tunggu lagi merancanglah untuk beriadah kesini bersama keluarga sambil menikmati keindahan Taman Botani.

* Masuk ke dalam Taman Rusa dan Kancil adalah percuma.

Taman Hibiscus dan Orchid

Taman ini adalah percuma kepada semua orang. Taman Orkid adalah taman yang indah dan nyaman di mana mereka boleh berkeliaran, bersantai di bangku, dan menikmati aroma flora eksotik yang wangi. Air mengalir ke atas batu-batu dan trellises yang dilindungi oleh pokok anggur dan pokok-pokok tropika dengan daun yang besar.

Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia, dan ia dipamerkan dengan kebanggaan oleh para penggemar tempatan yang memelihara taman-taman dengan cantik dan bersih.

Taman Botanik

Sebarkan lebih 220 ekar di tengah-tengah Kuala Lumpur, taman botani Lake Gardens terasa seperti sebuah pulau yang tenang hijau dan jauh dari kekacauan bandar.

Pada waktu pagi, ramai orang yang datang ke taman ini untuk bersenam dan berjalan-jalan. Pada waktu petang, terdapat banyak orang yang datang untuk berkelah sambil menikmati pemandangan yang harmoni di sini.

Terdapat pelbagai kemudahan di taman botani itu. Antaranya termasuk taman permainan kanak-kanak, trek joging, stesen senaman dan bot dayung. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam taman ini.

Jika anda tidak tergesa-gesa untuk pergi ke tempat lain, anda boleh bergerak dengan perlahan-lahan dan berjalan di sekitar taman ini. Ini juga merupakan satu lagi cara yang bagus untuk mengalami taman ini.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *