Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Kerabu Kacang Botol

Saya ingin berkongsi bersama kawan-kawan sekalian dengan resepi kerabu kacang botol. Adakah korang pernah dengar pasal kerabu kacang botol yang akan saya tunjukkan di bawah ini? Kalau belum pernah mencuba bolehlah ikut resepi yang aku sediakan di bawah ini. Sebetulnya bukan aku yang buat tetapi puan isteri yang sediakan, aku tukang ratah dan tulis jer.

resepi kerabu kacang botol

resepi kerabu kacang botol

Resepi kerabu kacang botol yang aku sediakan ini adalah ala-ala pantai timur. Ini kerana puan isteri belajar dengan birasnya(adik ipar aku) sewaktu kunjungan kami ke rumah beliau beberapa minggu yang lalu.

Kerabu Kacang Botol

10 biji kacang botol dihiris nipis(hidangan untuk 3 orang makan)

kerabu kacang botolKacang botol yang dihiris halus-halus

2 biji tomato dihiris halus
tomato hiris halus

5 biji lada kecik dan 1 Biji bawang besar yang bersaiz sedan dihiris.
bawang dan ladabawang besar dihiris halus bersama lada kecik.

6 biji perahan air limau nipis untuk dituang dan digaul bersama ikan yang telah direbus(tapi jangan dituang semua). Secukup rasa jer.
perahan air limau nipisPerahan air limau nie nanti digaul bersama ikan yang telah direbus tetapi jangan tuang semua

6 ekor ikan kembung. Direbus terlebih dahulu dan diambil isinya.
ikan kembunganak ikan kembung yang telah direbus. Nanti gaul dengan perahan air asam jawa dan air limau secukup rasa. Siap dengan ikan kembung rebus, dan rasanya mesti sedap sangat ni.

Perahan air asam jawa.
air asam jawa

Garam dan serbuk ajinomoto secukup rasa.
Bahan-bahan tadi tu hendaklah digaul bersama dengan hirisan kacang botol sepertimana gambarajah di bawah.

kerabu digaul sehingga sebati
Bahan-bahan tadi seperti bawang besar, lada, air asam jawa, air limau dan tomato digaul . Masukkan sekali hirisan kacang botol.

Maka terciptalah resepi kerabu kacang botol ala-ala pantai timur yang baru ditunjukkan. Jika rasa tak sabar boleh terus pergi ke kedai runcit dan beli semua barangan yang diperlukan untuk menyediakan menu kerabu dengan sambal pedas. Bukan susah sangat dan anda boleh cuba dengan ikut resepi yang diberikan. Sekejap masa saja sudah boleh merasakan makanan yang yummy tu.

Memang best sangat jika makan bersama dengan nasi panas. Ia memang sedap dan nasi memang boleh dihabiskan dengan cepat.

Artikel berkaitan:
Resepi Kerabu Ikan Tongkol

Leave a Reply