Repair Canon 1100D Yang Rosak

Pada asal nyer cuma rosak bahagian slot memori kad, kad tak boleh nak eject. Cari kabel, tapi entah mana letak dah puas cari tak jumpa. Sebab tak sabar, ambil pemutar skru dan cungkil kad tersebut.

Settle masalah, tetapi kad tu pulak patah bahagian hujung. Serpihan kad tersangkut di dalam. Dah puas cungkil tapi tak jugak keluar. Rehat kejap sebab nak fikir macam mana nak keluarkan kad tersebut. Dah puas fikir, jalan terbaik adalah dengan membuka skru di bahagian belakang kamera.

Semua skru dah buka. Masa untuk pisahkan part belakang. Maka, dengan berhati-hati buka, ternampak 1 kabel dah terbuka dan 1 kabel lagi masih di badan kamera. Kabel ke 2 dah berjaya. Maka ternampaklah serpihan kad memori tu tadi. Akhir nya serpihan berjaya dikeluarkan tanpa sebarang masalah.

Bila semua dah selesai, pasang balik kabel tadi. Bila dah pasang, butang untuk adjust setting tidak berfungsi.

1100d dari belakangTanda bulat merah : Butang tidak berfungsi

Pada mula nya agak panik, apabila bukak semula, memang ada lagi 1 kabel belum pasang. Melihat pada kabel tu, memang senang nak pasang, bila cuba berkali-kali, tak mau nak lekat pada penyambung. Selidik punya selidik, rupanya kabel tu dah terkoyak lapisan penyambung nya. Patutlah tak nak lekat. Masalah jugak ni…..adesss

kabel belakang kameraKabel bahagian belakang

Bila dah tak boleh masuk,terpaksa kena cari spare-part kabel tu. Masalah sekarang, mana nak dapatkan part no nyer?. Hahaha terpaksa kena ceraikan 1 persatu.

kamera diceraiBahagian belakang sudah diceraikan

Bila dah ceraikan, dapatlah no part yang dikehendaki (warna biru). Saya terus hubungi pusat pengumpulan Canon yang berada di Mid Valley. Mengikut kata staff di sana, pihak canon akan datang seminggu sekali untuk mengambil kamera yang dihantar oleh pelanggan. Katanya lagi, kalau nak cepat, kena pergi sendiri ke HQ Canon yang terletak di Peremba Square, Saujana Resort, Section U2, Shah Alam, Selangor.

Untuk menjimatkan masa, saya terus menghubungi HQ melalui email. Esoknya email saya dibalas. Setelah beberapa kali berbalas email, parts yang saya minta hanya akan sampai 3-4 minggu dan berharga RM 70.00 – agak murah. Tetapi masa menunggu agak lama…waaaaaa……nak tak nak terpaksa tunggu jugak!

part rosakInilah part nyer!

Pengajaran di sini : Jangan nak memandai-mandai bukak sendiri kalau bukan terlatih. Daripada rosak sikit, habis sekarang rosak banyak. Hehe. Tapi kira hebat juga dapat repair sendiri. Tunggu la dpat spare part nanti boleh on pulak ke tak. Harap boleh lah.

Padan muka aku!

Hang pa jangan gelak noh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *