Refflesia tuan-mudae di Gunung Gading, Sarawak

Gunung Gading adalah tempat di mana dapat kita jumpa bunga yang terbesar di dunia, iaitu bunga refflesia. Bunga ini boleh tumbuh sehingga satu meter luas dengan garis pusat. Apabila ia berbunga, ia boleh mengeluarkan bau yang busuk yang boleh menarik lalat dan serangga lain.

Tiga Kali Mendaki Gunung Gading

Saya mempunyai banyak pengalaman di Gunung Gading.  Dalam masa lima bulan, saya telah mendaki Gunung Gading sebanyak tiga kali. Kali pertama, saya pergi ke Gunung Gading bersama fasilitator-fasilitator Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB) Sesi 2017/2018 untuk aktiviti team building.

Cadangnya nak mendaki hingga ke puncak tapi bertemu dengan hari hujan dan tanah juga sangat licin. Jadi kami cuma dapat mendaki separuh jalan saja dan patah balik.

Kali kedua saya pergi ke Gunung Gading bersama dengan rakan-rakan pensyarah untuk team buliding anjuran kelab staf. Tujuan kami kali ini adalah untuk mencari dan melihat bunga refflesia.

Tapi agak kecewa sebab apa yang kami jumpa hanya bangkai bunga refflesia sahaja. Kita tidak membuatnya tepat pada masa sebab bunga refflesia telah layu beberapa hari sebelum kami datang.

Jadi, sudah tidak dapat tengok bunga refflesia maka kami pun mendaki gunung gading sehingga sampai ke kawasan air terjun. Trek untuk sampai ke kawasan air terjun ni agak sukar tapi memang merupakan pengalaman pendakian yang sungguh berbaloi. Air terjun di gunung gading ni sangat besar. Airnya sangat jernih dan sejuk. Kami rasa amat seronok untuk menrendam badan kita di dalam air yang sejuk itu.

Kali ketiga saya datang ke Gunung Gading semasa Hari Kemerdekaan. Memang saya rasa sangat merdeka kerana impian untuk melihat bunga pakma @ bunga refflesia tercapai. Kali ini saya datang ke Gunug Gading bertiga sahaja, bersama seorang housemate dan seorang lagi rakan felo.

Menemui Bunga Reflesia

Pada mulanya kami rasa sangat hampa sebab tidak dapat jumpa bunga refflesia yang penat kami cari. Tapi nasib kami jadi baik sikit apabila dalam perjalanan pulang, kami bertembung dengan sepasang pelancong yang sedang mengambil gambar bersama bunga refflesia.

Rupa-rupanya bunga refflesia yang puas kami cari tu adalah berada di kaki bukit Gunung Gading saja. Ia cuma perlu ambil masa lebih kurang 10 minit pendakian sahaja. Pasangan pelancong tu berjaya temui bunga pakma sebab mereka menggupah ranjer untuk menunjukkan lokasi bunga pakma.

bunga refflesia gunung gading
bunga refflesia gunung gading

Inilah bunga refflesia yang kami temui. Bunga refflesia ini adalah daripada spesis Refflesia tuan mudae. Kalau di Semenanjung ada juga bunga refflesia, tapi dari spesis yang lain.

Terdapat Pelbagai Jenis

Kebanyakkan bunga refflesia di Perak dan Pahang adalah dari spesis Rafflesia hasselti. Kalau nak tengok Rafflesia hasselti ini, boleh la pergi ke Royal Belum National Park atau Batu Kurau di Perak atau Cameron Highlands di Pahang.

Di Kelantan pun ada juga bunga refflesia, iaitu dari spesis Rafflesia kerrii. Bunga Rafflesia kerrii boleh di dapati di perkampungan orang asli di Sg Brok National Park. Sabah, semestinya ada juga bunga refflesia, bahkan Sabah mengangkat bunga refflesia sebagai bunga rasmi negeri Sabah.

Ini adalah kulup bunga Refflesia. Kulup bunga refflesia ini mengambil masa 8 hingga 9 bulan untuk matang dan mekar sepenuhnya. Perubatan melayu tradisional dan orang asli menggangkat status kulup bunga refflesia sebagai suatu herba yang amat baik untuk ibu berpantang.

Orang asli biasanya mengutip kulup ini untuk dikeringkan. Selepas ia kering, kulup bunga refflesia itu akan dipotong dengan cebisan kecil dan dibuat air rebusan. Air rembusan ini adalah sesuai untuk ibu bersalin kerana dikatakan dapat mengecutkan rahim.

Sebenarnya aktiviti untuk menggutip kulup bunga refflesia ini adalah salah dari segi undang-undang kerana bunga refflesia adalah tumbuhan yang dilindungi. Jadi, jika anda nampak ada orang asli jual kulup bunga refflesia di tepi-tepi jalan, sila jangan beli. Takut nanti anda akan kena tahan dan kena tangkap oleh pihak berkuasa.

bunga refflesia mati
bunga refflesia mati

Berapa Lama Bunga Reffesia Mekar?

Bunga refflesia mekar selama seminggu sahaja, kemudian ia akan layu. Apabila ia layu, kelopak-kelopak merah itu akan bertukar kepada warna hitam dan seterusnya mereput. Jadi kalau anda berhajat nak tengok refflesia, pastikan dulu bunga refflesia itu tengah berkembang.

Saya bayangkan semua refflesia bersaiz gergasi, rupanya tidak. Bunga Reflesia yang paling besar adalah daripada spesis Rafflesia arnoldii. Bunga ini terdapat banyak di Pulau Sumatera, Indonesia. Saiz bunga Refflesia tuan muade yang ada di Taman Negara Gunung Gading ni antara 50-70cm sahaja.

Alhamdulillah, Allah bagi saya rezeki melihat bunga pakma dan melihat keindahan flora dan fauna di Taman Negara Gunung Gading.

Artikel berkaitan:
Farm In The City : Tempat Menarik yang Wajib Dikunjungi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *