Rahsia Backlink Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Saya tak pasti sangat sama ada tutorial berdasarkan pengalaman saya ini berkesan atau tidak untuk anda tiru, ini pun saya buat atas faktor “try & error” setelah dicabar oleh rakan-rakan saya untuk menaikkan kedudukan Alexa blog ini.

Tapi berdasarkan peningkatan Ranking Alexa saya dalam tempoh masa 2 minggu kebelakangan ini, saya berani kata bahawa kertas kerja menaikkan ranking blog melalui Backlink yang telah saya buat baru-baru ini memang sangat berkesan.

Herm… tak banyak tapi sekurang-kurangnya memang nampak jelas ada peningkatan. Mari kita lihat bagaimana saya tingkatkan kualiti backlink blog saya.

backlink
backlink

1. Kualiti atau Domain Authority(DA) si pemberi Backlink

Ini adalah perkara paling penting dalam menentukan kualiti backlink anda. Simpanlah backlink anda pada blog atau web yang mempunyai DA yang tinggi kerana semakin tinggi DA si penderma, maka semakin tinggilah nilai vote blog anda akan diukur oleh encik google nanti.

Pendek kata minta tolong blog dengan DA yang tinggi untuk menyenaraikan blog anda di blog utamanya, bukannya di dalam blog subdomain yang tidak mempunyai nilai yang tinggi.

2. Natural atau review

Anda akan mendapat hadiah paling istimewa daripada google berbentuk Backlink berkualiti sekiranya url blog anda diLink kan secara natural oleh blog lain ataupun Anchor text yang berada di dalam content penderma.

Tapi perlu diingat bahawa Blogroll bukanlah salah satu di antaranya. Ini kerana, menurut salah satu sumber blog SEO terkenal yang pernah saya baca (lupa nama blog), Blogroll bukanlah salah satu natural backlink tetapi sekadar RSS.

Bagaimana saya hyperlinkkan blog saya? Mudah hanya reviewkan di dalam 1 atau 2 entry blog saya yang mendapat kunjungan daripada organik visitor ke dalam blog saya.

3. Jumlah Outbound Link (OBL)

Pernahkah anda menemui blog dengan ratusan link duduk berkongsi di satu halaman yang sama? atau sebuah page khusus untuk menyimpan link? Saya yakin pernah.

Nasihat saya jangan masukkan url anda di sana dan menjadikannya salah seorang tawanan yang digelar sebagai LinkFarm oleh encik google. Justeru itu pilihlah blog yang hanya memaparkan 5-8 out bound link sahaja kerana kesannya jauh lebih dashyat berbanding blog seperti yang telah saya perbincangkan itu tadi.

4. IP Address

Kembali ke data center Google mana yang ingin anda sasarkan. Sebagai contoh, sekiranya anda hanya inginkan blog anda mendapat tempat di dalam enjin carian Google.com.my maka usahakan lebih banyak backlink yang berasal dari blog yang anda tahu dihost atau sekurang-kurangnya bertuankan orang Malaysia.

Memang tidak mempengaruhi secara total. Tetapi di low competition keyword, faktor ini merupakan salah satu faktor penentu yang mempengaruhi tahap SEO blog anda. Nasihat saya cuba dapatkan sebanyak mungkin Backlinks dari pelbagai domain dan IP untuk lebih berdaya saing.

5. Simpan di dalam blog DoFollow

Ini adalah cara yang paling mudah dan kerap dilakukan oleh penulis blog, iaitu dengan meringankan sedikit jari-jemari tangan memberi komen di dalam blog penulis lain.

Dengan memberi komen, anda sebenarnya bukah sahaja mempromosi diri anda bahkan sedang berusaha menjalinkan persahabatan dengan penulis blog yang baru anda kenali. Tulislah komen secara bernas dan relevan dengan topik yang diperbincangkan agar anda nampak ikhlas dalam memberi pendapat.

Hindari juga menulis komen secara ringkas, lari dari tajuk dan sekadar memuji didalam blog penulis lain. Sebagai bonus anda boleh pastikan bahawa blog tersebut Dofollow atau tidak melalui toolbar Firefox yang boleh mengesan sama ada blog itu dofollow atau nofollow.

6. Niche yang sama

Saya pernah terbaca di dalam salah satu blog SEO (pun terlupa, saya memang banyak makan semut) yang mengatakan bahawa jika terdapat salingkaitan di antara pemberi dan penerima Backlinks, maka kualitinya juga akan turut semakin meningkat di mata encik google.

Contohnya jika niche, persamaan URL, title dan kandungan blog si pemberi backlink mempunyai persamaan dengan si penderma, maka mesin-mesin carian akan mempertimbangkan vote yang tinggi untuk backlink si pemberi.

7. Buat Infografik

Infografik adalah satu lagi cara yang sangat berkesan untuk membina dan mendapat backlink dari website yang mempunyai DA yang tinggi.

Pakar pemasaran digital Neil Patel memanggil backlink yang dibuat seperti ini sebagai pembina link Trojan Horse. Ia dapat membawa anda ke dalam dinding laman web yang mempunayi DA yang tinggi dan mendapatkan pautan yang anda tidak akan dapat dengan cara yang lain.

Tetapi untuk mendapatkan link dengan cara ini, infografik yang anda ciptakan mesti menarik dan mempunyai informasi yang berguna untuk orang ramai.

Bagaimana dapat anda keluarkan infografik yang berguna lagi menarik?

Anda perlu pastikan bahawa infografik yang anda buat adalah berdasarkan penyelidikan yang luas dan ia mempunyai reka bentuk yang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *