Putrajaya Flower & Garden Festival 2010

Satu lagi acara menarik yang akan berlangsung di Putrajaya dalam bulan Julai ini. Putrajaya Flower & Garden Festival 2010 atau lebih dikenali dengan Floria Putrajaya merupakan pertunjukan bunga dan taman yang terulung di Malaysia dan menjadi salah satu acara penting di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini sejak tahun 2007 lagi. Floria Putrajaya ini dianjurkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya dan di jadualkan berlansung pada 10hb hingga 18hb Julai 2010 nanti.

floria putrajaya
floria putrajaya

Secara ringkasnya Floria Putrajaya menyediakan pertunjukan yang istimewa penuh berwarna-warni dan akan mempertontonkan keunikan industri hortikultur, produk-produk komersial landskap, pertunjukan taman pereka dan pertunjukan bunga-bungaan.

Tema untuk festival kali ni pula adalah Keindahan Tropika ataupun Tropical Splendour. Floria 2010 juga akan mempamerkan koleksi bunga Heliconia yang akan menghiasi sekitar kawasan festival.

Flora dan fauna yang inovatif ini akan menawarkan pengalaman untuk merangsang semua deria pancaroba – penglihatan, bunyi, rasa, bau dan sentuhan.

Festival termasuk aktiviti seperti demonstrasi bunga bunga, bengkel berkebun, persembahan, persaingan fotografi, pertandingan cat air, vendor makanan serta demonstrasi seni dan kraft.

Setakat ini ada dua pertandingan yang disediakan oleh pihak penganjur kepada sesiapa yang berminat iaitu Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi dan juga Pertandingan Lukisan Cat Air. Hadiah tempat pertama yang ditawarkan untuk pertandingan lukisan cat air sebanyak RM5,000 beserta piala dan sijil untuk kategori A manakala RM2,000 untuk kategori B.

Kami sekeluarga kunjungi ke festival ini lebih daripada 3 jam. Terdapat banyak bunga-bunga yang cantik yang aku tak tahu langsung apa nama mereka. Selepas tengok bunga bagi 1 jam lebih, kami menuju ke tingkat bawah di tasik. Saya duduk di tepi tebing yang berhampiran dengan tasik. Ketika saya senang-senang ambil gambar dengan sesuka hati, aku terdengar orang di tepi cakap bahawa Putrajaya sebelum ini adalah hutan dan pernah menjadi habitat untuk banyak ular. Aku terkejut apabila terdengar ini dan kerana saya seorang yang takut ular, dengan cepatnya aku jalan ke tempat lain di mana kaki aku dapat merasakan tanah simen. Rumput yang diliputi kegelapan sudah menakutkan aku.

Lokasi festival adalah di Pesisiran Tasik, Presint 2, bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam untuk hari Isnin hingga Khamis dan 9 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat hingga Ahad. Tarikhnya adalah pada 10hb hingga 18hb Julai 2010.

Memang mengasyikkan kalau dapat melihat keindahan bunga-bungaan ni.

Kagum Dengan Hasil Foot Painting

Floria Putrajaya 2010 Amateur’s Shots

Salam malam minggu, pastinya ramai yang penat sepanjang hujung minggu ni kerana menyelesaikan urusan dan aktiviti masing-masing, bukan takat penat badan, bagi sesetengah orang poket pun penat juga bila berjalan ni kan. Petang tadi saya menghabiskan masa dengan aktiviti offline dan juga bawa keluarga melawat festival bunga dan taman Putrajaya 2010, macam biasalah, esok nak habis event baru hari ni sibuk meramaikan tempat tu. Nasib baik jugak cuaca hari ni tidak panas sangat di estet ni, kira elok sangat untuk keluar bersiar-siar.

floria putrajaya 2010

Jadinya posting kali ni cuma nak share kan gambar dan juga video klip yang sudah diupload ke dalam youtube. Dan pasal suka sangat dengan idea bro Yoycullen.com berkaitan ‘dalam hati ada taman’, saya juga gunakan lagu Ada M.Nasir sebagai latarbelakang klip video di youtube tu.

Secara keseluruhan pada saya floria 2010 ni dapat menarik ramai pengunjung yang meminati seni landskap dan hiasan taman ni, juga kepada mereka yang sukakan bunga-bungaan. Memang terasa kemeriahan dan ramainya orang petang tadi.

Mungkin juga pasal hari ni hari Sabtu tu lah sebab ramai orang. Memandangkan tabung untuk DSLR saya masih belum lagi mencukupi budgetnya, maka terpaksalah make use dengan apa yang ada aje. Gadjet utama hanyalah kamera digital olympus u820 yang sudah berusia 2 tahun, namun banyak juga berjasa. Kalau kena gayanya boleh tahan jugak kualitinya (cakap orang yang tak dapat nak merasa DSLR huhuhu).

Foot Painting

Masih lagi entry berkaitan festival bunga dan taman Putrajaya atau Floria Putrajaya 2010. Pelbagai acara menarik yang telah dianjurkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya selaku penganjur utama acara tersebut. Dan semalam sambil berpusing-pusing di kawasan event tersebut saya menjumpai satu demonstrasi yang tidak pernah saya lihat sepanjang hidup saya ni iaitu kemahiran melukis menggunakan kaki ataupun foot painting.

floria putrajaya
floria putrajaya

Memang cantik betul hasil lukisan oleh gadis ini yang melukis menggunakan kedua-dua belah kakinya. Rasanya orang yang boleh menggunakaan tangan pun tak boleh melukis secantik dalam gambar itu.

Bagi saya kemahiran melukis menggunakan kaki tersebut merupakan satu anugerah dan kelebihan tersendiriyang telah dikurniakan kepada gadis pelukis dalam gambar kat atas ni.

Saya juga sempat merakamkan klip video youtube dan mengenai cara yang digunakan oleh gadis berkenaan untuk menghasilkan lukisan yang begitu cantik dan kemas. Sekali tengok nampak macam mudah je.

Tapi kalau diri sendiri yang buat, rasanya memang tak dapat la hasil sedemikian. Ada banyak contoh-contoh lukisan yang telah dilukis oleh gadis berkenaan dan dipamerkan di sekitar gerai pamerannya.

Bagi saya bakat melukis yang ada pada pelukis ini sungguh mengagumkan dan tidak semua individu dianugerahkan bakat sedemikian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *