Push Factor. Alamak! Segannya Nak Cite

Dalam bisnes, saya percaya setiap dari kita mesti ada push factor yang tersendiri kan, yang ‘drive’ kita untuk mencapai matlamat yang kita ingin capai dalam bisnes.

Begitu juga saya. saya juga mempunyai push factor yang tersendiri dalam berbisnes Shaklee ini.

Sebelum saya tidur, saya rasa saya wajib kongsi push factor yang membuatkan saya kena buat bisnes betul-betul & sungguh-sungguh

Asalnya saya memang tak berhajat nak share secara public dan terbuka, tapi saya rasa dah sampai masanya saya ‘wajib’ share dan ketepikan rasa ‘malu’ yang menebal dalam diri saya ini.

Saya datang dari family yang tak senang, boleh kata memang susah. Masa kecil-kecil dulu, kami adik beradik memang penerima zakat ‘tegar’ kat sekolah masing-masing

Kalau tak dapat zakat, kami akan ‘urgue’ sebab kami memang nak sgt. Lihatlah bertapa terdesaknya kami dulu.

Ada satu masa, saya ‘terpaksa’ buat surat rasmi, mohon sumbangan dari pihak tertentu untuk biayai pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi sampaikan mak saya kata ‘malu’ untuk berbuat demikian.

Kami ‘terpaksa’ sebab kami tiada pilihan waktu itu. Sedih sangat masa tu. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami masa itu.

Sekarang baru saya sedar kenapa saya perlu ‘meminta’ jika saya masih ada kudrat dan boleh cuba berusaha sendiri walaupun sekarang baru berumur awal 20-an, walhal kawan-kawan yang seusia dengan saya sedang seronok menjalani ‘zaman remaja’ mereka.

Saya yakin Allah bagi saya sedikit kelebihan berbanding adik-beradik yang lain walaupun saya merupakan anak bongsu dari 7 adik beradik sebab

Saya dah mula nampak, bisnes lah yang mampu mengubah sosio economy keluarga saya dan saya sedang berjuang ke arah itu

Kadang-kadang saya rasa ‘sakit hati’ juga bila adik beradik yang jauh lebih tua dari saya tak nampak seperti apa yg saya nampak

masjid
masjid

Seolah-olah mereka ‘gagal’ untuk tolong bantu ekonomi keluarga dan yang lebih mengharukan sekarang, ada pula yang nak pinjam dari saya bila nampak bisnes saya semakin maju.

Namun, saya tak kisah sebab saya tengok itu sebagai push factor yang semakin kuat untuk saya berjaya dalam bisnes kerana ramai lagi yang saya perlu bantu walaupun mereka jauh lebih ‘matang’ dari saya.

InsyaAllah

Jika dulu saya penerima zakat, sekarang saya bercita-cita ingin memberi zakat pula kerana saya sudah ‘penat’ menerima pemberian orang

Saya pasti saya boleh.

Saya tahu daripada seramai pembaca blog saya, saya yakin dan percaya mesti ada 1 insan yang mempunyai kisah hidup yang hampir sama dengan saya.

Teknik dan Strategi Perniagaan Melayu

Peniaga melayu kita memang sangat pandai berniagakan? Pandai mencari untung lebih dan mahir menggunakan teknik perniagaan yang berkesan untuk memaksimumkan keuntungan. Oh minta maaf, jangan kutuk saya dulu tau, tunggu sehingga ke titisan dakwat yang terakhir.

Lepas itu kalau kalian nak kutuk saya pun, kutuklah. Saya tidak kisah, sebab budaya kita sememangnya tidak boleh lari daripada aktiviti kutuk-mengutuk. Bukan begitu?

komputer riba
komputer riba

Berita mula di sini

Begini, beberapa hari yang lepas saya telah menghantar komputer riba saya yang mengalami kerosakan ke kedai membaiki komputer milik seorang peniaga melayu. Saya ulangi, seorang peniaga melayu. Ikutkan memang kerosakan komputer riba saya itu memang agak ‘parah’ kerana melibatkan komponen dalaman dan papan kekunci.

Tapi saya memang yakin bahawa bajetnya pasti tidak akan melebihi RM600. Mungkin paling busuk pun mencecah RM500 dan keatas.

Dipendekkan cerita, akhirnya komputer riba itu siap dibaiki. Nak tahu berapa yang saya kena bayar? RM250 untuk pemasangan dan penukaran papan kekunci yang baru, serta RM430 untuk komponen dalaman yang rosak tapi sehingga kini tidak saya ketahui chip komputer di bahagian yang mana kerana tidak ditunjukkan oleh peniaga terbabit (lagi hampeh, bila sebelum itu bos dia siap cakap dengan saya kos menukar chip computer hanya RM400!! Sekali dalam bil dia boleh letak RM430? Mendidih beb…).

Bayangkanlah itu harga untuk penukaran chip komputer, kalau hendak menukar motherboard lagilah dahsyat, bos melayu itu kata RM700 untuk seunit!

Amboi… sikit punya untung bukan.

Tidak puas hati punya pasal, maka saya ringan-ringankan tulang empat kerat saya yang malas ini untuk meninjau harga baikpulih bagi barang yang sama di kedai terpilih. Sasarannya, tauke cina kaya-raya. Nah… ini bukan cerita racist okey, ini namanya perbandingan.

Jadi, saya tanya apek muda yang ada di kedai itu, berapa harga baikpulih untuk kesemua kerosakan yang telah saya sebut kat atas. Nak tahu apa jawapan daripada apek muda?

RM180 untuk papan kekunci berserta upah pemasangan (menurutnya harga papan kekunci cuma RM70) serta RM450 untuk seunit motherboard yang baru berserta upah pemasangan!!! Mak aih… biar betul, kalian lihatlah sendiri betapa jauhnya pemanggang dari api.

Tambah ‘menyeronokkan’ bila kedai cina kedua yang saya tanya juga menawarkan harga yang hampir sama dengan kedai cina yang pertama tadi. Diulangi sekali lagi, hampir sama.

Maaf untuk dikatalah ye, selepas ini jangan pula kalian melabelkan saya sebagai anti kepada slogan “Melayu Kena Tolong Melayu”. Rasanya tidak salah membantu bangsa sendiri kalau hasil yang kita dapat nanti tidak membebankan bahu. Tapi yang ini… memang jelas terasa hampehnya!! Sendiri mahu ingat okey… kalau asyik fikir periuk nasi sendiri sahaja kena jaga, siapa pula yang nak jaga periuk belanga orang lain? Kau nak campak ke tepi ke?

Bukan nasihat tapi cuma hendak kalian ambil iktibar daripadanya.

Lepas tu saya ada berbincang dengan rakan-rakan yang lain mengenai hal ini, dan kebanyakannya bersetuju punca peniaga melayu buat camnie sebab terlalu banyak ‘alibaba’kan perniagaan. Contohnya dalam kes saya ini, mereka mengupah juruteknik luar untuk membaiki.

Satu lagi, peniaga melayu susah nak tolak wang. Maksud saya peniaga akan tetap mengambil tender walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam bidang yang pelanggan kehendaki. Mark up punya mark up, harga pun jadi semakin mahallah. Motifnya tetap satu, ingatkan keuntungan segera!!

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *