Prague – Dubai – Kuala Lumpur

Sebelum balik ke kampung, aku ada singgah Lowyat dalam misi nak repair laptop Asus Zenbook yang screen laptop tu sudah cracked. Sedih. Lepas tu terjumpa satu gerai Maxis ni, lalu aku angkut home wireless broadband satu. Nak dipendekkan cerita, Maxis broadband ni tak boleh guna kat kampung aku. Operator Maxis kata coverage tak sampai. Sedih lagi.

Disebabkan terdesak sangat. Aku jadikan smartphone aku sebagai hotspot. Tak terfikir aku benda ni dari awal. Subscribe Celcom mingguan RM18, rasa macam sangat puas hati kalau nak compared dengan Maxis dan U-Mobile yang memang langsung tiada coverage and it is sucks. Maaf. Petang tadi aku baru sahaja pulang dari jenjalan tawaf bandar Kota Bharu dan duduk bermalam kat rumah blogger femes dan Pullah pun ada sekali. Alhamdulillah. Dapat segarkan sedikit minda.

Dalam entry sebelum ini aku ada janji yang mana aku nak ceritakan pengalaman aku pulang beraya dari Czech Republic ke Malaysia. Aku pun hampir ingat-ingat lupa. Tapi insyaAllah aku cuba ingat balik untuk di coret di dalam blog ini.

Aku pulang pada 15 Julai lepas dengan menaiki pesawat Emirates. Untuk pengetahuan semua, Emirates hanya benarkan kita bawa 2 luggages. Satu luggage tu hendaklah seberat 30kg. Luggage yang ni akan dihantar terus ke destinasi terakhir kita. Kalau dalam kes aku ni, destinasi terakhir adalah Kuala Lumpur International Airport.

emirate kapal terbang
berada di ruang menunggu. 30 minutes sebelum dibenarkan untuk masuk ke dalam kapal terbang

Satu luggage lagi tu dipanggil hand luggage. Hand luggage hanya dibenarkan seberat 7kg sahaja. Biasanya dalam hand luggage orang letak baju atau benda-benda yang kita nak guna semasa dalam flight nanti atau masa menunggu next flight kat transit nanti.

Contohnya gadgets, satu pasang baju, buku-buku atau sebagainya. Harus di ingatkan, kita dilarang daripada membawa masuk cecair ke dalam kapal terbang. Kalau ada botol air yang terisi air, sila buang dulu air kat dalam tandas. Kalau tak nanti masa pemeriksaan keselamatan, mereka akan suruh kita buang botol air tu. Kalau botol air mineral tak apa la. Tapi kalau yang berjenama tupperware tu, rugi la kita kan.

Dinasihatkan, datang la awal sikit ye. Kalau dalam tiket tulis pukul 6 petang. Maknanya, pukul 4 petang tu wajib ada kat airport dah. Sebab pukul 6 petang tu masa flight naik ke langit dah. Bukan masa untuk check in atau sebagainya.

Jadi, time punctual amat diperlukan di sini. Nak dijadikan cerita, hand luggage aku masa ini adalah satu plastik Tesco. Dalam plastik tu aku letak Ipad dan Laptop. Hanya Allah je tahu bertapa awkward aku masa tu. Dah la plastik tu hampir koyak. Aku ingatkan luggage aku tu tak lebih 7 kg jadi aku ingat boleh la aku buat hand luggage, Tapi in fact ianya seberat 22 kg. haha. Patutlah biceps brachii, tricep brachii dan deltoid aku rasa kebas semacam jek.

langit
masih di dalam kawasan Czech Republic

Aku suka duduk tepi tingkap. Dapat tengok ciptaan Allah s.w.t yang maha kaya. sangat best masa ni. Subhanallah. Throughout the journey I can’t even stop myself from peering through the window. Sangat cantik kebesaran Allah ini.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur’an itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?.”
(QS. Al-Fussilat : 53)

Dari Prague ke Dubai aku duduk sebelah pasangan warga emas Jepun / Korea. Mereka ni 24 jam baca buku. Dah la buku tak bergambar. Kalah aku yang masih ada 2 final ni. Bagus kan. Budaya macam ni patut ditiru.

langit 2
lagi gambar kebesaran Allah di langit yang berjaya di rakam

Gambar di atas ni aku rasa semasa berada di atas negara Austria kalau tak silap, takpun Romania mengikut peta interaktif kat kerusi depan. Masa tengok pemandangan macam ni, telinga aku terngiang-ngiang lagu Open Your Eyes by Maher Zain. Aku peminat fanatik MZ kot sejak zaman SPM lagi.

Masa dalam flight ni, aku solat duduk. Ada banyak pendapat. Ada yang kata boleh buat solat hormat waktu. Seniors aku cakap, boleh solat duduk. Jadi, aku ikut pendapat tu. Jangan niat nak qada sudah. Itu memang tak boleh lah.

Macam mana nak ambil air sembahyang dalam flight? Yang ni pun banyak pendapat juga. Rasa macam best pula sebab time ni la kita rasa macam solat tu memang tiang agama kerana ianya hanya antara kita dan Allah. Orang lain tak tahu. Rasa syahdu pun ada.

langit 3
berada di atas negara Turki

Gambar ni pula adalah semasa kapal terbang melalui negara Turki. Aku terpegun kerana dapat melihat sesuatu yang unik. Aku rasa ni la kot tempat yang Arif Mustaqim dan rakan-rakan pergi haritu kot. Tempat dia macam tamadun-tamadun lama gitu. Pola petempatan kat sini adalah berselerak. Buktinya, masa malam aku dapat tengok lampu menyala dan jarak antara satu tempat dengan satu tempat yang lain agak jauh. Jadi, kat sini masih ada orang tinggal. Woww. Menarik kan.

Maaf ye. Aku tak sempat nak ambil gambar keadaan dalam flight sebab aku rasa tak perlu pun. Gambar-gambar pemandangan luar lagi best bagi aku. Suasana kat dalam flight tak ada apa pun yang special. Oh ya. Dinasihatkan, kalau naik Emirates nanti dieorang ada letak stickers dalam plastic earphones. Stickers tu korang boleh tampal kat kerusi in case korang nak dikejutkan bila time makan or etc. Nanti bila time makan, pramugari akan kejutkan.

permandangan Dubai pada waktu malam
permandangan Dubai pada waktu malam

Aku sampai di Dubai, United Arab Emirates (UAE) ni pada pukul 11.50 malam. Masa keluar dari kapal terbang untuk menaiki bus ke terminal tu, suhu sangat panas dalam lingkungan 37-40 celcius. Ia merupakan perkara yang pelik bagi aku kerana kalau kat Malaysia, malam sepatutnya sejuk lah kan. Rasa awkward bila nampak orang kipas-kipas tengah malam.

sudah nak sampai Dubai
sudah nak sampai Dubai

Masa transit kat Dubai tu aku tak snap gambar apa-apa pun. Masa selama 3 jam aku habiskan dengan berada dalam surau di Dubai Airport je. Solat qasar dan jamak dan buat la apa-apa yang patut. Sebenarnya, boleh je aku nak tawaf kedai kat situ tapi memandangkan kedai-kedai nampak macam barang mahal jek baik aku duduk dalam surau je. Banyak juga kedai kat situ, ada kedai kristal, kedai baju, makanan, jam, barang kemas even kedai arak pun ada. Aku naik hairan, Arab kan? Tapi kenapa ada benda tu. -.-

Alhamdulillah. Selepas berada selama lebih 16 jam di dalam kapal terbang, yakni 8 jam dari Prague ke Dubai dan 8 jam dari Dubai ke Kuala Lumpur aku tiba dengan selamatnya di KLIA. Tanpa disambut oleh sesiapa aku meneruskan perjalanan dengan menaiki KLIA Express ke KL Sentral. Dan dari situ abang aku yang sulong menjemputku. Next 2 days tinggal kat rumah dia di Gombak, aku meneruskan perjalanan ke kampung halaman dengan menaiki bus selama 8 jam pula.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Artikel berkaitan pelancongan:
Ekpedisi Gunung Panti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *