Plug Perakam Masa

Kali ni aku ingin nak kongsikan satu tools kepada anda semua yang mungkin banyak membantu dalam aktiviti seharian kita. Benda ini nampak simple, tapi fungsinya banyak memberikan faedah kepada kita dalam merancang dan menyelesaikan tugasan seharian terutama barangan-barangan yang melibatkan penggunaan tenaga elektrik.

Alat Yang Amat Bijak Dipakai

Alat ini adalah plug perakam masa atau timer plug. Ia mungkin merupakan satu tools yang tak pernah atau mungkin jarang kita ambil tahu seumur kita. Sebabnya aku belum nampak lagi tools ni di pasaran untuk 2-3 tahun sebelum ni.

Jadi, aku anggap benda ni macam sangat baru bagi mereka yang tak pernah tau benda-benda yang berkenaan dengan alat-alat elektrik ini. Rupakan alat ini macam juga extension plug, tapi alat ni berbeza sikit.

Ni la rupanya yang boleh anda rujuk ke gambar seperti di bawah.

timer plug
timer plug

Alat ini mempunyai banyak jenis sebenarnya. Kalau anda Googling sikit dalam internet, terdapat banyak rupa bentuk yang ada di pasaran yang boleh anda cari.

Tapi konsep dan fungsinya tetap sama. Fungsi utama untuk plug perakam masa adalah untuk mengaktifkan plug untuk supply elektrik dan mematikan aliran elektrik pada masa yang kita mahukan.

Kitaran ON dan OFF aliran elektrik akan berterusan untuk 24 jam dan selama mana yang kita nak, selagi kita tak OFF setting pada timer plug tu. Ada yang jenis elektronik digital dan ada juga yang jenis analog. Rupa bentuk yang ada kat atas tu adalah dari jenis analog.

Aku adalah pertama kali beli alat ini dan aku memang tak tahu macam mana untuk gunakannya. Gelak sendiri aku lepas 2-3 hari beli baru aku tahu macam mana pakai. Hahaha…

Kalau anda beli sendiri kat Giant, Econsave atau Aeon, kebanyakannya tak ada pun instruction dengan cara bagaimana untuk menggunakan benda alat ni. Jadi pandai-pandai sendiri lah saya cubakan.

Bila dah tahu cara pakainya, aku mula cubanya dengan lampu tidur. Aku set jam 8 malam ON [dengan menekan sisi berwarna biru) untuk aktifkan “ON current” dan kekalkan [tak perlu tekan yang sisi biru tu] sebagai untuk “OFF current” bermula pukul 9 malam. Just test untuk sejam je dan ia berhasil! yeah! – sebenarnya nak test waktu siang pun tak apa, sebab idea tu datang petang tu yang test malam.

Bila masanya nak gunakan timer plug ni?

1. Bila nak cas barangan elektrik. Contoh, caj bateri rechargeable, caj handphone, cas labtop dan banyak lagi yang equipment yang rechargeable. Sebabnya bila barang2 ni kita overcaharge [tak matikan / unplug current] current akan berterusan charge barangan elektrik ni dan kesannya akan memendekkan jangka hayat betri rehargeable ni termasuklah handphone dan laptop. Aku pernah cerita kat entri Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Laptop / Netbook / Tablet PC di blog lama dulu. So praktikal kan alat ni?

2. Membantu mak², suri² rumah [tak termasuk surihani] dan bibik² di dapur. Aktiviti memasak air, masak nasi, basuh kain semua aktiviti yang pakai mesin. So, lepas dah guna matikan la plug² peralatan yang dah guna ni. Selain menjimatkan elektrik, barangan elektrik tu pun boleh bertahan lama. Selain tu, boleh elak dari disambar petir. Eh, ye je aku ni kan ? Hahaha yang ni aku tak buat uji kaji lagi, sebab rumah tak selalu kena kilat. Kalau korang dah try, cer kongsi kat sini.

Tu baru dua, lain² tu kalau korang ada buat tanaman hydroponik yang siram pokok guna motor elektrik, boleh gunakan timer plug ni. Setkan tiap² pagi dan petang, motor akan automatik ON untuk siram air. So kalau korang nak pi masjid ke, gi pasar ke, gi joging ke petang², boleh je tinggalkan pada timer plug ni untuk ganti tempat korang. Mudah kan.

Tambahan fungsi lain, kalau korang nak tinggal rumah masa cuti panjang pun dah tak payah risau kalau lampu luar asyik ON je, boleh gunakan alat ni. Setkan bila malam pukul 7 je automatik ON, bila pukul 7 pagi, setkan OFF. Jadi jimat elektrik dan keselamatan rumah juga sedikit terjamin. Lain² faedah tu, korang fikir sendiri la ye. Penat dah promote benda alah ni tapi tak ada pun orang yang taja.

Jadi, selamat membeli dan mencuba. Tak mahal, paling murah pun sekitar RM9-RM20 ringgit je, dan boleh didapati di semua pasaraya terpilih termasuk kat kedai² hardware. Kedai software tak ada ye, hardware je. Online pun ada juga kalau malas nak keluar rumah.

Beli, jangan tak beli. Moto kita pada minggu ni,

Pengguna Bijak, Pengguna Hebat. Sekian pesanan khidmat komuniti hari ini. haha.

Artikel berkaitan:
Aksesori kereta yang meningkatkan gaya kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *