Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pilihan Antara Perodua Viva, Saga FL, MyVi

Baru-baru ini ada pelawat PM dan bertanyakan pendapat sebelum membuat keputusan membeli kereta. Model yang mahu dipertimbangkan adalah antara Viva, Saga FL dan MyVi. Eratuku ada beri sedikit respond pada beberapa soalan yang diajukan, tapi kerana batasan ruang yang terhad maka timbul idea untuk menulis entri ni.

c kopak

Diantara soalannya adalah kereta model mana satu yang lebih jimat minyak? Kalau dilihat pada kapasiti enjin Viva 1.0, MyVi 1.3 dan Saga FL 1.3 sudah tentulah kapasiti yang lebih rendah menggunakan minyak yang kurang. Apalagi saiz kereta yang lebih kecil kurang membeban enjin untuk bekerja.

Kalau dilihat pada perkembangan terbaru, Saga FL baru melancarkan option terbaru iaitu Saga FL 1.6. Manakala MyVi baru yang bakal dilancarkan dalam masa seminggu ini. MyVi baru dijangka mengekalkan struktur asas kereta manakala membuat perubahan kosmetik luaran dan dalaman. Selepas ini ulasan MyVi akan digunakan MyVi baru.

Dari segi ruang kabin, MyVi baru adalah lebih luas berbanding Viva dan Saga. Kelebihan ini diperolehi dengan bumbung yang lebih tinggi.

Dari segi pemanduan Saga FL adalah lebih mantap terutama ketika mengambil selekoh, terima kasih pada tuning chasis dan suspensi oleh anak syarikat Proton, Lotus.

Khidmat lepas jualan pula, kedua-dua jenama ini, baik Proton mahupun Perodua memiliki rangkaian pusat servis yang melata. Malahan pusat servis persendirian juga mampu melaksanakan servis yang baik bagi jenama ini. Kos alat ganti pula pelbagai. Selain daripada alat ganti tulen terdapat jenama kedua, OEM, after market dan terpakai. Jadi pilihan ditangan pengguna untuk buat keputusan.

perodua myvi

perodua myvi

Perbandingan harga pula, jika dilihat pada spesifikasi tertinggi, Viva Elite EZi 1.0 (RM44,900), MyVi SE ZHS 1.3 (RM53,800), Saga FL 1.6 (RM46,549). Jika dinilai pada harga jualan dan spesifikasi kereta Saga FL 1.6 memberikan nilai yang lebih baik mpada wang anda.

Sekiranya anda melakukan banyak perjalanan jauh, dua model ini, Saga FL dan MyVi baru adalah pertimbagan yang wajar. Saga FL 1.6 mungkin pilihan yang lebih baik untuk anda yang suka melihat tiang lampu bergerak lebih pantas …….. icon biggrin Pilihan Viva, Saga FL, MyVi

Sebaiknya sebelum sebarang keputusan diambil timbanglah setiap faktor agar tiada sesalan dikemudian hari. Anda yang suka mencelah ditengah bandar, Viva mungkin pilihan yang sesuai. Bagi yang suka kepada trend baru dan lapang kepala semasa memandu, MyVi baru mungkin pilihan anda. Manakala yang suka kepada deruan adrenalin, Saga FL 1.6 mungkin untuk anda. Tepuk poket tengok ringgit…

Leave a Reply