Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Perkara Pelik Antara Suami Isteri

Salam!

Aku dah teruja! Tak sabar nak datang ke Majlis Sepetang Bersama Blogger yang diadakan esok! Peluang jangan di sia-siakan, siapa yang dijemput tapi tak dapat pergi rugilah. Rasanya ini perjumpaan yang terbesar untuk blogger bagi tahun ini. Pasti catat sejarah.

suami isteri

suami isteri

Kita tinggalkan pasal keterujaan majlis tu.Ada nak kongsi pandangan hujung minggu nih. Apa yang nak ditulis adalah persoalan yang tak mampu nak dirungkaikan, bukan untuk memalukan mana-mana pihak, tapi ada semacam perkara yang sering buat saya tertanya-tanya.

Kisah 1

Suami isteri berkerja, masing-masing dapat income yang agak lumayan. Anak yang comel-comel, rumah teres semi D di pinggir Kuala Lumpur, ada kereta dua buah, kereta pun bukan dari jenama tempatan, kereta import yang berharga ratusan ribu. Kalau saya seperti mereka tentu saya sangat bersyukur dan bahagia bersama isteri dah anak-anak.

Isteri sering mengadu suami tidak semesra dulu, mungkin si isteri beranggapan kerja dia yang memang kena travel jauh(Luar Negara) membuatkan suami berkecil hati dan terasa diabaikan. Bila si isteri ajukan soalan supaya dia berhenti sahaja dari kerja sekarang, si suami tidak bersetuju, malah marah-marah. Bila si isteri bertanya adakah si suami mahu bernikah lagi, jawab suami tidak. Tapi si suami sering marah, kadang –kadang sampai naik tangan. Si isteri jadi buntu dengan sikap suami, bila si isteri bertanya katanya tiada apa-apa masalah. Pening! Apa yang suami nak sebenarnya? X factor!

Kisah 2

Si suami mempunyai income lebih kurang 10 ribu sebulan apabila membuka perniagaan sendiri. Kalau dulu hanya dalam lingkungan 3 ribu, tapi Alhamdulillah sejak berniaga sendiri rezeki mereka murah. Tapi si isteri dari dulu tidak pernah bersyukur, ada sahaja yang tak kena dihati, lambat ambil dari kerja pun tarik muka dengan suami, kalau suami lambat balik ada klien pun isteri marah-marah. Hendak renovate rumah suami buatkan, nak dapur berkabinet si suami buatkan, nak beli handbag berharga hampir 1 ribu pun si suami tunaikan. Duit makan sehari RM50 suami berikan walaupun si ister bekerja dan si isteri gaji pun boleh tahan tapi tak sebanyak si suami.

Si suami amat rajin bekerja dan tidak pernah abaikan si isteri dan juga family. Si suami tidak berperangai seperti kaki perempuan, minum arak, tidak merokok malah cukup sayang kan keluarga. Pendek kata si suami lebih utamakan keluar dari diri sendiri. Si isteri boros dalam berbelanja, hamper tiap-tiap hari shopping apa sahaja yang dia mahu. Bagi si isteri kalau tak bershopping dalam sehari, ibaratkan ada yang tak lengkap dalam perjalanan hidup dia pada hari tu. Jadi kerjanya masa time rehat waktu pejabat dihabiskan dengan bershoping sahaja. Walau bagaimana baik sekali pun si suami isteri tetap suka marah-marah semacam ada yang tak kena pada si suami! Jadi apa yang si isteri nak sebenarnya? X factor!….

Rasanya cukup 2 jer…actually banyak lagi perangai pelik-pelik suami dan isteri!

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh