Web Analytics
Kundasang

Percutian ke Kundasang

Bulan lepas aku sekeluarga telah pergi bercuti ke Kundasang, satu kawasan tanah tinggi di area berhampiran dengan Ranau. Aku pergi berkonvoi 5 buah kereta bercuti bersama anak-anak dan isteri. Memang best kat Kundasang ni.

Orang-orang di tempat ini pun ramah-ramah dan tak lokek dengan senyuman. Ini merupakan pertama kali bagi aku kunjungi ke Kundasang walaupun aku sudah bekerja di Sabah hampir 4 tahun.

Kawan-kawan pun banyak hairan macam mana aku yang tinggal di Kota Kinabalu ni sudah beberapa tahun baru ini pertama kali saja aku pergi ke Kundasang. Walaupun ini sesuatu yang pelik tapi memang kisah yang benar.

Kundasang
Kundasang

Sebab Tidak Datang Ke Sini

Puncanya sebenar adalah aku tidak berapa yakin yang kereta aku ni boleh naik sampai ke atas Kundasang tu. Maklumlah aku cuma pakai Myvi 1.3 auto, memang tak sesuai di kawasan tinggi ni.

Sebab tu juga lah semua kereta kawan-kawan escort aku di depan dan belakang. Maklumlah, pertama kali aku pakai kereta untuk naik sudah sampai kereta pun terkentot-kentot nak naik. Sehinggala satu ketika speed maximum aku tinggal 30 km/j aje…(huish nasib la lepas).

Musim Hujan Amat Sejuk Sekali

Kebetulan yang bestnya sempena aku sampai di Kundasang ialah musim hujan. 2 hari aku di sana memang asyik hujan sahaja. Cuaca yang amat sejuk ini sampai aku hembus nafas pun boleh keluar asap. Pengalaman sepeprti ini memang buat kali pertama yang aku alami dalam sejarah hidup aku.

Aku pernah 2-3 kali naik ke Cameron Highland, tapi tidak rasa sesejuk seperti di Kundasang ni. Kat Kundasang nak mandi pun tak boleh tahan. Bayi aku yang belum sampai satuvtahun tu pun kene basuh berak die pakai air panas..air panas pun 5 init aje panasnya.

Kundasang Ranau
Kundasang Ranau

Boleh Shopping di Sini

Kalau ingin pergi shopping, di Kundasang pun ada tempat shopping yang boleh anda pergi. Tapi pasaraya itu bukan shopping kompleks yang besar-besar seperti yang biasa temui di bandar-bandar Kuala Lumpur. Shopping di sini cuma kat deretan kedai tepi-tepi jalan yang jual sayur murah-murah.

Harga yang dijual di sini memang murah tahap gaban, banyak berbaloi untuk beli apa saja di sini. Kemudian beberapa tanaman yang aku tak pernah nampak dan rasa, contohnya buah mentega dan ubi warna merah. Ubi warna merah tu memang sedap dan manis bila direbus dan dimakan dalam keadaan yang masih panas.

Kolam Air Panas

Selain daripada pergi shopping,  kami juga ada pergi ke poring, kolam air panas. Ramai orang semenanjung yang bercuti masa tu. Kalau nak mandi air terjun pun boleh tapi kena naik ke tempat yang lebih tinggi dan airnya memang sangat-sangat sejuk sampai ramai orang pun tak lalu nak mandi air terjun tu. Ada juga orang yang kena demam yang disebabkan lepas duduk mandi kat air terjun, mereka terus turun mandi pula di dalam kolam air panas. Selepas balik saja terus demam.

Kemudian kami pergi ke tempat kenangan tawanan perang kawad kaki Sandakan-Ranau semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi kuburnya di Sandakan cuma merupakan tugu peringatannya di Ranau.

Terdapat seramai 2461 orang tawanan perang Australia dan British terbunuh dalam tragedi itu. Menariknya di dalam kubu tu, terdapat landskap pelbagai budaya telah dibina. Yang paling menarik adalah British garden dan Australian Garden.

Kundasang Sabah
Kundasang Sabah

Pengalaman bercuti di Kundasang memang menyoronokkan. Kalau korang ada masa boleh la luangkan masa bersama-sama keluarga bercuti di Kundasang. Kemudian pergi makan di Ranau. Cuma korang kena berhati-hati semasa menurun dari Kundasang ni.

Keadaanya lebih kurang macam di Cameron Highland dan Genting Highland. Hujung tahun hari tu telah berlaku satu kemalangan yang meragut banyak nyawa melibatkan bas yang dinaiki oleh pelancong dari Brunei.

Gila Beli Sayur

Nanti bila dah sampai di atas mesti anda semua akan gila nak beli sayur. Kalau anda ingin singgah di atas untuk masa yang lama sikit, boleh la bawa portable kitchen bersama.

Bila sampai atas, boleh anda belil sayur-sayuran, cendawan, ubi merah, dan lain-lain macam sayuran. Bila sampai malam boleh anda buat masakan stim untuk semua orang makan.

Huish best makan sayur segar ni. Penjual sayur kat situ jual sayur sampai pukul 11 malam. Jadi memang aku pun hairan jugalah sebab tak pernah lagi aku jumpa di semenanjung sampai malam-malam jual sayur.

Setakat ni sahajalah cerita aku dan Kundasang. Insyaallah kalau ada masa kelapangan aku akan pergi sekali lagi. Sebelum ni aku memang tak ada keinginan pun nak pergi ke Kundasang. Tapi sekali dah pergi terus jatuh cinta..Tak orang tua-tua kata..tak kenal maka tak cinta.

Artikel berkaitan:

1 thought on “Percutian ke Kundasang”

Leave a Comment