Percutian di Tasik Kenyir di Terengganu

Selari dengan tahun melawat Terengganu, jadi saya berkesempatan untuk berkunjung ke Tasik Kenyir pada hari raya lepas. Sebenarnya cerita ni sudah lama cuma hari ini baru berkesempatan berkongsi sedikit tentang percutian ni.

Tasik Kenyir ni terletak di kawasan barat daerah Hulu Terengganu, kalau dari bandar Terengganu lebih kurang dalam 55km dengan mengambil pengangkutan kereta. Tasik ini terbentuk dari kira-kira 340 buah pulau. Seperti yang semua maklum Tasik Kenyir adalah tasik buatan yang luasnya dalam 260,000 hektar.

Tasik Kenyir di Terengganu
Tasik Kenyir di Terengganu

Jika anda berada di sana, anda pasti akan terpegun dengan keindahan flora dan fauna di tempat ini. Pelbagai kemajuan telah dilaksanakan di sana tanpa mencacatkan keindahan tersebut. Terlalu banyak yang boleh kita terokai di sana dan antaranya termasuk air terjun, gua, taman herba, gunung, jeram, taman rama-rama dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai spesis ikan air tawar yang ada dan ini pasti menarik minat pemancing untuk berkunjung ke sana. Saban tahun aktiviti pertandingan memancing pasti akan menyerikan kawasan Tasik Kenyir.

Tasik Kenyir Hutan Hujan
Tasik Kenyir Hutan Hujan

OK lar, berbalik kepada cerita percutian saya. Saya pergi bercuti ke Tasik Kenyir bersama dengan 4 ahli keluarga saya. jadi semuanya 5 orang lah. Sebenarnya percutian ni langsung tak dirancang pun. Pagi tu mak bagi tau nak pergi Tasik Knyir sebab nak bawak atok pergi berjalan-jalan. Lepas tu saya cakap nak ikut, jadi dalam pukul 11 kami sudah bertolak bersama-sama.

Kalau tak silap pukul 2 kami sudah sampai di tempat percutian ini. Kami terus pergi ke kaunter untuk dapatkan pakej sewa bot. Selepas buat pertanyaan, baru saya tahu terdapat banyak juga pakej yang disediakan dan memandangkan saya tak nak bermalam jadi saya ambil pakej yang ke air terjun saok tu. Saya sewa 1 bot dan harganya RM150 tapi kan saya sarankan kalau nak datang ke sini elok lah datang berkumpulan sebabnya bot tu boleh naik 8 orang jadi 150/8 tak lar mahal sangat kan. Tapi kalau datang 10 orang boleh je muat bot tu. Lepas dah buat pembayaran terus turun ke jeti tunggu giliran untuk pergi ke air terjun.

Kalau nak datang bercuti bersama keluarga dan ingin bermalam saya cadangkan supaya sewa rumah bot. Bak kata orang yang dekat kaunter pengkalan Gawi tu kita boleh pilih nak tidur di air terjun mana dan bangun di air terjun mana. Semua tempat kita boleh kunjungi. Kalau rumah bot ni kita boleh memasak, mandi, tidur, menonton TV dan BBQ.
Contoh rumah bot macam kat gambar itu.

rumah bot
rumah bot

Saya tunggu dalam 10 minit dan lepas tu bot yang saya sewa tu tiba kat jeti. Ini adalah kali pertama saya naik bot. Risau sangat saya dan takut nanti pening jatuh dalam tasik. Tapi tak pening pun mungkin sebab ni hanya air tasik dan tak berombak-ombak.

bot tk
bot tk

Apbila sampai kat air terjun saok tu kami terus makan bekalan yang kami bawa. Memandangkan masa tu adalah raya haji jadi menu adalah daging goreng. Menu lain adalah nasi putih, ikan kukus, petai dan kuih muih. Memang berselera makan ikan kukus kalau kat kawasan air terjun ni tambah pulak kalau ada budu. Tapi kan, budu pulak tertinggal kat kereta. Dah lar sebelum tu budu tertinggal kat rumah pastu beli budu dalam perjalanan, bila dah beli boleh pulak tertinggal kat kereta. Lepas makan tu mak ajak ke tandas. Adoii menapak juga lar ke tandas yang berada kat atas. Dah lah tinggi naik tangga ketor kaki.

permandangan dari tandas
permandangan dari tandas

Lepas dah pergi tandas tu terus ambik short cut turun belah ni sebab malas nak menapak kat tangga yang agak tinggi tu. Jadi lepas turun terus terjun kat air. Saya cuma mandi kat bawah je sebab atok tak larat nak naik atas. Kat sini pun dah best tau..kat sebelah kiri tu ada air terjun tapi terlupa nak ambil gambar sebab dah syok mandi. Dinasihatkan supaya pakai jaket keselamatan walaupun anda seorang dewasa.

tebing tasik
tebing tasik

Bila dah nak balik tu saya sempat jugak mandi air tasik. Kalau nak tau air tasik ni rasa cam suam-suam sedikit amat terasa segar bila dah sejuk-sejuk mandi air terjun terus berendam dalam air tasik. Serious tak tipu memang cantik lar permandangan air tasik dan persekitarannya.

Dalam pukul 5 kami bertolak pulang ke kemaman. Memang best, lepas ni merancang nak pergi satu keluarga besar sewa rumah bot. Mesti lagi seronok kan bercuti bersama keluarga.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *