Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Penggunaan Hook and Loop Tape Semakin Meluas

Hook & Loop tape ataupun pelekat Hook & Loop tape dihasilkan pada tahun 1948 oleh George De Mestral – seorang jurutera elektrik Switzerland. Semenjak itu, Hook & Loop tape boleh didapati dan pada masa sekarang kepelbagaian ukuran panjang boleh didapati. Name Hook & Loop tape diambil daripada nama kilang pertama yang menghasilkan serta memasarkan pita pelekat tersebut.

velcro tape 4 inches

Ciri-ciri Hook & Loop Tape

Ia boleh digunakan dalam bidang yang luas. Contohnya, anda boleh gunakan pelekat Hook & Loop untuk mengetatkan kasut anda (tidak perlukan tali untuk ikat kasut). Tape ini juga amat kukuh dan ini membolehkannya mampu menyokong berat yang tertentu.

Ia diperbuat daripada bahan ringan dan senang digunakan. Boleh dipasang pada kasut, wayar, pakaian dan sebagainya.

Polyester dan nylon merupakan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Hook & Loop tape. Ini menjadikan ianya sangat tahan lama dan boleh dicuci dengan mudah.

velcro tape 1 inche

 Kelebihan Hook & Loop Tape

Ramai isi rumah menggunakannya sebagai pengikat di permaidani, langsir atau tirai tingkap. Bagi yang mempunyai komputer, printer, scanner, keyboard di rumah atau pejabat pastinya terdapat banyak wayar. Untuk mengemaskan kesemua wayar supaya tidak berselerak, pita pelekat Hook & Loop amat sesuai.

Bagi golongan orang kurang upaya (OKU), tape ini banyak digunakan di pakaian mereka agar senang untuk mereka pakai.

Jika anda tidak ingin menggerudi lubang di dinding rumah tetapi masih ingin menggantung gambar ataupun objek kecil, Hook & Loop tape merupakan pilihan terbaik. Anda hanya perlu lekatkan pelekat Hook & Loop di dinding dan terus boleh gantung gambar atau objek. Ramai suka melekat pita ini di dinding untuk gantung papan tanda kecil, nota, keychain dan lain-lain lagi.

Video klip dibawah menunjukkan cara penggunaan pelekat hook & loop tape.

Saiz Dan Kuantiti Hook & Loop Tape

Saiz & PACKING
Warna
Gulung/Kotak
25 mm x 25m Black / White / Brown / Red / Light Orange / Violet / PurpleLight Yellow / Light Green / Forest Green / Blue 40
50 mm x 25 m 20
100 mm x 25 m 10
150 mm x 25 m 6

Artikel berkaitan:
Pita Penanda Lantai (Floor Marking Tape)

Leave a Reply