Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pengalaman Solat di Luar Negara

Aceh. tajuk tak boleh bla. Sebenarnya aku suka buat tajuk entry seperti tajuk karangan UPSR sebabnya kata pakar blogger, tajuk seperti ini baik untuk SEO.

Apa itu SEO?

Apa yang aku faham sejak bergelumang dengan blog hampir 2 tahun setengah, basically SEO ni seperti keupayaan sesuatu blog untuk muncul first page di carian google bila ada orang taip atau mencari sesuatu. Jadi, keyword sangat memainkan peranan penting dalam penulisan blog. Ini adalah salah satu sebab sahaja, banyak lagi perkara yang perlu buat untuk master dalam SEO ni.

Contohnya, mempunyai domain sendiri, penulisan hendaklah menggunakan bahasa melayu baku, dan etc. Aku sebenarnya nak huraikan satu per satu apa yang aku maksudkan ni, tapi apakan daya masa tidak mengizinkan.

Ok. aku kira pendahuluan yang mantap. Jadi, aku nak direct to the point. Tarik nafas. Pun kena bagitahu ke? Sekarang seperti biasa, aku berada bukan di dalam rumah. Sebab mood aku untuk study atau mentelah bahan-bahan ilmiah hanya akan di activated hanya bila aku keluar dari rumah.

Tak kisahlah berada kat fakulti ke,  library ke, Education Centre (EC) Fakultni Nemocnice(bahasa melayu adalah hospital) atau even pergi mana-mana tempat asalkan bukan dalam rumah. Kalau kat luar rumah, aku kira muka surat mampu lagi dibelek walaupun ianya hanya 1-2 muka surat dalam masa seharian suntuk. Kalau kat rumah, hanya tuhan je tahu bertapa malasnya hambaMu ini.

perpustakaan

salah sebuah library awam di Hradec Kralove, Czech Republic.

Jadi, bila mana aku berada di luar rumah. Sudah tentu tempat untuk solat tu menjadi kekangan terbesar kepada aku. Tambah-tambah Czech Republic ni bukan negara Islam, jadi sudah tentu lah tempat ibadat mereka langsung tak sediakan.

Tapi kan, Alhamdulilah. Kat fakulti aku, kiteorang(bukan aku, tapi upper year seniors) minta satu bilik ibadat. Maksudnya untuk semua agama. Tapi, aku rasa bilik tu macam untuk satu agama je sebab setakat ni tak ada lagi aku tengok orang sembahyang guna colok dalam tu.

Kalau nak dibandingkan dengan fakulti perubatan kat olomouc tu, kawan aku kata lecturer dieorang siap bagi warning dalam lecture, lecturer tu kata negara ni negara sekular jadi you are not supposed to follow your religion. Lebih kurang macam tu la. Kan kita tahu yang sekular tu macam pemisahan kehidupan dunia dengan akhirat. Cewah. Power tak aku? lol.

summer czech

Summer is coming. bukan image ehsan dari Google mahupun Tumblr ok!

Bagi aku. Sekarang ni setelah nak masuk bulan ke-9 berada di bumi orang ni, aku rasa aku sudah dapat adapt sikit-sikit dengan persekitaran. Kalau kat Malaysia, nak solat tidak pernah menjadi masalah. Jalan 2-3 langkah jumpa masjid jumpa surau. Ok. Part ni aku tipu. Tapi kan, kawan aku cerita kat Turki memang macam tu. Masjid dekat-dekat. Kalau dia tipu aku, aku tipu korang. LOL. Boleh bayangkan tak aku sembahyang celah-celah rak buku, dalam bilik study yang kosong, sembahyang depan aweks Czech LOL. Part ni aku nak highlight.

Pengalaman 1
Ada satu hari yang sepi ni. Aku study kat knihovna(dalam bahasa melayu is perpustakaan). Aku suka study kat hujung sebab nanti nak solat senang, terlindung dari orang ramai. Tak tahu kenapa ada satu hari ni, seorang warganegara Czech, pelajar mungkin, ada kat situ. Dalam hati, aduhai. Macam mana ni. sebabnya kat situ je tempat strategik aku rasa nak solat. Lantak lah. Aku pun solat dengan gembiranya disaksikan oleh orang Czech tu. Rasa macam. >.<

Pengalaman 2
Hari ni, aku solat kat celah-celah rak buku. Sebab tempat aku selalu solat tu, ramai orang tidak terbilang. Jadi aku pun solat lah. Atas lantai yang diyakini bersih. Depan aku rak buku majalah perempuan. Aku harap korang agak-agak sendiri lah gambar ape. Aduhai. Lucu.

Pengalaman 3
Yang ni masa aku study kat medical library. Boleh kata, kalau solat kat sini agak selesa jugalah sebab ada banyak bilik study kosong yang tidak ada orang. Ada satu masa ni, sedang aku tengah solat, tiba-tiba ada orang masuk, dia terkejut macam nampak hantu. Dia pun keluar cepat-cepat, lepas tu selang 5 saat, dia masuk balik untuk confirmkan aku ni bukan jin mahupun hantu. Dalam hati, kau kenapa? Ok. Agak tidak khusyuk di situ.

Kalau ikutkan banyak lagi pengalaman, tapi since aku rasa bunyi jejari yang menaip keyboard ini sahaja yang bergema di udara, better aku stop. Tak pasal-pasal kena marah dengan orang Czech sebab buat bising. website perpustakaan dia. Macam tu lah tulisan Czech.

Artikel berkaitan:
Melancong ke Berlin di Germany

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh