Web Analytics
Pengalaman Online Shopping di Zalora Malaysia

Pengalaman Online Shopping di Zalora Malaysia

Untuk pengetahuan semua, aku adalah salah seorang pembeli barang secara online yang sangat tegar. mwehehe. Antara website yang menjadi kegemaran aku untuk ber online shopping adalah Ebay dan Zalora. Kalau aku berada di luar Malaysia aku suka Ebay, kalau aku berada di Malaysia aku suka Zalora.

Pada pendapat aku, online shopping ni sangat best sebab aku boleh jimat masa, tak perlu bersusah payah nak pergi berebut dengan orang walhal aku boleh dapat benda yang sama dengan online shopping, dapat menjimatkan tenaga, senang nak cari pilihan kesukaan hati dan kadang-kadang lebih murah wooo.

Jadi hari ini aku nak bercakap tentang Zalora. Apa yang aku cakap ni berdasarkan apa yang aku tahu selama aku berurusan dengan Zalora sejak 2 tahun lepas. Mula-mula, aku pun agak curiga nak buat urusan jual beli melalui internet ni sebab ramai yang kena tipu tapi bila aku nampak iklan Zalora keluar di kaca TV, why not aku cuba kan. Dan ternyata Zalora ni bukan SCAM atau bahasa senangnya dia tidak tipu orang. Kat bawah ni, aku buat macam conversations the basic things yang bermain-main di fikiran korang. Mungkin. Aku rasa.

SIAPA ZALORA?

Zalora ni syarikat yang jual pakaian lelaki, pakaian perempuan, accessories dan macam-macam lagi. Kat dunia ni, dia ada beberapa cawangan lain contohnya Zalora Indonesia, Zalora Singapore, Zalora Filipina dan sebagainya.

Mereka hanya membuat urusan secara online dan tidak mempunyai outlet fizikal di Malaysia. Maksudnya kalau nak beli baju, korang hanya pergi ke official website Zalora dan pilih barang yang berkenan di hati dan buat bayaran.

KENAPA ZALORA?

Kenapa mesti dia, kenapa bukan A’s boutique atau B’s collections contohnya. Sebab berdasarkan harga yang mereka letak, aku rasa hampir sama je kalau kau pergi jenjalan kat shopping malls bahkan harganya akan lebih murah sebab dieorang tak perlu pon nak bayar sewa tapak atau bayar kos elektrik dan pengurusan sebab semuanya secara online. Melainkan kalau korang love window shopping, tu lain lah. Bagi orang macam aku, aku sangat tak suka window shopping. Kalau pergi pun, hanya untuk temankan orang sahaja.

KAU DUK GEBANG PASAL ZALORA NI, KAU ADA PENGALAMAN KE?

Adaaa. Banyak sangat. Total duit yang aku habiskan sejak aku mula jatuh cinta dengan dia nak dekat RM1,000. Bijak kan dia kikis duit aku. Dan hari ni aku baru je beli baju melayu raya lelaki cekak musang 1 dengan harga MYR 132.15 untuk di pakai di pagi lebaran hari raya nanti bersama keluarga terchenta. Walaupun baru 2 ramadan hari ini, kita kena bersiap sedia dari awal. Ok. Agak LOL disitu. akhirnya, aku berjaya mengalahkan kakak aku yang lain. Biasanya, baju raya aku dibeli pada 25 ramadan dan ke atas. 😛 Kat bawah ni gambar baju yang berjaya aku rembat 1 pasang.

baju melayu biru
woot woot. aku pilih kaler baju melayu biru

Tema raya kami tahun ni kaler biru. Kaler biru di atas dipanggil aqua blue. Kenapa biru? Tak pasti sebab aku hanya ikut tema perkahwinan kakak aku. Tema mereka pilih ialah Blue and Pink. Pink untuk pompuan dan Blue untuk lelaki. InsyaAllah perkahwinan ini akan dilangsungkan pada 12 August di belah perempuan dan 14 August di belah laki-laki.

baju melayu belakang
baju melayu belakang

Aku suka kain cotton sebab tak panas. Sesuai lah dengan suhu di Malaysia. Selain tu, kain macam ni dia cepat serap air peluh dan bagi aku kain macam ni tak perlu digosok, bagi aku la. cuma kaler dia je yang akan sedikit pudar bila terlalu kerap berada di bawah matahari. Jadi, jangan beraya di bawah matahari ye.

baju melayu kain cotton
baju melayu kain cotton

MACAM MANA NAK BAYAR?

Lepas pilih benda yang korang berkenan, korang pun proceed la dengan check out. Korang boleh bayar melalui banyak cara.

1. Online Banking seperti CIMB Clicks atau Maybank2u ke dan lain-lain.
2. Cash On Delivery (COD) tapi cara ni sesetengah area je ada disediakan. sila check kat website dia k.
3. Credit Card
4. Debit Card yang tertera tertulis MasterCard atau Visa.
5. Paypal pun boleh.

BILA DAPAT?

Lepas sudah bayar dan duit dah ditolak dari bank account, korang akan dapat dalam masa 3-4 hari waktu bekerja.

KALAU TAK PUAS HATI MACAM MANA?

Korang boleh kembalikan semula barang tu ke Zalora dalam masa 30 hari selepas korang dapat barang tu dan dieorang akan kasi balik duit korang. Tapi pastikan korang jangan rosakkan barang tu.

FREE DELIVERY KE?

Yes dengan pembelian RM75 ke atas, tapi kalau kurang daripada tu korang akan dicas RM5 sebagai kos penghantaran.

NAK NASIHAT SIKIT BOLEH?

Boleh. Takda masalah. aku nak nasihat bila korang berbelanja, bersederhanalah dan beli benda yang korang memang perlu. Macam aku, aku just beli baju raya tu je lepas tu terus tutup window sebab takut terbeli benda lain tambah-tambah sekarang dah pokai. Haha. Kalau ikut nafsu mati tau. Ingat tu. Oh ya, masa nak beli jangan lupa masukkan no coupon ZBAP19T untuk dapatkan 15% diskaun ke atas barang yang dibeli. Nanti masa nak check out, boleh redeem number coupon tu.

Credit gambar kepada zalora.com.my

Artikel berkaitan:
Cara memilih bra yang betul

Leave a Comment