Alhamdulillah. Segala penat dan sakit urat berjalan di Singapura dah hilang. Sekarang pula masa untuk berkongsi pengalaman bercuti saya di sana di dalam blog ini.
Saya pergi ke Singapura dengan seorang kawan. Alang-alang dia masih cuti dan sebelum dia pulang ke Jordan balik, saya ajak dia pergi Singapura.
Kenapa saya pilih singapura? Kenapa bukan Indonesia ke atau Thailand ke. hehe. Sebab saya tengok harga tiket Airasia murah ke Singapura masa tu.
Pergi dan balik dapat RM193 seorang. Murah tak? Saya rasa murah sebab kami naik dari airport di Kelantan bukan di Kuala Lumpur. Lagipun saya beli tiket 10 hari sebelum tarikh berlepas ke sana.
Kami buat ala-ala backpackers. Bawa beg galas sebiji, baju 2-3 helai dan setel! lagipun kami pergi cuma 4 hari 3 malam sahaja.
Disebabkan ambil gambar sayap kapal terbang di awan terlampau mainstream, jadi saya ambil gambar sebelum berlepas.
Saya berlepas dari Airport Sultan Ismail Petra pada pukul 11.40 pagi dan di jangka sampai di Changi Airport Singapura pada pukul 1 petang. Tapi hakikatnya kami sampai awal dalam pukul 12.40 tengahari macam tu. Dalam 1 jam je sebenarnya.
Di Changi Airport ni ada 3 terminal utama. Details tentang terminal itu boleh rujuk pada gambar di atas ini. Airasia tak termasuk dalam senarai. jadi ianya berada di terminal 1. Kenapa yer agaknya?
Alhamdulillah. percutian ke Singapura kali ini saya kira sebagai ‘reward’ diri selepas ‘penat’ saya berbisnes online selama setahun.
Ye. Dah genap setahun saya berbisnes online. InsyaAllah tahun ke-2 nanti saya akan buat yang lebih baik.
Jika total sales saya bagi cycle 2013/2014 adalah RM69K+, saya nekad bagi cycle 2014/2015 pula, saya nak sales saya 2 kali ganda iaitu RM140K+.
Lepas kami check in hostel dan letak barang kat katil masing-masing, kami keluar ke marina bay kejap untuk menikmati pemandangan di waktu senja.
Harga hostel yang kami tinggal tu 56 dollar untuk 4 hari 3 malam bagi satu orang. kalau dalam RM kena darab 2.5, jadi lebih kurang dalam RM140
Satu petang kami ambil masa untuk keliling benda ni. Sampai malam duduk ambil gambar ‘bot’ tu. Dalam handphone ada banyak tapi saya pilih yang menarik sahaja.
Kalau tengok 2 gambar di atas nampak tak perubahan masa dan waktu di situ. Dari petang sampai malam jalan-jalan kat area sini je.
Cantik sangat pemandangan kat sini waktu malam. Rasa macam urban sangat sebab dikelilingi oleh cahaya lampu dari bangunan-bangunan tinggi
Tak percaya?
Sebab kat Singapura ni sangat padat. Macam tak cukup tanah pun ada. Bangunan tinggi-tinggi dan jarak dekat-dekat antara satu sama lain.
Kalau datang malam memang meriah la tengok suasana kat sini.
Dulu kalau sebut Singapura, mesti iklan kat TV tunjuk gambar singa pancut air kat mulut ni. Ingatkan besar sangat rupa-rupanya kecil je saiz dia.
Macam tak percaya yang saya boleh jejak kaki ke sini sebab dulu tengok gambar-gambar semua ni dalam TV dan internet saja. Lepas tu fikir bestnya kalau dapat jalan kat sana. Bestnya mereka yang bercuti kat sana.
Alhamdulillah. Kali ini saya sendiri yang rasai perasaan itu. syukur sangat sebab Allah bagi rezeki untuk saya datang ke sini.
Destinasi seterusnya yang saya teringin nak pergi selain Mekah adalah Indonesia! jom visualized sama-sama dalam minda kita sebab what we visualized will materialized.
Maksudnya apa yang kita bayangkan dalam fikiran insyaAllah satu hari nanti akan menjadi realiti. Tambah lagi jika niat kita betul, Allah akan lorongkan jalan dan permudahkan jalan kita untuk kita capai hasrat itu.
Selepas habis pusing satu marina bay, kami masuk semula ke pintu ini untuk balik ke hostel. Ini pintu masuk jalan ke MRT tau, bukan pintu hostel. MRT tu macam LRT kita tapi dia bawah tanah. macam kat czech republic. LRT dia macam ni jugak. Bawah tanah.
Sejujurnya saya cakap, kena jalan banyak sikit la sebab agak jauh juga perjalanan. hehe.
Masuk je pintu tadi terus nampak view macam ni. waaaaa. moden nyer. Ni kat bangunan bawah ‘bot’ rasanya. Memang nampak mewah.
Maka habislah hari pertama di Singapura.
HARI KEDUA
Hari kedua ni memang seharian habis di USS (universal studio singapura)
Memang disarankan untuk habiskan 1 hari di sini sebab boleh main banyak kali. uss buka pukul 10 pagi tak silap dan tutup pukul 7 malam.
Ada 1 surau kat dalam uss ni. terletak di tepi bahagian Egypt tu. Restoran pun ada dalam ni. mesin ATM pun ada dalam ni.
Harga tiket kami dapat untuk 1 day pass adalah RM143 sahaja. Murah kan? Nak tahu saya dapat dengan siapa? hihihi. sila komen ‘nak tahu’
Disebabkan datang awal sangat, pintu masuk belum dibuka. Jadi kami berlegar-legar kat luar dulu. Jalan-jalan di sekitar ambil gambar. Cuaca panas terik masa ni.
Saya snap gambar kedai coklat ni sebab nampak macam comel. Pokok coklat. Saya tak suka makan coklat dan tak berminat pun nak masuk. Minat tengok dekorasi dia je.
Dalam Universal Studio ni ada 6 tema. Madagascar, New York, Far Far Away, Sci-fi City(Transformer), Hollywood dan Ancient Egypt.
Orang kata uss ni sama juga tema dengan Universal Studio California. Tapi jika dibandingkan dengan Disneyland, universal studio ni tak luas sangat macam Disneyland. Tak lenguh sangat la kalau berjalan.
Sebaik sahaja pintu dibuka semua orang berlari masuk. Berkejar-kejaran pun ada. Saya pun terikut-ikut berlari-lari anak sama-sama mereka. dalam hati ‘kenapa aku lari?’ mhuahaha.
Saya pergi ke sci-fi dulu mula-mula. Kat sini kita akan diberi spec 3D lepas tu naik kereta dan di ‘bawa’ mengembara ke alam transformer.
Boleh cakap kat sini yang paling best. Saya naik dua kali. Sebab memang best. Rasa seolah-olah kita tengah lawan dengan transformer jahat. Saya tak follow sangat bab-bab transformer jadi tak boleh nak bagi komen lebih-lebih pasal character dia. hihi.
Lepas tu saya pergi ke Ancient Egypt. Kat sini ada roller coaster dalam gelap. Boleh tahan juga roller coaster dia. Dah la dalam gelap. Semua orang bertepik. Saya cool jer. Tak tipu. Betul. Saya siap naik 2 kali sebab rasa addicted walaupun scary.
Lepas tu saya tengok persembahan secara ‘live’ depan mata. Kalau tak nak kena basah, better duduk tengah-tengah. Kalau duduk depan, confirm basah.
Part ni saya boleh kata yang ke-2 best bagi saya sebab effect dia memang real gila. Api, bom meletup, tembakan pistol, aircraft landing atas air dan etc semua real dan menjadi.
Lepas habis show tu, semua barang musnah akibat letupan yang terjadi. Gigihnya mereka prepare back to normal semula untuk show yang seterusnya. Memang macam tongkang pecah.
Lepas tu saya masuk Far Far Away pula. Kat sini sama macam kat Sci-fi City yang mana kita diberi spec 3D dan kita mengembara dalam alam dieorang. Tapi beza sikit sebab kat sini kami duduk atas kerusi je.
Kerusi tu gerak-gerak sampai sakit kepala saya. hahahaha. Effect dia memang cun tapi part naik kuda, lepas tu kerusi kita duduk tu akan jadi gerak-gerak macam kita tengah tunggang kuda. sakit tengkuk saya di buatnya sampaikan saya angkat kepala sikit. hihihi.
Semua tu adalah pelancong asing. Bukan warga Malaysia. Bukan juga warga Singapura. Ni part New York. ada juga ride dalam ni tapi macam budak-budak sikit. Saya masuk jer untuk habiskan masa 1 hari kat sini.
Saya confused part hollywood dan new york. hihi. Tapi gambar kat atas ni saya rasa masih di New York. Depan library ni dalam pukul 2 petang ada orang buat persembahan.
Masa ni dah nak balik dah. Pijak bendalah ni sikit.
Habis hari kedua saya di Singapura dengan seharian main-main kat sana.
HARI KE-3
Hari ke-3 di singapura saya pilih untuk jalan-jalan di Pulau Sentosa. Hari itu dah pergi ke uss yang juga berada di dalam Pulau Sentosa, tapi tak sempat nak jalan kat attraction lain.
Kali ini kami pilih nak naik cable car. Boleh juga nak pergi dengan kereta sebab ada jambatan yang menghubungkan pulau ini dengan tanah besar Singapura. Nak pergi naik MRT pun boleh. Nak naik feri pun boleh.
Pertama kali saya naik cable car ni. Perasaan excited sangat. Gerun tu ada juga sikit-sikit. Setahu saya kat Malaysia cuma ada kat Langkawi je kan cable car ni?
Harga tiket pergi balik cable car ni 28 dollars singapura untuk seorang. Kalau darab 2.5 dalam RM70 (sila jangan darab nanti kita rasa macam tak jadi nak naik. mhuahaha)
Tapi betul la. Kalau jalan-jalan kat negara yang nilai matawang mereka lebih tinggi dari Malaysia, kita rasa macam membazir sangat. Macam saya travel kat Berlin, Jerman dulu. Beli roti je pun dah nak habis RM100. hihihi.
Dah nak sampai kat Pulau Sentosa dah. Kat pulau ni ada macam-macam permainan. Cuma sediakan duit lebih jer.
Kalau nak try semua, alamatnya koyak la poket kiteorang dan kiteorang kena balik ke kelantan semula dengan mendayung sampan aje lah.
Jadi saya hanya naik luge sahaja. Yang selebihnya kami jalan-jalan cuci mata je. Pulau Sentosa ni besar. Kalau nak jalan seharian pun tak habis. Kami naik kereta pelancong yang percuma tu. Kereta tu bergerak di pesisiran pantai dari hujung ke hujung.
Lagipun saya harus akui yang saya sangat penat dah nak berjalan dan tak larat dah selepas seharian bermain di uss.
Gambar dari atas. rasa macam nak terjun mandi je tapi lupa nak bawa baju lebih. Ramai aweks berjemur kat kawasan ini.
Sedikit tips bagi yang nak datang ke Pulau Sentosa ni. Kalau memang bercadang nak main permainan yang disediakan, kalau boleh pilih pakej yang telah dibuat sekali dengan harga cable car.
Sebab jika harga tiket cable car beli asing dengan permainan, ia tidak akan menjimatkan duit kita. Jadi kena decide awal-awal samada nak jalan-jalan sahaja atau nak main sekali sebab harga pakej include sekali dengan harga tiket pergi balik cable car.
Gambar kat atas tu masa nak balik dah. Bye Pulau Sentosa. Bagi saya nak cuci mata boleh la.
Mesti ada yang tanya bajet berapa nak pergi sana kan. Ermmm. Ok. Saya boleh cadangkan begini. Kalau nak jalan-jalan cuci mata semata-mata, lebih baik pergi 3 hari 2 malam atau maximum 4 hari 3 malam sahaja.
Dan saya cadangkan kalau nak datang Singapura ini, 3 hari 2 malam pun dah ok. Saya pilih 4 hari 3 malam sebab ticket flight murah masa itu sahaja.
Ini pula bajet saya untuk seorang masa pergi Singapura 4 hari 3 malam hari itu setelah di tukar ke matawang Malaysia menggunakan formula darab 2.5 hihi.
- Flight ticket : RM193 pergi dan balik
- Hostel bajet : RM140 seorang/satu katil untuk 4 hari 3 malam
- Ticket USS : RM143 seorang untuk 1 day pass. Saya beli dari agent sebab agent lagi murah compared kalau beli kat website uss sendiri.
- Makan minum : RM200 untuk 4 hari 3 malam. kami makan kat luar 1-2 kali sahaja dalam sehari. Selebihnya makan meggi, roti, biskut dan minum air masak sebab agak susah juga nak cari kedai makan yang halal.
- Ticket naik cable car : RM70 pergi dan balik
- Ticket naik luge : RM37.50
- Ticket MRT : RM100 sepanjang berada di sana. MRT tu macam LRT kat Malaysia la. kami guna MRT untuk bergerak di sana.
- Shopping : RM25. Sikit je sebab beli baju dua helai je dan etc.
Perlu diingat. Ini bajet saya seorang sahaja yer yang backpacker gaya orang bujang di Singapura. Backpacker kan kalau boleh semua nak murah dan meminimumkan kos secara maximum. hihihi.
Komen saya mungkin RM900 dah cukup atau 360 dollars Singapura dah cukup. Kalau tak cukup duit, boleh guna kad ATM CIMB dan Maybank semasa berada di sana nanti. Yang penting kena activate dulu kad ATM itu supaya membolehkan kita guna semasa di oversea. (sangat penting ni) hehehe.
Artikel berkaitan: