Pendakian Dua Bukit

Untuk tahun ni aku bercadang untuk buat pendakian gunung lagi. Kali ni Gunung Ledang menjadi pilihan untuk kerja gila sebab tempoh pendakian pendek dan makan masa sehari je. Ada geng ajak panjat Gunung Setong [ketinggian 4,664 meter], tapi masa tak mengizinkan, lagi pun ada baiknya aku tak pergi, kalau tak, pasti aku tak dapat bertemu arwah ayahanda untuk kali terakhir. Al-Fatihah untuh arwah ayah – Hj Abd Jalal bin Hassan. Moga rohnya tenang di sana.

daki bukit

16 Mac menjadi tarikh pilihan untuk membuat pendakian Gunung Ledang dengan rakan pendaki seramai sekitar +/- 10 orang. Perancangan dibuat daripada Disember lepas, tapi asyik tangguh je, sudahnya kena putuskan juga sebab dah lama sangat tangguh. Disebabkan pendakian Gunung Ledang ni dengarnya mencabar sikit jadi latihan kena juga berbeza.
Pendakian Gunung Kinabalu tahun 2010 lepas dikatakan kurang mencabar berbanding Gunung Ledang. Jadi cabarannya mesti berbeza. Latihannya juga kena la gila² sikit.

daki bukit 2

Untuk persiapan pendakian ni, aku ada la buat latihan ringan seperti biasa. Contohnya kurangkan guna lif, banyak berjalan dan buat senaman ringan. Untuk latihan yang gila sikit aku pergi panjat Gunung Banang kat Patu Pahat sana. Aku pun tak tau ada gunung tinggi kat BP ni. Ada la nampak dari jauh tapi macam tak kisah sangat. Jauh sekali nak mendaki.

daki bukit 3

Mulanya masa training tu just nak ke Bukit Perdana je. Saja panaskan badan, turun dari Bukit Perdana, terjebak nak pergi survey laluan ke Gunung Banang. Puncanya abang aku sendiri yang bagi cadangan. Alang kepalang dah ada kat BP, pergi la jugak. Lokasinya di laluan ke pantai Minyak Beku. Survey punya hal. Sudahnya panjat juga Gunung Banang yang tingginya 1200 meter. Laluannya pula dekat 3 kilometer juga. Tapi yang bestnya jalan bertar. Tak mencabar tapi boleh tahan untuk ujian kaki.

daki bukit 4

Yang paling seronok tentang Bukit Banang ni, sampai di puncaknya ada 1 viewpoint yang boleh nampak satu bandar Batu Pahat! Memang superb. Tak pernah aku tau ada lanskap cantik menghadap Batu Pahat. Aku rasa nak daki semula dan bawak dslr. Aku suka pemandangan ni. Kamera handset menjadi pilihan sangat puas dan hilang letih berada di puncak. Tunggu ye Gunung Banang, ada masa aku bawa DSLR nanti.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *