Pencerobohan Sulu Mencetus Kebencian Bangsa

Hari ni dah bermula la cuti sekolah untuk intrasem semester pertama. Seperti biasa kalau cuti-cuti sekolah ni pasti aku bawak family berjalan-jalan. Kadang-kadang ke K.K, Kundasang, Ranau dan beberapa tempat lain.

Cadangnya kali ni nak bawak family pergi ke Labuan. Labuan ni antara tempat yang glamer juga kepada pelancong. Ramai kawan-kawan dah pergi dan menurut mereka pun tempat tu best untuk di lawati.

Masalah Keselamatan Sabah

Tapi apakan daya, nampaknya kali ni bercuti duduk rumah diam-diam aje lah. Sikembar aku pun dah boleh ingat janji nak bawak diorang berjalan. Terpaksalah beri alasan macam-macam. Ni disebabkan masalah keselamatan terkini Sabah. Terutama di tempat aku ni, Kudat.

Disini terlalu ramai suku sakat pendatang dari Sulu. Mereka ni ada yang dah lama duduk kat sini dan dah ada I.C pun. Ada juga yang tak ada I.C.

Banyak juga suku sakat dari Filipine selain sulu, seperti Ubian dan Kagayan. memang ramai. Boleh dikatakan menguasai 40% dari penduduk di Kudat ni. Jadi bila timbul kes pencerobohan n, memang mendatangkan kerisauan kepada kami guru-guru yang berkhidmat di sini. Kerana biasanya kakitangan awamlah paling bernilai kepada pemberontak.

penceroboh sulufoto dikredit kpd: Springtime

Sebelum pengeboman oleh tentera di Lahad Datu, kawasan Kudat ni situasinya agak suam-suam kuku. VAT69, SB berkeliaran di merata tempat. Lalu depan rumah. Masuk ke kawasan-kawasan perumahan berjalan dan ada yang naik basikal.

Apapun kami memang kenal perbezaan orang tempatan Kudat dengan orang dari semenanjung ataupun tempat lain. Jadi penyamaran mereka tu aku tak rasa berkesanlah..confirm orang akan kenal.

Tetapi selepas berlaku pengeboman, situasi berubah menjadi tegang. Dari Kota marudu ke Kudat ada beberapa roadblock. Yang lebih menakutkan bila di kawasan roadblock terdapat kubu yang dibina dari beg-beg pasir dan di atasnya tertenggek mesingan.

Sebijik macam mesingan yang aku pernah main dalam counter strike game. Itu belum lagi kadang-kadang ternampak polis duduk sorang-sorang dalam semak samun. Ntah apa benda yang diorang tunggu tak tau la.

Melihatkan keadaan tu la yang buat kami semakin takut. Dari 3-6 haribulan, semua rumah kawasan perumahan aku tutup lampu malam-malam. Memang bergelap satu taman. Masa tu memang tentera dah mula masuk ke Kudat.

Pulau-pulau di kawasan Banggi dan sekitarnya dah dipenuhi Askar Melayu. Kawasan pesisir pantai beratus-ratus askar berkawal. Dari maklumat yang aku dengar beberapa kampung yang dipenuhi oleh oleh suku Sulu telah dikelilingi oleh askar dan polis.

Masuk Zon Perang

Memang dah rasa macam masuk zon perang. Dalam hati macam tak percaya bila melihat keadaan negara yang standby nak berperang. Akibatnya pada 3-6 haribulan tu hampir semua kedai dan mini market diserbu oleh orang ramai untuk beli stok makanan banyak-banyak. Termasuk la aku.

Segala kenyataan kerajaan tentang keadaan sabah yang selamat memang kami tak peduli dan percaya dah. Habis beras di seluruh Kudat dalam masa 1 hari. Percaya tak? itulah yang terjadi di sini. Minyak kereta diisi penuh-penuh.

Beratus-ratus aku belanjakan untuk beli susu anak-anak sekaligus dan barangan rumah yang lain. Memang aku budget kalau berlaku darurat, keperluan makanan di rumah mesti kena cukup sekurang-kurangnya sebulan.

Seterusnya tekanan semakin dirasa apabila melihat polis membawa keluar 6 orang pengganas yang ditangkap dari Pulau Banggi. Bermaksud pengganas ni dah masuk ke daerah Kudat. Cumanya pihak keselamatan dapat hidu lebih awal.

Yang tak tahannya modus operandi mereka masuk ke Kudat adalah dengan berlagak dan berpakaian seperti seorang Tabligh. Akibatnya semua tabligh, bilal, imam dan ahli jawatankuasa masjid disini telah di soal siasat dan ada yang ditangkap. Kemudian talian telefon dan internet mula terganggu dan kadang-kadang hilang terus line.

Tak tau la kenapa. Kemungkinan pihak tentera memantau panggilan-panggilan kami. Setiap hari di sekolah memang takda benda lain yang disembang melainkan kes pencerobohan ni. Banyak info-info yang kami dapat.

Kebencian Terhadap Bangsa Sulu

Kebencian kepada pencerobohan ni telah merebak kepada kebencian terhadap bangsa sulu oleh penduduk tempatan di Sabah ni. Bertambah lagi kegeraman terhadap apa yang dah mereka lakukan kepada mayat polis yang terbunuh.

Ini bukanlah sikap seorang manusia melainkan sikap seekor binatang..Begitulah kami juga semakin benci kepada penyokong sulu di Malaysia dan salah seorangnya yang dikenali sebagai Asree Sug yang memperjuangkan bangsanya. Kelmarin kami menonton beramai-ramai live di TV Al hijrah komen dari blogger Tausug ini yang dikenali sebagai Asree Sug ini.

Beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan untuk Kesultanan Sulu padahal beliau seorang rakyat Malaysia yang telah mendapat kelulusan dari UM. Sempat juga dalam komenya tu beliau menyatakan bangsanya kalau sudah membenci sesuatu negara, maka mereka akan terus berusaha untuk memusnahkannya.

Maknanya Bangsa Sulu sekarang sedang berusaha dan terus berusaha untuk memusnahkan Sabah. Dan lebih menyakitkan hati apabila beliau dengan seriusnya menyatakan yang bangsa sulu sekarang sudah memusuhi dan berdendam dengan orang Melayu.

Bangsa Melayu Bukan Penakut

Mungkin mereka ingat bangsa Melayu ni bangsa yang lembut maka mudah ditakut-takutkan. Malaysia ni sememangnya negara yang bertolak ansur selagi boleh. Lihat aje diawal pencerobohan, piha tentera Malaysia masih lagi belum masuk campur dalam insiden ini.

Bukan tidak boleh diserang terus, tetapi agak berat jakri tentera kita nak tarik trigger senjata kerana yang dihala muncung senapang itu adalah seagama. Tapi lihatlah apa yang mereka lakukan. Tembakan curi padahal dah angkat bendera putih. Mayat polis yang mati, dilapah-lapah dikeluarkan jantung dan di pancung lehernya.

Orang Islam ke tu. Kalaulah sulu yang menyerang itu bukan islam, rasanya ada kemungkinan malaysia offensif sehingga ke Jolo atau Tawi-tawi. Dengan kekuatan ketenteraan Malaysia yang ada sekarang, untuk menghancurkan Jolo dan Tawi-tawi rasanya bukan satu masalah..

Akibat kebodohan dilakukan oleh Kiram dan sulu, maka pintu Malaysia pasti tertutup untuk membantu muslimin sulu lagi. Kelembutan rakyat sabah untuk menerima sulu dah berakhir. Beberapa pemimpin di Kudat sudah mula bersuara, Sabah bukan tempat untuk Sulu lagi.

Perairan Malaysia pasti akan ditutup penuh dan pasti peruntukan kelengkapan tentera laut dan marin akan dibesarkan pada belanjawan 2014 nanti. kalau dulu Sabah adalah tempat bangsa Sulu untuk lari dari kepayahan hidup di tempat mereka. Tapi kiniā€¦.TIADA TEMPAT UNTUKMU LAGI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *