Panggilan Dari Anak Itu Penting

Kasih ibu kepada anak memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Walaupun macam mana jahat si anak sekalipun si ibu tetap menyayangi nya. Kasih ibu membawa ke syurga dan bagi anak syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Aidil Adha hari ke 2 yang lepas sedikit sebanyak membuat dada aku berdebar kencang dan merasakan seperti perasaan di sentap dengan kuat.

tmp share

tmp share

Entah macam mana pagi Isnin hari raya ke 2 ibu kesayangan sakit bahagian belakang secara tiba-tiba. Beberapa minggu yang lepas aku pun turut kena sakit tulang belakang bahagian bawah.

Memang sakit yang amat sangat sehinggakan nak berdiri atau duduk pun sakit. Suka atau tidak kena hadapi juga. Ikhtiar makan ubat serta berurut.Alhamdulillah selepas 2 minggu sakit itu pulih dengan izin Allah.

Berbalik pada cerita ibu aku tadi,pada pagi tu dia mengadu sakit belakang sehinggakan nak bangun pun tak boleh. Untuk ke bilik air terpaksa dipapah.Bayangkan kalau nak buang air terpaksa duduk, sedangkan itu part yang paling sakit sekali.

Selesai ke bilik air aku memapah ibu kesayangan, tiba-tiba dia lemah longlai dan terjelepuk ke lantai. Berderau darah, cepat-cepat aku usung dia bersama isteri bawa ke tilam dibahagian atas rumah.

Sampai di tilam dia terus terbaring sambil mengucap syahadah. Air mata aku dah mula bertakung tunggu masa nak jatuh. Disebabkan air mata ego seorang lelaki itu mahal jadi ianya terlekat dikelopak mata. Dalam hati hanya tuhan yang tahu, sesiapa pernah mengalaminya tahu akan rasanya…

Sebelah petang ibu semakin dalam keadaan stabil selepas makan, walaupun masih lagi sakit tetapi boleh nampak bertenaga cuma nak ke toilet tidak mampu, kena pakai lampin dewasa.

Pada sebelah malam bila keadaan dah okay, aku balik ke Kuala Lumpur sebab nak kerja esok, lagi pun giliran kakak kesayangan menjaganya.

Sejak aku balik ke Kuala Lumpur, pada sebelah pagi dan petang aku akan talipon untuk bertanya khabar. Betapa gembiranya hati seorang ibu bila dapat panggilan dari seorang anak walaupun dalam keadaan sakit.

Hampir setiap pagi dan petang aku talipon dan makin hari makin beransur baik. Alhamdulillah dalam masa beberapa hari akan pulih sepenuhnya.

Daripada kejadian ni aku dapat simpulkan, bertanya khabarlah setiap hari pada ibu anda kerana jika kita bertanya khabar setiap hari, sedikit sebanyak membantu dari segi saikologi.

Walaupun masih lagi sakit sekurang-sekurangnya hati ibu ni akan gembira dan secara tidak langsung kesakitan yang dialami akan pulih secara perlahan-lahan.

Aku doakan agar dia cepat sembuh dan dapat berjalan seperti biasa serta dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. Nanun aku bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh