Panduan Tulis Blog: 10 Idea Sempena Ramadan

Salam Syaaban untuk para pembaca semua, kalau kita semua perasan serba sedikit apabila masuknya bulan Syaaban di antara keywords yang sering muncul sama ada dalam media arus perdana mahupun media alternatif adalah berkaitan Ramadan, Syawal dan Hari Raya.

Iklan dan promosi berkaitan keywords tersebut juga sudah mula muncul di sana sini. Jadinya hari ini saya rasa nak kongsikan di sini bagaimana seseorang blogger boleh memanafaatkan bulan Ramadan sebagai content utama untuk penulisan blog.

pensil
pensil

Pada pendapat saya, terdapat banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan pembaca dan pelawat apabila seseorang blogger menggunakan katakunci Ramadan.

Kat sini saya cuba senaraikan apa yang boleh kita kembangkan. Saya boleh senaraikan 10 idea sahaja, mungkin selepas baca senarai ni banyak lagi idea baru yang lebih kreatif akan bercambah daripada rakan-rakan blogger yang lain.

Saya sedar mungkin ada dikalangan rakan blogger yang mempunyai lebih banyak idea dan bahan. Itulah tujuan perkongsian ini, lebih banyak ‘kepala’ lebih banyak ideanya. Kan sesuai dengan tajuk blog ni, ideas.think.share icon biggrin Panduan Tulis Blog: 10 Idea Sempena Ramadan . Ok lah 10 idea penulisan berkaitan ramadan yang boleh dikembangkan adalah:

1. Kelebihan dan fadilat bulan ramadan – ya, walaupun sudah banyak penulisan dan penerangan mengenai kelebihan dan fadilat bulan ramadan sudah ada di internet, namun carian mengenainya sentiasa dilakukan oleh ada sahaja mereka yang masih memerlukan informasi dan penerangan mengenai. Boleh ditulis bukan sahaja untuk pembaca malahan untuk diri sendiri juga;

2. Panduan dan tatacara puasa – Walaupun secara umumnya umat Islam telah diajar panduan dan tatacara sebenar berpuasa sejak dari akil baligh lagi namun sehingga dewasa masih ramai lagi yang terlupa. Maklumlah setahun sekali. Idea yang boleh dijadikan bahan dalam blog entry juga ni;

3. Panduan dan kaedah solat terawih – Solat terawih yang merupakan salah satu agenda utama dalam bulan ramadan juga sering terlupa, boleh kita gunakan blog entry untuk terangkan panduan dan kaedah solat terawih secara terperinci, mungkin boleh jadikan buku panduan solat yang kita ada untuk dijadikan rujukan;

4. Bacaan Quran – Pengalaman bekerja di dalam pejabat, bila bulan puasa je alunan muzik yang sebelum ni memenuhi ruang bekerja digantikan dengan bacaan Al-quran. Mungkin kita boleh jadikan blog kita sebagai tempat rujukan untuk mereka yang mencari bacaan al-quran secara online, macam yang blog ni buat icon biggrin Panduan Tulis Blog: 10 Idea Sempena Ramadan ;

5. Iftar atau buka puasa – Kebahagiaan duniawi bagi mereka yang berpuasa adalah bila tiba waktu berbuka. Sebagai blogger kita boleh gunakan idea ni untuk menulis blog entry kita mengenai cara buka puasa yang betul, atau juga kembangkan idea mengenai senarai promosi buka puasa, atau senarai masjid atau surau di kawasan kita yang sediakan buka puasa percuma dan sebagainya;

6. Menu dan resipi buka puasa – Bagi blogger yang meminati bidang masakan juga, boleh digunakan idea untuk berkongsi menu dan resipi istimewa sempena bulan ramadan. Juga boleh ditulis cara untuk menyediakan juadah untuk berbuka ataupun sahur;

7. Promosi, sales, discount, warehouse sale – Setuju atau tidak, realitinya promosi, sales, discount dan warehouse sales akan menjadi bertambah rancak bila menjelang ramadan. Sebagai blogger kita boleh gunakan blog kita untuk senaraikan aktiviti sedemikian. Pastinya ada di kalangan jutaan pengguna internet yang mencari maklumat mengenai perkara tersebut;

8. Kisah dan nostalgia ramadan – Setiap individu pasti mempunyai nostalgia dan kenangan tersendiri yang unik mengenai ramadan ni, kisah dan nostalgia tersebut boleh dikongsikan bersama rakan-rakan blogger dan pastinya boleh menimbulkan bentuk penulisan yang menarik;

9. Persiapan raya – Tidak dapa lari, bila masuk separuh sahaja bulan ramadan, tumpuan seterusnya adalah kepada persiapan menjelang hari raya. Seseorang blogger boleh menggunakan blognya untuk berkongsi bagaimana pandangannya mengenai persiapan menjelang raya; dan

10. Lagu raya – Satu lagi keywords yang hangat apabila diakhir-akhir ramadan adalah berkaitan lagu raya, ribuan carian mula dibuat untuk mencari senarai lagu raya sama ada yang lama mahupun baru. Boleh digunakan sebagai blog entry untuk menarik pelawat dan pencari maklumat tersebut.

Asasnya sesebuah blog memerlukan pelawat untuk terus berkembang, dan selain dari lawatan dari rakan-rakan blogger sedia ada, pelawat dari enjin carian merupakan target utama kita, kecuali kalau memang niat asal dan objektif kita berblog hanya untuk bacaan peribadi dan mereka yang tertentu sahaja serta bergantung juga kepada tema blog terlibat.

Dan untuk terus mendapat pelawat organik dari enjian carian, idea penulisan blogger juga pada saya perlu dipelbagaikan mengikut suasana semasa dan menepati kehendak pengguna dalam internet.

Mungkin rakan-rakan blogger yang lain mempunyai idea yang lebih ‘cun’ dan menarik untuk dikongsikan di sini.

Artikel berkaitan:
Langkah Permulaan Buat Duit Melalui Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *