Palace of The Golden Horses, Percutian 5 Bintang Tajaan Shaklee!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. sihat kee? alhamdulillah.

Hari itu Shaklee Malaysia minta kami (National Conference Qualifiers) untuk isi form bagi mengesahkan kehadiran masing-masing.

Tahun ini national conference di adakan di Palace of the Golden Horses, seri kembangan selangor selama 3 hari 2 malam. Shaklee bagi kami pakej 5 bintang tau. kami akan di raikan ala-ala VVIP gitu. hihihi.

Palace of The Golden Horses
Palace of The Golden Horses

Bagi saya ianya sangat setimpal la dengan penat lelah dan peluh menitik yang kami ‘bayar’ sepanjang tahun 2014 yang lalu.

Bagi orang lain saya tak pasti, tapi bagi saya ianya bukan mudah untuk saya dapatkan tiket untuk ke sini. Untuk pengetahuan anda, bukan semua business leader dalam shaklee dapat tau.

Untuk melayakkan anda dapat tiket bermalam di hotel ini, anda kena kumpul 380 points dalam 1 tahun. Dalam tahun 2013 yang lalu, walaupun saya bergelar business leader, tapi saya hanya berjaya mengumpul 280+ points macam tu jee masa tu sebab saya mula buat bisnes Shaklee agak lambat.

Macam mana rupa hotel ni?

Jujur saya cakap, saya adalah orang kampung jee. Kalau datang ke Kuala Lumpur tu, hotel-hotel bertaraf 5 bintang macam ni saya hanya mampu jeling jee. Nak masuk kena check poket dulu. hehe.

Tapi alhamdulillah dalam bisnes Shaklee, saya dapat masuk percuma je. Semuanya Shaklee tanggung. Hanya bawa diri je. Bahkan duit poket pun Shaklee bagi. Kalau tak silap, kos seorang Shaklee peruntukkan dalam RMx,xxx k jugak lah untuk 3 hari 2 malam ni.

Yang ni rupa hotel tu pada waktu siang. Hihi. Kalau malam pulak, rupa dia macam gambar kat bawah ni.

Cantik kan. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kerana dapat peluang untuk pergi ke sana bulan depan. Nanti bila saya dah sampai, saya akan update dan letak gambar ‘real’ yang saya ambil sendiri dalam blog nie ye. Sekarang kita google je dulu. hihi.

Ok. Dah baca part yang best? Sekarang jom baca part di sebalik nya pulak.

Mesti anda kata,

‘Bestnya korang tuu. muda-muda dah dapat tiket ke NC bermalam kat hotel 5 bintang pulak tu’

‘Untung laaa dapat hotel free’

Night view of Palace of The Golden Horses
Night view of Palace of The Golden Horses

Dan mesti banyak lagi yang anda akan fikirkan kan?

Tapi anda kena tahu, saya dapat peluang untuk ke sana ni bukan senang senang duk golek-golek depan television 24 jam tauuu.

Saya rela ‘bayar’ dengan berkorban masa saya, usaha, tenaga dan peluh keringat di samping bantuan Allah s.w.t sudah tentu.

Kalau anda tak percaya, anda boleh stalk Facebook status saya 2 tahun yang lepas. Masa 2 tahun yang lepas, itu fasa saya memecut dengan laju sebab nak kejar tiket ke sini.

Kalau tak percaya lagi, anda boleh baca tulisan yang saya tulis 2 tahun yang lepas.

Di sana, saya tulis macam mana kehidupan saya sejak saya berbisnes shaklee. ya Allah. kalau fikir balik memang saya ‘gila’ masa tu. Sebab saya nak sangat-sangat rasa 4 angka sebulan dalam bisnes.

Sekarang alhamdulillah saya masih maintain 4 angka sebulan. Tapi bukan angka yang saya nak tunjuk, yang saya nak tekankan adalah:

Jika anda nak sesuatu, anda mesti kerja kuat untuk dapatkannya. Tak boleh malas. Kalau mentor bisnes dah bagi 10001 tips dan cara tapi anda masih tak buat, jangan salahkan mentor kalau anda tak berjaya.

Macam saya juga, saya tak pernah salahkan master saya yang jadi mentor saya dalam business Shaklee ni walaupun dah 2 tahun buat bisnes Shaklee, tapi masih tak dapat 5 angka sebab saya tahu saya lah yang silap. Saya lah yang malas dan saya lah yang tak nak buat apa yang dia suruh buat.

Jika anda buat, jangan risau. Anda boleh jadi lagi hebat dari saya. Ni bukan ayat pancing MLM yer.. buat lah bisnes apa pun, kalau anda kuat usaha, anda akan jadi lebih hebat dari pesaing anda.

Artikel berkaitan:
Hotel De Art Shah Alam – Cantik, Murah dan Selesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *