Sebenarnya sudah seminggu aku berada di Bandar Kuantan yang terletak di Pahang ini. Tetapi, baru dua hari yang lepas, aku dapat merasai sendiri suasana yang sebenar untuk berbuka puasa di Padang MPK 1 di Kuantan ini.
Sebelum itu, saya ada semak dalam internet untuk mengumpul maklumat tentang mana satu tempat yang menarik di Kuantan yang boleh saya kunjungi. Dalam banyak-banyak padang yang aku buat carian di enjin carian Google, Padang MPK 1 Kuantan merupakan padang yang paling popular di kawasan ini yang ramai orang bincang dalam internet.
Tentang Padang MPK 1
Ia adalah satu padang yang terletak di pusat Kuantan. Padang ini dikelilingi oleh masjid dan pejabat kerajaan. Ia merupakan satu tempat yang baik untuk mengadakan fungsi komuniti atau permainan bola sepak.
Pada mulanya, sememangnya aku berhasrat untuk buat entri dan tulis artikel tentang tempat yang popular di Kuantan ini. Tetapi, apabila aku terbaca satu artikel di sebuah blog, hasrat yang aku pendam untuk tulis artikel itu kian luntur.
Artikel dari blog yang bertulis mengenai buka puasa di padang itu agak menekankan yang pemilik blog itu menyatakan bahawa berbuka puasa di sana adalah seolah tidak menghormati Bulan Ramadhan yang mulia ini.
Namun, aku tetap juga update pengalaman saya sendiri dengan berbuka puasa di Padang MPK 1 Kuantan itu lepas fikir beberapa hari. Tujuan untuk tulis artikel ini adalah demi mengemukakan satu tempat yang menarik yang suka dikunjungi oleh orang ramai di Kuantan terutamanya pada masa puasa.

Pengalaman berbuka puasa di tempat yang indah ini
Padang MPK 1 Kuantan menjadi satu tempat yang popular di Pahang disebabkan oleh keunikannya apabila tibanya Bulan Ramadhan. Setiap kali bulan puasa, padang ini akan menjadi tempat tumpuan untuk para pengunjung-pengunjung yang ingin merasai sendiri suasana kemeriahan berbuka puasa di sini.
Padang MPK ini menjadi tarikan kerana lokasinya yang begitu strategik, iaitu bersebelahan dengan bazaar Ramadhan dan Masjid Negeri Pahang. Dengan ini, beli makanan tidak jadi masalah langsung. Anda tidak perlu pergi tempat yang jauh atau kena cari mana tempat ada jual makan.
Boleh saja anda beli makanan di bazar Ramadan yang berdekatan itu. Terdapat bermacam-macam makanan yang dijual di bazaar ini, gerai-gerai makanan pun banyak sangat sampai saya pun tidak tahu apa makanan yang saya nak pilih. Semua rasanya amat sedap.
Aku tidak dapat pasti berapa ramai yang datang untuk berbuka puasa di padang MPK ni. Tetapi apa yang boleh saya nampak adalah hampir keseluruhan padang ini dipenuhi dengan manusia.
Kalau makin bertambah pengunjung yang datang ke sini, mungkin pihak Majlis Perbandaran Kuantan perlu memikirkan satu penyelesaian yang baik untuk lokasi alternatif sebagai pengganti Padang MPK 1.
Rasanya padang golf macam adalah lebih sesuai untuk muat orang yang ramai kerana saiznya lebih luas dalam menangani masalah kebanjiran manusia. Uish! merapu dah… haha….
Berkumpul bersama kawan-kawan
Aku dengan kawan-kawan aku yang lain berkumpul bersama-sama di padang MPK itu untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama. Dalam ramai-ramai orang yang datang, aku rasa, kumpulan kita orang yang paling pelik sebab cuma kita orang yang ada bawa tikar getah. Hehe… rasa macam banyak special.
Apa yang kurang baik sikit adalah tempat yang kami pilih untuk duduk itu ada sikit batu-batu. Sebab semua kawasan yang mempunyai rumput yang lembut sudah diduduki oleh orang lain. Sakit punggung kami lepas duduk buat masa yang lama. Jadi kami kena selalu tukar position duduk kami supaya dapat lega sikit. Jadi nasihat untuk anda adalah perlu pergi awal sikit supaya boleh dapat tempat duduk yang selesa.
Lepas tu kawan-kawan aku semua ni tak habis-habis untuk mengambil gambar dan selfie di tempat ini. Kalaulah boleh snap gambar pakai kaki kan, mesti sampai masa untuk berbuka puasa pun semua kawan ni masih sibuk-sibuk untuk ambil gambar dengan smartphone mereka juga… huhu….
Aktiviti Yang Boleh Buat di Padang ini
Semasa menunggu untuk berbuka puasa di medan MPK1, terdapat pelbagai aktiviti untuk semua orang untuk melepaskan masa, antaranya adalah seperti buat ceramah agama, ambil gambar, berbual-bual atau sembang-sembang.
Sudah pasti, padang MPK 1 itu telah menjadi satu tempat kegemaran bagi semua muslim untuk berbuka puasa di sini pada bulan Ramadan. Yang diberitahu oleh kawan saya, hari yang saya datang ini lagi bukan yang paling sesak, jika datang semasa hujung minggu, keadaan boleh jadi lebih menakjubkan di mana padang ini boleh nampak macam dibanjiri oleh otak-otak hitam saja.
Dengar pun sudah boleh tahu betapa kagum keadaan seperti ini. Jadi, jika anda berminat untuk cuba, bolehlah cuba datang ke sini pad hujung minggu dan saksi dengan mata anda sendiri.
Artikel berkaitan: