Ops Burung Turki – Taman Burung Kuala Lumpur

Hari Ahad datang lagi, seperti biasa aktiviti menembak diteruskan lagi bagi memantapkan lagi skill menembak. Seperti biasa, patner in crime turut sama hehehe. Kalau dah ada DSLR tu simpan boh dalam almari pun tak guna juga. Kena rajin pergi outing sambil belajar dari kesalahan yang kita lakukan semasa mengambil gambar subjek.

taman burung kuala lumpur
taman burung kuala lumpur

Bukan senang juga ambil gambar subjek burung, sebab burung sentiasa bergerak dan lokasi tempat mereka bermain adalah berbeza. Kalau mereka bermain di lokasi yang agak redup tanpa cahaya matahari yang terang, sudah tentu setting nya juga turut berubah.

Jadi di sini kita boleh belajar sesuatu dari segi ISO/APERTURE/SHUTTER. Kalau tidak pergi menembak mana mahu nyer kita dapat belajar dari kesilapan yang kita lakukan. Ok lah, tak nak bebel banyak nanti bosan pulak nak baca.

Seperti biasa kalau dah pergi memburung tak sah kalau tak kongsi hasil yang dapat. Jumlah semua gambar yang ditangkap sebanyak 152 keping, tetapi yang terbaik sahaja yang boleh upload kat sini………jom layan..

burung merak

Memang dasar burung merak suka menunjuk-nunjuk. Bila dia nampak orang bawak kemera gedabak mula lah show off, tetapi bagus jugaklah boleh la dijadikan subjek.

Macam tau-tau jer orang suka tengok dia, siap pusing kiri dan kanan.

burung merak putih

Mari lah turun ke bawah, hang duduk di atas buat apa ni?

Burung ni nampak macam sangat jinak, bila ada orang dekat dia akan cabut lari. Tapi burung ni dalam katergori burung merak, jenis spesis apa aku tak tahu lah pulak.

burung kakak

Sombong hang ni, nak duduk atas jek. Susah bagi aku untuk dapatkan angle yang terbaik untuk ambil gambar mu. Kena ada telephoto lenses baru sedap.vChewah……….pasang angan-angan dah.

burung api-api

Gambar ni adalah burung Api-Api, ada juga orang yang panggil ayam api-api. Lantaklah kami hanya berminat ambik gambar jer hehehhe…

parrot

Yes, dalam taman itu terdapat banyak-banyak lokasi burung. Di sini lah merupakan tempat yang paling syok sekali. Sebab nya, burung yang terdapat di sini adalah jinak dan sedikit nakal. Kalau anda ada bawa kuaci untuk mereka, pasti kena serbu punyalah. Jom layan gambar kat sini pulak..

burung kakak 2

Orang kata berdua lebih baik kan…..ada kawan, tidak keseorangan dan tidak akan rasa kesunyian.

Di kawasan burung parrot ni, boleh juga kita kasi susu.. jinak je semua.

burung 3 ekor

Senang nya hidup burung ni kan, hanya tunggu orang bagi makan jer. Tengah standby siapa pelawat yang bawak kuaci, dia akan serang. Kami hanya menumpang ambik gambar jer.

burung 2 ekor

Burung 1 : Hang stanby noh,abg baju putih tu dok fokus kat kita.

Burung 2 : Stai bak hang, abang baju hijau tu macam M.Nasir masa muda!. Kamera dia besar sungguh!

burung 01

Burung yang sangat sporting, sentiasa memberikan pos yang terbaik.

burung 02

Halo abg baju hijau!

burung 03

Tengah dok usaha…makanan!

Berdua dengan mu….pasti lebih baik!

burung 04

Burung : Hang usha apa?

Aku : Eh saja tengok hang! cengei la hang nih…….

burung 05

Tumpang sat noh…….. “Jangan berak dah” kata abang baju hijau.

burung 06

Kalau awek kasi laju jer dia pi dekat……

burung 07

Serupa kaler macam baju abg tu lah! Perut dah kenyang senyum lah dia……….

Lokasi dia duduk tak berapa cantik,kalau bawah pokok sure lagi cantik.

burung 08

Senyum…………1…..2….3………..kecekak!

Opssss……………..Burung Turki!

burung turki

Burung-burung di sini memang jinak-jinak belaka. Saya ada dikelilingi oleh burung bangau sambil tangkap gambar dengan selesa. Asalkan kita tak sergah ia akan terus jinak.

Taman Burung Kuala Lumpur ini memang cantik dan menarik. Cuma yang tak tahan ialah terlalu luas dan kalau tengah hari panas giler!

Masa Buka:

Bird Park: 9.00am – 6.00pm
Restoran Hornbill: 9.00am – 8.00pm

Tiket Masuk:

Dewasa: RM 63.00
Kanak-kanak: RM 42.00

Dewasa (dengan MyKad): RM 25.00
Warga Emas (dengan Mykad): RM 6.00
Kanak-kanak (dengan MyKid): RM 6.00

* Warga Emas (dengan Mykad) dari 60 tahun ke atas.
* Kanak-kanak berumur 3 – 11 tahun.

Alamat: 920, Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana, 50480, Kuala Lumpur
Tel: +603-2272 1010
Emel: [email protected]
Website: www.klbirdpark.com
Facebook: www.facebook.com/klbirdpark

Pengangkutan:

Boleh anda pandu kereta sendiri dan parking di tempat letak kereta di taman burung. Tapi tempat letak kereta bukan banyak sangat. Jadi jika risau tak ada parking, boleh naik teksi atau Grab untuk bawa anda ke sana.

Ramai pelancong juga suka pakai perkhidmatan bas pelancongan KL Hop-On-Hop-Off Double Decker. Jika anda ambil bas Hop-On-Hop-Off, boleh anda turun di stesen nombor 15 yang merupakan lokasi di hadapan pintu masuk taman burung.

Bas ini mengangkat penumpang setiap 30 hingga 45 minit.

Nasihat saya untuk anda yang ingin kunjungi taman burung ini adalah:

  • Pasang pakaian yang ringan dan selesa. Jangan terlalu tebal sebab sangat panas berjalan di dalam.
  • Anda kena pakai satu topi cap, sebab matahari memang sinar dengan kuat.
  • Bawa banyak sikit air minum sebab cuaca di sana panas. Jika beli air minuman di dalam taman, harganya amat mahal. Jika anda kaya raya maka tak apa lah.
  • Jika nak makan makanan ringan, Beli dari luar dan ambil masuk. Makanan ringan yang dijual di dalam juga amat mahal.
  • Pakai kasut sukan sebab lantai licin.
  • Jika nak ambil gambar yang cantik dan berkualiti, jangan guna telefon. Pakai kamera professional.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *